Thursday, April 28, 2011

Cerita Sekolah Dulu-Dulu -Part 1

Dulu pada zaman saya disekolah rendah, kalau pencapaian akedemik tu baik (maksudnya dapat no,1,2 dan 3 dalam kelas bagi peperiksaan penggal) nama kami akan dipanggil ke hadapan untuk terima hadiah..selalunya akbar Bintang Kecil (famous masa tu) dan juga sebatang pen atau Buku novel..Bila nama dipanggil, saya selalu berdebar-debar sebab takut..macam nak kena rotan plak..bila dah nama dipanggil terpaksa la menuju ke depan dengan kaki yang terketar-ketar lutut..tangan pulak mengigil masa ambil hadiah sampai terjatuh depan orang ramai..masa tu first time dapat terima hadiah..kali kedua dan seterusnya dah jadi biasa..

Dulu saya pun bukanlah orang yang pandai..selalu dapat no.3 je memanjang.Yang dapat no.1 ni biasanya perempuan...Kan budak lelaki ni dia suka bermain je..memang patut la budak perempuan boleh pintas...

Lagipun dulu tusyen kat sekolah je..takda private punya..masa tu keluarga saya tak mampu buat semua tu..even kalu ada bab-bab lawatan ke tempat peranginan atau berkelah atau lawatan sambil belajar yang memerlukan perbelanjaan RM30 ringgit pun saya tak mampu nak ikut..Selalunya budak-budak yang baik akademik ni dapat offer macam tu..Saya terpaksa tolak..tak kisah sebab dengan RM30 tu kami boleh beli beras atau lain-lain keperluan..Lagipun tak patut semata-mata saya seorang je nak berseronok guna RM30 tu, sedangkan ahli kelurga lain tak dapat apa-apa..

Adapun arwah ayah saya ni pun dia dah buat macam-macam kerja untuk menyara kami sekeluarga..sebelah pagi potong rumput, sebelah malam pergi menjala ikan...kadang-kadang kutip buah kelapa..kami nak minta duit untuk benda-benda berseronok pun jadi segan..kecuali lah duit utk beli buku tulis atau pen..Kalau minta mungkin Emak dan Arwah ayah saya akan beri juga..tapi rasa macam tak padan nak minta untuk semua tu..tambahan pulak nak geng dengan puak-puak skema ni..saya pun skema juga..wakaaka..

Bila tak dapat pergi, maka saya hanya dapat dengar je lah kegembiraan dari member yang telah membuat lawatan tu.dapat tengok foto pun jadilah...dapat jugak tumpang seronok..biar lah tak pergi pun..member seronok,kita pun seronok..Ni lah adat berkawan kami masa tu..Berkawan kena la betul jaga..jangan masa susah kita cari diorang, ,masa senang nak tolong balik pun susah..

Sekian dari :
Catitan diari muslim ; freshworkshop.blogspot.com

Monday, April 25, 2011

Betul Ke Wayang Kulit ni berhantu??

Ada 2 orang pelakon,seorang gadis dan seorang pemuda :-

Gadis : Abang..ambo nak tanyo nih?.
Pemuda: Hoo..bakpo..nok tanyo gapo?..
Gadis : Ambo sesat nih..tok jumpo cari jale nok gi Heyway la abe oiii..bolehhh la kiro nyo abe tunjuk jale ko Heyway..ooo aloh laaa..

Pemuda : Mudoh jah..cik adik,,demo gi strik jah..jange dok gi kona kiri kanan..pahtu jumpo dengan signboard hija kuning dio tulih Lebuhraya..

Gadis : Bukan Lebuhraya abe weiii..Heyway..Lebuhraya tu ambo kenal sangat..hiihihii..
Pemuda : Yak guano demo nih..rupo paras comey bena..tapi pemikiran lemoooh..Hohh..Highway tu kot bahaso ore mat saleh, Lebuhraya tu dale bahaso melayu.

Gadis : Hoohh..padan la..Bukan Highway lebuhraya tuh ooo abe oiii..ni ambo nok cari Kedai Heyway La..kedai jual barang duo rial..oohho la wey..abe tuhh..

(Cuba baca gayo wayang kulit Wok Yoh tengok..)..haahaahaa..sebenarnya aku dah lama tak dengar bahaso wayang kulit wok yoh, said,abe mat kita tuu..berhantu sunggohh..

Thursday, April 21, 2011

Photo (Picasa) dan Blogwalking - Berkesan ke Untuk Kami Di Pendalaman??

