Seperti biasa, saya dan sepupu-sepupu saya akan berpakat pergi menyuluh mencari ketam lubang bila malam bulan mengambang..selalu ketam lubang dia akan keluar dari tempat tido nya disebelah malam untuk beriadah dan juga mencari rezeki..maklumlah lebih terjamin keselamatannya disebelah malam..tak panas pulak tu..takde la dia nk terbakar kulit ataupun isi dalamnya menjadi masak...
Jadi pada malam itu, saya telah menyediakan sauk,lampu karbaid dan juga sedikit kudap-kudap (bila malam perut cepat bertindak dengan bunyi gendangnya)..Kami bertiga bertolak ke Tandop Pak Kassim dengan meredah hutan nipah.Jarak untuk sampai kesana dalam setengah kilo dan mengambil masa 20minit.Untuk pengetahuan encik dan juga cik yaang membaca,hutan tersebut mmg didiami makhluk halus..pernah terjadi seorang budak disembunyikan oleh bunian dan kerap kali orang ternampak objek berapi terbang melintasi kawasan tersebut (bukan UFO ya tapi itulah langsuir)..
Apabila tiba disana, kami terus menjalankan aktiviti menyuluh..ketika itu angin sepoi-sepoi bahasa..dengan keadaan bulan yang cerah, kami terus mencari dan mencari ketam lubang..Harga ketam ni lebih mahal sikit dari udang..sekilo boleh mencecah RM15 (dulu) sekarang dah mencecahRM25 ke RM30..
Entah kenapa dengan tiba-tiba, keadaan menjadi gelap...langit yang cerah telah menjadi begitu gelap..bulan terang telah ditutupi oleh awan mendung..Kami berasa panik dan tak sedap hati pada ketika ini..Kami bertiga gagahkan juga untuk mencari lagi ketam-ketam lubang..maklumlah hasil yang baru dapat ditangkap cuma 3 ekor je..
Aduhhhh...keadaan kini lagi bertambah gawat dan menakutkan..tetiba kami merasakan yang kehadiran kami disitu bukan lagi bertiga tapi berempat..
"Bakpo aku rasa macam ado sorang lagi dengan kito",aku bgtau sepupu aku secara berbisik-bisik.
"Aku pun sera (rasa) macam tu jugok", sepupu-sepupu aku macam besetuju dengan kata-kata aku.
Lepas tu aku terus berpaling untuk menyuluh ketam..Allahuakbarrr..aku tersuluh kearah lubang ketam dan ternampak kedua belah kaki seseorang..
"Tak mungkin kaki diorang..dioarang pakai seluar pendek..ni seluar panjang tambahan pulak dia tak pakai kasut",gertak dalam hati aku..
Belum sempat aku nak menghala lampu karbaid ke muka lembaga yang berkaki itu..
"Banyok ko bulih ketam ni awe (awang) weiii..bulan gelap pulok tu", lembaga itu menegur kami dengan suara garau..
Kami tatkala mendengar teguran dari lembaga tu terus tanpa berfikiran panjang lebar luas lagi terus berlari macam lipas yang baru putus ekor..masa tu tak kisah dah, redah semua semak samun, lubang-lubang selut, busut-busut ketam semua nya dilanggar..sakit masa tu dah tiada rasa..hati kecut menyebabkan otak menjadi beku...
Sampai dirumah kami semua terus campak buang semua lampu karbaid (masih nyala lagi),sauk dan ketam-ketam yg ditangkap..terus basuh kaki dan naik rumah..mandi mmg dah tak sempat, terus tido..
Esok pagi baru cari balik lampu karbaid dan ketam-ketam semalam..Fuhh..nasib baik ketam-ketam tu tak ada berfikiran nak melarikan diri (sebab ada dalam jaring)..lagipun ketam dia malas nak fikir banyak2..Jadi dapatlah pergi jual ketam tu dekat peraih..Masa sampai di tempat peraih tu dia tersengih-sengih macam ada benda yang cuba disampaikan..
"Bakpo Pok Mat sengih-sengih ko ambo?Ambo ado buat lawok bengong ko?ado taik mato lg ko nih?",aku tanya dia..
"Takdo-takdo..mu takdo buat lawok bodoh..cumo semalam puak-puak mu buat lawok bodoh sebab lari lintang pukang..tu aku baru tegur jah..tok pakai kain putih lagi..hahaaha..mu tok perasan ko sora (suara) ahmad jais aku nih..hok aloh..", Pok Mat menerangkan dengan jelas tanpa rasa bersalah kat aku..
"Hmmm..hampeh betul la Pok Mat ni",Aku terus amik duit dan terus pergi beli sirap bandung dan jeruk kelubi..
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Al-fatihah untuk arwah org tua saya (bapa) yang meninggalkan kami malam sabtu 22hb pukul 2.30pagi..saya amat mengkagumi dan menghormati arwah kerana dalam kerumitan dan kedaifan kami beliau berusaha dan bekerja sungguh2 (buat 2-3 kerja dlm sehari) supaya keluarga kami boleh hidup..
No comments:
Post a Comment