18/4/2011 - hari ini macam hari yang lepas-lepas juga..hujan dengan ribut kecil melanda kampung Begia..Perubahan cuaca mendadak di Kedah dan seluruh dunia ni memang tak dapat diduga lagi..Sepatutnya masih dalam musim kemarau tapi dia tetap nak hujan dengan ribut juga..Barangkali macam ni juga lah perubahan angin politik malaysia..bila lama sangat memerintah macam lembu kenyang, mereka masih tidak sedar yang mereka tu cuma ditunggu masa untuk sembelihan bila dah terkumpul banyak dagingnya.Mereka masih tidur dengan mimpi indah sehinggakan nyamuk (rakyat) bermain dekat telinga pun dok buat tak tahu lagi (rakyat cukup terpinggir,buktinya banyak orang kemurungan,tekanan dan peningkatan masalah sosial)..bising nyamuk ni kekadang boleh buat orang sihat jadi tak waras..tapi depa masih dok loklak (eheehe..cakap kedah plak)
Adapun hari ni setelah tengahari tadi selesai sudah urusan di Pejabat SADA S/B di Sungai Petani, sempatlah hamba melihat sekejap-sekejap pembangunan di SP ni..Banyak sungguh rumah dan bangunan di bangunkan oleh Pemaju dan juga Kerajaan Negeri Kedah ni..sapa kata PAS tak baguih..Ingat BN saja kah boleh bagi kita makan!!.Sarawak tu nak wat camna..depa pun baru bangkit dari tido je.Nanti depa dah menguak bangkit tido, baru bertemu buku dengan ruas ...Depa dok majukan kita pun pakai duit kita (rakyat dan perkhidmatan kerajaan) juga..Jangan dok ingat pakai duit depa plak.Duit rakyat tu duit depa juga (depa sapu cukup2), pahtu duit depa pun duit depa dan kroni jugak...tu pun dok heboh satu malaysia lagi kata depa baguih..ciss..hahhaaha
Bersatu teguh, bercerai kita roboh..kalau kita bersatu, tak kira lah sesiapa yang memerintah pun maka ikatan yang kuat tadi tak akan membawa kita kepada kebinasaan..puak-puak yang tak mau kita bersatu tu dok buat kecoh dengan isu bumiputera supaya bangsa lain jadi takut kat bumiputera ni.depa masih dok ikut cara perintah tok nenek Inggeris depa la katakan...dengan itu kita nak bersatu pun jadi takut,pastu bangsa lain jadi takut..lama-lama depa jadi menyampah..Bila dah tawaq hati, depa pun dok berkawan saja lah untuk dapat cari makan sama-sama..tapi depa tak mahu bersatu sebab dalam hati ni dah takda perasaan hormat kat bumiputera ni..Yang buat perangai tu depa yang mengaku asai bumiputera lah..
[He] who made for you the earth a bed [spread out] and the sky a ceiling and sent down from the sky, rain and brought forth thereby fruits as provision for you. So do not attribute to Allah equals while you know [that there is nothing similar to Him].( Surah Al-Baqarah : Ayat 22)
Dia lah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan, dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya); dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa).
Jadinya bila kita kata hanya kita lah yang boleh bagi orang lain makan dan maju,maka seolah-olah kita mempertikaikan maksud ayat 22 Surah Al-Baqarah diatas tadi..bila kita (orang islam) menyekutukan Allah ni tuan-puan maka boleh dikatakan yang kita ni lebih kurang (lembut sikit perkataan ni) seperti orang kafir lah..
Ramai yang kata..jangan memperjudikan nasib..ikut hangpa lah..kalu hangpa masih nak duduk bawah ketiak puak-puak tu..dok saja jangan usaha apa2..cucuk hidung..tarik sana..tarik sini..tak leh nak fikir dah sebab takut nak cari makan sendiri..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
* nota : best juga guna bahasa kedah ni..patut lah bila orng klate kawin dgn org kedah..anak2 doirang lebih pandai cakap kedah berbanding klate..muahahaa
No comments:
Post a Comment