Tadi sempat berbual-bual dgn Pak Lang (penduduk Kg.Berona Kiri,dh lama tak jumpa.dulu jumpa sbb nak settle pokok getah dia ja)..Sebenarnya tengahari tadi kami menghadiri majlis tahlil yang dibuat oleh salah seorang penduduk disitu.Disini kami cukup famous sbb selalu menghadiri aktiviti yang dianjur oleh penduduk kampung seperti majlis kahwin,bercukur dan naik rumah baru.Alang-alang dah berada ditempat orang ni baik kita kenal dulu hati budi mereka-mereka ini.
Selepas tahlil, kami dijemput makan..fuhhhh..sambal petai,gulai ikan kering,ulam dan sambal belacan.Tak lupa juga ayam gorang dan ikan goreng..fulaammaakk cayee lah...apa lagi tambah 2 pinggan...mau tak berasap perut ni...
Sambil makan,kami bersembang dengan Pak Lang..ceritanya mengenai buah durian..mmg kat sini musim raja buah..macam-macam cerita dari durian D99 hingga D24,buah durian sebijik RM10 hingga 3bijik RM99 yang dijual salah seorang penduduk kat sini..cekik darah betul pakcik ni..tapi yang tak bestnya cerita bab pakcik ni,dia sanggup tak bagi anak-anak dia serta ahli keluarga lain termasuklah mak ayah dia sbb mmg dah jadi tradisi (tu dia yg bgtau sendirik,tak baik reka-reka citer)..Malahan dia kata lagi, baik dia beli durian dari org lain daripada nak bagi durian yg dia tanam tu kat ahli keluarganya..apaaa daa..bukan apa, dia cakap buah durian yg dia tanam ni untuk org2 kaya dan raja2 saja sbb isinya yg sedap,org biasa yg tak mampu nak beli tak boleh rasa isinya..hammpehhh betul org tua ni...
Kami pun ada dengar2 juga dari kawan2 yg beli durian dia..mmg sedap tapi agak2 laa..jgn kata durian dia 1st class pulak dari durian org lain..kami yg dengar pun tak syok..
No comments:
Post a Comment