Dah lama betul tak menulis cerita lawak..Mungkin idea ni tak mahu datang..Walaupun dipaksa-paksa dan diperah, idea melawak ni tetap tak mahu timbul..Sekarang sibuk dengan PICASA..cukup power sekali..idea ber-foto-foto-an ni semakin menggila..Walaupun cuma guna Nikon Coolpix S570, mesti perlu bersabar untuk mendapatkan aura dan seni foto dalam menghasilkan sesuatu benih (foto) yang menakjubkan..


Disini link untuk flickr saya bagi sesiapa yang berminat untuk bersiar-siar ke sana..
http://www.flickr.com/photos/uxoppixels

Gambar tak banyak lagi sebab keadaan internet uploading yang slow.


Oklah..nanti bila dah ada sedikit cerita lawak untuk dikongsi saya akan terus menggerakkan jari ini kat keyboard..err..layan je lah walaupun yang datang membaca kat sini cuma 2-3 orang je..terima kasih kepada yang datang menjenguk.Banyak blog yang saya pergi berblogwalking tapi takleh tinggalkan komen sebab keadaan internet yg cukup tenat (ditambah komputer yg dh berabad ni Pentium 4 lagi..mmg ketinggalan zaman,takleh nak upgrade windows plak tu)..

Wednesday, April 20, 2011

Surah Al-Qalam - Allah Menangkis Setiap Tuduhan Dusta Org Kafir Terhadap Nabi Muhammad S.A.W

Peringatan dalam Surah Al-Qalam yang meminta supaya jangan sesekali mengikuti orang/golongan yang mendustakan (ayat-ayat Allah) demi kejahatan mereka..kenapa Allah melarang kita ikut mereka?.. Ada sebabnya termasuklah mereka ini orang yang sangat suka kepada sumpah laknat ( demi menutup pendustaan mereka), malahan kuat menabur fitnah dan mencela supaya pendustaan yang dicipta itu diterima yang digambarkan seolah-olah benar oleh oarang-orang yang buta hati (terburu-buru percaya akan fitnah tanpa usul periksa)..Apabila mereka diuji dengan harta yang bertimbun didunia,mereka menjadi tamak dan irihati..Apabila datangnya kebenaran, mereka menolak demi menegakkan pendustaan dan kezaliman.

Tuan-tuan dan puan-puan..

"Sesungguhnya Tuhanmu (Allah), Dialah Yang Paling Mengetahui siapa yang sesat dari jalan-Nya ; dan Dia lah Yang Paling Mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk" .Terjemahan dari Surah Al-Qalam:ayat 7

Kita nak tipu orang buat apa kalau semata-mata nak harta bertimbun..harta tu akan jadi kayu api untuk kita kelak dineraka...kalau sempat bertaubat dan taubat itu diterima Allah sebelum mati, Alhamdulillah..tapi kalau tak sempat, segala fitnah dan harta akan jadi bebanan kepada kita di akhirat kelak..

Tuesday, April 19, 2011

Fitnah lagi!!! Kini dari UUM dan Khaled Nordin pulak..


Tak habis-habis dengan fitnah ni..dah la tak hormat kepada orang yang bagi rebat kat depa selama 2 tahun..pi plak tabur taik fitnah kata orang suka-suka naikkan cukai tanah..mampuih la depa yang dok berlagak kata mengaji tinggi-tinggi..mangkuk hayun punya orang kita...

Bab masalah ayaq tu pun depa tak berapa nak ingat kot.Tak cukup duit nak upgrade LOGISTIK depa sendiri..aikk..mengaji tinggi macamana ni..semua dok nak jadi manja.Nak selesai masalah sendiri pun takleh nak pikir..orang lain juga yang nak pikir utk depa...ada pun masalah tu sejak dari pemerintahan depa lagi..paip yang dipasang oleh kroni depa (dacing senget) tuuu..dah la lambat siap, tu pun lagi nak mengata..nasib baik kerajaan negeri kedah ni baguih..tak kacau pun kroni depa janji siap ja kerja paip tu.peruntukkan tu pun dari persekutuan depa.Bila lambat mai RM,sapa nak buat keja (padahal puak-puak depa jugak)..

Setakat 1.8 juta setahun tu apalah sangat bagi puak-puak dacing senget tu..takkan takleh bantu kot.sembang kat rakyat bilion-trilion punya...depa dok tangguk duit berbilion-lion setahun tu pun buat-buat diam je..macam ayam takut kat musang..mata dok lik-lak lik lak..bila musang takda mula la depa dok hinggaq.apatah lagi SPRM..bawah tapak kaki  depa je..


