Takaful merupakan satu pelan perlindungan dan konsep INSURAN yg berasaskan muamalat Islam yang berlandaskan hukum Syariah..
Berasal dari kata dasar Kafala ( bahasa arab) yg bermaksud menjamin,menjaga atau memelihara.
Sistem takaful berteraskan konsep kerjasama.tanggungjawab,jaminan,perlindungan dan saling membantu dikalangan peserta.
Islam amat menggalakkan umatnya mengamalkan konsep ta'awum atau saling bekerjasama.
Rasullullah S.A.W juga ada bersabda sebagaimana diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim
"Demi hayatku yang berada dalam kekuasaan Allah, tiada siapa akan masuk syurga jika beliau tidak melindungi jirannya yang berada dalam kesusahan"
Apa istimewanya Takaful ini :-
- kita berasa lebih yakin jika berlaku musibah kerana akan ditolong oleh dana takaful
- menyuburkan perasaan kerohanian dalam membentuk perkongsian terhadap memenuhi tanggungjawab menolong saudara lain yg ditimpa musibah sebagaimana disyariat oleh Islam dan juga tuntutan sosial melalui kaedah Tabarru'(sumbangan)
- Pengendali takaful sentiasa dipantau oleh Jawatankuasa syariah.Dengan ini kita lebih yakin yg ia tidak bercanggah dgn kehendak syariah.
*catatan :-penulis adalah perancang kewangan takaful PRU-BSN
No comments:
Post a Comment