[huruf-huruf abjad dipermulaan yang pengertiaannya hanyalah Allah sahaja yang mengetahui.Sebilangan ahli tafsir menyerahkan pengertiannya kepada Allah kerana termasuk dalam ayat-ayat Mutasyaabihat]
Kitab (yakni Al-Quran ) ini tidak ada keraguan padanya ; petunjuk bagi mereka yang bertakwa.
[ Adapun Allah menamakan Al-Quran itu dengan Al-Kitab ( bererti " yang ditulis" ) sebagai isyarat ia diperintahkan untuk ditulis.Takwa ialah memelihara diri dari ditimpa siksaan Allah dengan mengikuti segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya..adapun takwa ini ia tidak di-erti-kan dengan takut sahaja..]
=================================================================
Garapan penulis :
Bismillahir-rohmannir-rhohim ( Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang )
Sebagai seorang manusia yang diciptakan oleh Allah S.W.T dengan sifat kejadian hamba-Nya yang lemah dan perlukan satu petunjuk supaya tidak tersesat, Maka Allah S.W.T telah menegaskan dengan nyata didalam surah Al-Baqarah ayat ke-2 bahawa Al-Quran sebagai panduan hidup manusia ini, tidak perlu timbul sebarang keraguan dalam mengikuti perintah dan larangan yang telah digariskan oleh Allah Yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui..Penekanan juga agar manusia bertakwa apabila memperolehi petunjuk dari Allah S.W.T, perlu sebarkan dakwah Islamiyyah kerana takwa itu tidak sekadar takut kepada azab Allah untuk dirinya sahaja, tetapi perlu juga keberanian ( berani berjuang dalam politik Islam,ekonomi Islam dll - sesungguhnya Islam itu agama yang syumul ) dalam memujuk / memberi contoh tauladan yang boleh membuka petunjuk ( mudah-mudahan hati mereka terbuka setelah melihat keindahan Islam melalui panduan Al-Quran ) kepada saudara-saudaranya yang lain.
Perjuangan dakwah Islamiyyah di zaman kemajuan materialistik ini cukup mencabar dan banyak dugaan terutama sekali dalam melibatkan soal kewangan ( miskin yg terlampau boleh membawa kekufuran, kaya yang terlampau boleh membutakan hati menerima kebenaran)..Perjuangan ini tidak boleh terhenti walau sesaat pun kerana perpecahan umat di akhir zaman ini sudah tidak dapat dikawal lagi..Kita tidak boleh membiarkan saudara sekeliling kita mati dalam kesesatan kerana ini adalah kerugian dan merupakan kegagalan kita seorang Muslim ( Nabi Muhammad S.A.W menyebut-yebut umatnya sebelum mati kerana Baginda cukup takut umatnya mati dalam kesesatan)..Sentiasa lah berpesan-pesan dan berpegang kepada Al-Quran...
No comments:
Post a Comment