....................................................................................................................
RM50 juta untuk projek emel 1Malaysia
Satu syarikat IT tempatan, Tricubes Bhd akan melaburkan RM50 juta untuk menyediakan akaun e-mel kepada semua warga Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas.
Pelaburan bagi Projek Emel 1Malaysia itu adalah bagi menyediakan akaun email kepada semua warga Malaysia untuk urusan rasmi dengan kerajaan.
Perdana menteri Datuk Seri Najib Razak ketika merasmikan projek berkenaan hari ini berkata, emel berkenaan akan membolehkan komunikasi secara langsung dan selamat di antara rakyat dan kerajaan.

Nota:  tiris sana sini..50juta tu baik upgrade tahap kelajuan line internet kat malaysia dulu..kat kampung ni kalu ada emel ( emel tu bulih but free aihh) tapi line lembap cam siput babi nak buat apa??.malu kat jiran-jiran kita..depa tu pun takda nak buat macam kita aihhh walaupun sistem internet mereka jauh lebih maju..

Monday, April 18, 2011

Perubahan diri kita,dunia dan politik semasa..beranikah kita menghadapinya??

18/4/2011 -  hari ini macam hari yang lepas-lepas juga..hujan dengan ribut kecil melanda kampung Begia..Perubahan cuaca mendadak di Kedah dan seluruh dunia ni memang tak dapat diduga lagi..Sepatutnya masih dalam musim kemarau tapi dia tetap nak hujan dengan ribut juga..Barangkali macam ni juga lah perubahan angin politik malaysia..bila lama sangat memerintah macam lembu kenyang, mereka masih tidak sedar yang mereka tu cuma ditunggu masa untuk sembelihan bila dah terkumpul banyak dagingnya.Mereka masih tidur dengan mimpi indah sehinggakan nyamuk (rakyat) bermain dekat telinga pun dok buat tak tahu lagi (rakyat cukup terpinggir,buktinya banyak orang kemurungan,tekanan dan peningkatan masalah sosial)..bising nyamuk ni kekadang boleh buat orang sihat jadi tak waras..tapi depa masih dok loklak (eheehe..cakap kedah plak)



Adapun hari ni setelah tengahari tadi selesai sudah urusan di Pejabat SADA S/B di Sungai Petani, sempatlah hamba melihat sekejap-sekejap pembangunan di SP ni..Banyak sungguh rumah dan bangunan di bangunkan oleh Pemaju dan juga Kerajaan Negeri Kedah ni..sapa kata PAS tak baguih..Ingat BN saja kah boleh bagi kita makan!!.Sarawak tu nak wat camna..depa pun baru bangkit dari tido je.Nanti depa dah menguak bangkit tido, baru bertemu buku dengan ruas ...Depa dok majukan kita pun pakai duit kita (rakyat dan perkhidmatan kerajaan) juga..Jangan dok ingat pakai duit depa plak.Duit rakyat tu duit depa juga (depa sapu cukup2), pahtu duit depa pun duit depa dan kroni jugak...tu pun dok heboh satu malaysia lagi kata depa baguih..ciss..hahhaaha


Bersatu teguh, bercerai kita roboh..kalau kita bersatu, tak kira lah sesiapa yang memerintah pun maka ikatan yang kuat tadi tak akan membawa kita kepada kebinasaan..puak-puak yang tak mau kita bersatu tu dok buat kecoh dengan isu bumiputera supaya bangsa lain jadi takut kat bumiputera ni.depa masih dok ikut cara perintah tok nenek Inggeris depa la katakan...dengan itu kita nak bersatu pun jadi takut,pastu bangsa lain jadi takut..lama-lama depa jadi menyampah..Bila dah tawaq hati, depa pun dok berkawan saja lah untuk dapat cari makan sama-sama..tapi depa tak mahu bersatu sebab dalam hati ni dah takda perasaan hormat kat bumiputera ni..Yang buat perangai tu depa yang mengaku asai bumiputera lah..






[He] who made for you the earth a bed [spread out] and the sky a ceiling and sent down from the sky, rain and brought forth thereby fruits as provision for you. So do not attribute to Allah equals while you know [that there is nothing similar to Him].( Surah Al-Baqarah : Ayat 22)

Dia lah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan, dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya); dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa).
 
