Tiba-tiba pandangannya terasa kelamDia cepat-cepat bersandar di tiang pondok bas.Mungkin keletihan barangkali kerana mengangkat sampah yang perlu dijual.Dia memerhati kearah orang ramai yang berada di pondok bas.Daripada cahaya anak matanya itu menunjukkan yang dia berharap ada ruang kosong tempat duduk untuk dia berehat.Seorang anak muda bangun lalu mempersilakan dia duduk.Dia memerhatikan anak muda itu dengan penuh khusyuk.Ditangan anak muda itu terlekat sebatang pen dan satu buku catatan kecil.Tangannya asyik menulis sesuatu.Kerutan dahi anak muda itu menunjukkan dia sedang memikirkan sesuatu."Mencari idea barangkali. "fikir org tua itu.
Bila bas mengahmpiri pondok bas itu,org ramai berpusu-pusu masuk kedalam perut bas.Kemudian bas terus berlalu meninggalkan pondok bas.Si anak muda itu tidak menaiki bas tersebut.Sebaliknya dia melabuhkan punggungnya di kerusi bersimen itu.Pengemis itu berasa hairan.
"Assalamualaikum..Anak buat apa tu?Pakcik tengok tangan tu asyik mencoret sesuatu sahaja."Pengemis itu menegur.
"Wa'alaikumussalam..saya tengah buat kajian tentang kelakuan manusia terhadap masa."Jelas pemuda itu.
"Kenapa?Rakyat malaysia tidak menepati masakah?"Pengemis itu bertanya
"Bukan begitu pakcik,sebenarnya rakyat malaysia semakin ramai yang menepati masa.Contohnya sampai tepat ke pejabat dan bekerja mengikut masa..cuma mereka masih lagi tidak memahami bagaimana nak menhgargai masa yang ada."Kata pemuda itu.
"Bagaimana pulak tu?"Pengemis itu meminta penjelasan.
"Mudah je tu pakcik..Contohnya mereka mmg sampai ke pejabat tepat pada masanya kerana keluar awal dan menunggu bas yang sampai awal tetapi masa sedang menunggu mereka tidak melakukan apa-apa yang boleh menbuatkan mereka maju kedepan setapak seperti membaca dan menulis apa-apa bahan yang boleh dikongsi dengan org ramai..Untuk pengetahuan pakcik,setiap org mempunyai idea dan bahan yang berlainan seperti tahu memasak mee udang yang sedap,cara-cara mengawal perbelanjaan dan sebagainya.Ini semua boleh ditulis semasa masa yang tidak terisi."Jelas pemuda itu lagi.
"Mm..betul juga kata anak ni..separuh dari masa pakcik di setiap hari ni digunakan untuk mencari rezeki."Keluh pengemis itu
"Itu tak apa pakcik sebab masa yang pakcik ada sentiasa terisi walaupun bukan dengan membaca dan menulis.Masa itu sentiasa berjalan dan ia tidak menoleh kebelakang lagi,sebab itu masa terhad ini mesti diisi dengan sebaik-baiknya setakat yang termampu dan terdaya."
No comments:
Post a Comment