Sudah 2 ari balik Kota Bharu..Orang tua (bapak aku) dengan rela hati gi hospital HRPZ II.Mungkin sebab dia dah takleh tahan sakit yang teramat..Dia bukan takut masuk wad cuma dia tak mau menyusahkan orang lain yang mungkin terpaksa jaga dia di wad..X-ray menunjukkan ada tumor kecik dlm saluran kencingnya, sebab itulah air kencing selalu keluar bercampur pati darah, tambahan pulak ada batu karang kecil.
Bila berada di hospital ni,macam-macam ragam ada..kes kecurian beg duit dalam wad pun ada.Bila la orang kita nak membuang budaya-budaya (lebih kepada perangai jahat) yang mengarut ni.Ambil kesempatan di atas kelemahan atau kelalaian orang lain.Apa faedahnya kecuali masuk lokap (kalu dapat tangkap) dan confirm akan diseksa dalam kubur kalau mati tak sempat taubat.
Karenah orang yang sakit pun bermacam-macam..maklumlah sakit ( mungkin sebab boring bila berada di hospital yang cuma makan tido makan tido)..Semalam aku dan my mom gi jumpa Ustaz bomoh minta air tawar sebab my dad kena angin sengugut yang menyebabkan sesak nafas..Alih-alih masa minta air tawar Ustaz kata bapak aku ada benda yang mengawal kuasa dalamannya..mungkin semangat main gasing dulu untuk bagi dia jadi gagah..Ustaz tu terus buang benda tu dan dia minta dalam 4 hari tengok kesan samada ok atau tak..Lepas tu terus gi hospital dan abang aku cakap yang sengugut dia dah hilang..cepat betul,baru 10minit dari rumah Ustaz tu ke hospital, benda tu terus hilang..Jadi dapatlah dia tido dengan nyenyak..Alhamdulillah..
Isnin dia akan masuk operation room untuk buang tumor dan juga batu karang yang masih ada...harapan supaya dia selamat..kalu tak nak buat camna..mati ni akan tiba,tak payah tunggu..cuma siapkan bekalan sebanyak mungkin untuk penghidupan yang kekal abadi dalam syurga..InsyaAllah mari kita sama-sama berdoa supaya kita mati sebagai umat nabi Muhammad S.A.W yang dikasihi Allah S.W.T dan mendapat payung rahmatNya....
4 comments:
hipe, follow awak blik
hehe
len kali singgah yer | Gelagat Anti INDIA|
eh, muga ayah awak cepat sihat
Cik PinQib..
haipp..InsyaAllah saya singgah..tapi jgn lupa buat minuman utk tetamu k..
terima kasih utk doakan ayah saya sihat..terima kasih
sm0ga segalanya berjalan lancar. AMIN =)
Lol..
Ayah abg uxop dh meninggal ari sabtu pukul 2pagi ..mudah-mudahan roh dia ditempatkan bersama org2 yg beriman..
Post a Comment