 
Jadinya bila kita kata hanya kita lah yang boleh bagi orang lain makan dan maju,maka seolah-olah kita mempertikaikan maksud ayat 22 Surah Al-Baqarah diatas tadi..bila kita (orang islam) menyekutukan Allah ni tuan-puan maka boleh dikatakan yang kita ni lebih kurang (lembut sikit perkataan ni) seperti orang kafir lah..
 
Ramai yang kata..jangan memperjudikan nasib..ikut hangpa lah..kalu hangpa masih nak duduk bawah ketiak puak-puak tu..dok saja jangan usaha apa2..cucuk hidung..tarik sana..tarik sini..tak leh nak fikir dah sebab takut nak cari makan sendiri..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
* nota : best juga guna bahasa kedah ni..patut lah bila orng klate kawin dgn org kedah..anak2 doirang lebih pandai cakap kedah berbanding klate..muahahaa

Sunday, April 10, 2011

Kuasa, Kasih Dan Allah

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI



[This is] a revelation of the Exalted in Might, the Merciful, [surah Ya-sin:ayat 5]
[Al-Quran itu, diturunkan oleh Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani,]

Al-Quran diturunkan bagi membuktikan Allah itu :-
Pertama ;-
Bukti bahawa Allah itu Maha Berkuasa.Banyak sekali bukti-bukti yang ditunjuk dalam Al-Quran akan kekuasaan Allah..Walau bijak mana pun kita,masih lagi dibawah kekuasaan Allah..berkuasa besar mana pun kita,tetap berada dibawah kekuasaan Allah..Anda masih ragui betul ke dunia ni Allah yang cipta?maka dinasihatkan disini supaya anda carilah dunia lain/cipta sendiri utk anda membuat perbandingan.Itu pun jika anda mampu dengan kuasa dan kecerdikan anda.
Kedua :
Bukti bahawa Allah itu Maha Mengasihani..Allah tidak cipta manusia  untuk hidup dalam kesesatan kerana Dia tahu akan kelemahan manusia..Dengan sifat Ar-Rahim-Nya ini, maka diturunkan Al-Quran sebagai pebimbing untuk manusia yang celik akal.Jika anda rasa undang2 ciptaan manusia tu boleh membimbing anda,maka anda boleh lah bersahabat dengan mereka yang bongkak (syaitan dan iblis) yang suka melawan perintah Allah... .Sesungguhnya sifat Ar-Rahim Allah ini membuktikan betapa Allah amat sayangkan umat manusia yang dicipta-Nya..Apa lagi yang nak ditunggu bila kita disayangi dan kasihani?? Ayuh..segerakan apa yang dimahukan-Nya mudahan hati kita juga kasih kepada-Nya..

Sunday, April 3, 2011

Cari Jodoh Cepat

 Disebabkan ari ni memang ambo teraso sunggoh ado banyok maso terluang, maka ambo try ketik ( klip) broadband hok sunggoh lemah antenna nyo..serupa Iphone 4 pulok yang mano antenna dio boleh dikatakan amat sensitif..

Ketik..ketik..ketik..tibo-tibo ...PANGGGG....terpampang khidmat cari jodoh online..macam dio sengajo nok mempermainkan ambo yang malas nak pikir pasal jodoh ni..keno bomoh kah atau penakut dengan pompuan??? entahlah...belum bersedia atau apa...buntu juga bilo ambo cubo berpikir...

Bilo doh ambo teraso macam nak serabut-serabut gitu, cepat-cepat ambo ambik wudhuk..pastu baca Al-Quran supaya hati ambo jadi tenteram balik..Terasa hati ambo sunggoh sayu bilo baca Al-Quran ni..ambo also not understand, why some people who trying not to understanding the truth of Quranic content and they want to burn the Holy Quran..May be they feel that the Holy Quran is a threaten to their power or some what for their name reputation only ( to be popular like celebs )..


"In their hearts is disease, so Allah has increased their disease; and for them is a painful punishment because they [habitually] used to lie"-Al-Baqoroh - 2:10

[ Dalam hati mereka ada penyakit *, lalu ditambah Allah penyakitnya ; dan bagi mereka siksa yang pedih, disebabkan mereka berdusta ]

* penyakit mereka sebenarnya adalah lemah (tidak mahu mengakui) kebenaran Nabi Muhammad dan isi Al-Quran sehingga menimbulkan dengki/iri hati dan rasa tercabar malahan dendam terhadap Nabi Muhammad S.A.W dan umat Islam..bukan itu saja, umat Islam yang meragui kebenaran ini juga merupakan punca / asal-usul kepada bibit-bibit perpecahan dan kemerosotan peradaban Islam..

