Terasa juga dengan keadaan yang berlaku sekarang ni..Tetapi apakan daya kerana masa ini akan terus berlalu dan pasti takkan boleh di undur hanya kerana untuk membetulkan keadaan.Janji-janji yang terpakai hanyalah pada ketika itu dan pada ketika-ketika lain janji-janji itu hanyalah untuk penyedap hati..
Sebenarnya hidup ini bukanlah sesukar manapun jika kita memahami apa yang perlu kita buat.Sesusah mana pun untuk membuat keputusan haruslah tidak kerana terpaksa dan semestinya harus berterus-terang dengan benda yang jelas.
Jika kerana melihat orang lain dari segi luaran sudah mendatangkan prasangka yang tak baik,tak perlu lah meminta penjelasan yang bukan-bukan demi hanya untuk melepaskan diri yang sudah tidak ihklas dalam hubungan itu..
Sekarang hanya perlu redha dan masing-masing mencari arah haluan sendiri untuk mencari apa yang di cita-citakan..
No comments:
Post a Comment