Mereka  rela membiarkan minda dijajah dengan pemikiran moden yang berasakan teori barat ( padahal itu merupakan teori yang  dicipta oleh akal manusia sahaja, betapa bodohnya mereka )

Laaa..dah melalut kemana ntah..bagi ketentuan jodoh ni ambo cuma boleh bersolat hajat dan tahajjud meminta petunjuk dan dipercepatkan jodoh..mmg kena cepat sbb umur semakin meningkat..Mudahan duit cukup sehingga hujung tahun ni..sesal juga sedikit bila MLM diceburi tak berapa jadi ( modal dah ter-burn banyok sbb ikut kawan punya pasal), banyak sangat penipuan yang tersembunyi..menipu orang pun ada dengan harga dan kehebatan produk nya yang boleh menghilangkan pelbagai penyakit..tetapi ada juga yang berkesan bila melihat kepada pelbagai testimoni ..

Semoga mereka yang terlibat dengan MLM ni tidaklah terlalu mengejar keuntungan semata-mata.Perlu juga iktikad menolong  kerana produk yang dijual tu belum kita pasti boleh memberikan kesan sampingan jangka panjang kepada saudara-saudara kita...

Dakwah Islamiyyah melalui Surah Al-Baqarah

                                                                                                                  Alif, Lam, Miim.

[huruf-huruf abjad dipermulaan yang pengertiaannya hanyalah Allah sahaja yang mengetahui.Sebilangan ahli tafsir menyerahkan pengertiannya kepada Allah kerana termasuk dalam ayat-ayat Mutasyaabihat]

Kitab (yakni Al-Quran ) ini tidak ada keraguan padanya ; petunjuk bagi mereka yang bertakwa.

[ Adapun Allah menamakan Al-Quran itu dengan Al-Kitab ( bererti " yang ditulis" ) sebagai isyarat  ia diperintahkan untuk ditulis.Takwa ialah memelihara diri dari ditimpa siksaan Allah dengan mengikuti segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya..adapun takwa ini ia tidak di-erti-kan dengan takut sahaja..]

=================================================================

Garapan penulis :
Bismillahir-rohmannir-rhohim ( Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang )

Sebagai seorang manusia yang diciptakan oleh Allah S.W.T dengan sifat kejadian  hamba-Nya yang lemah dan perlukan satu petunjuk supaya tidak tersesat, Maka Allah S.W.T telah menegaskan dengan nyata didalam surah Al-Baqarah ayat ke-2 bahawa Al-Quran sebagai panduan hidup manusia ini, tidak perlu timbul sebarang keraguan dalam mengikuti perintah dan larangan yang telah digariskan oleh Allah Yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui..Penekanan juga agar  manusia  bertakwa apabila  memperolehi petunjuk dari Allah S.W.T, perlu sebarkan dakwah Islamiyyah kerana takwa itu tidak sekadar takut kepada azab Allah untuk dirinya sahaja, tetapi perlu juga keberanian ( berani berjuang dalam politik Islam,ekonomi Islam dll - sesungguhnya Islam itu agama yang syumul ) dalam memujuk / memberi contoh tauladan yang boleh membuka petunjuk ( mudah-mudahan hati mereka terbuka setelah melihat keindahan Islam melalui panduan Al-Quran ) kepada saudara-saudaranya yang lain.

Perjuangan dakwah Islamiyyah di zaman kemajuan materialistik ini cukup mencabar dan banyak dugaan terutama sekali dalam melibatkan soal kewangan ( miskin yg terlampau boleh membawa kekufuran, kaya yang terlampau boleh membutakan hati menerima kebenaran)..Perjuangan ini tidak boleh terhenti walau sesaat pun kerana perpecahan umat di akhir zaman ini sudah tidak dapat dikawal lagi..Kita tidak boleh membiarkan saudara sekeliling kita mati dalam kesesatan kerana ini adalah kerugian dan merupakan kegagalan kita seorang Muslim ( Nabi Muhammad S.A.W menyebut-yebut umatnya sebelum mati kerana Baginda cukup takut umatnya mati dalam kesesatan)..Sentiasa lah berpesan-pesan dan berpegang kepada Al-Quran...

Islamic Clock