Sunday, July 10, 2011

BERSIH 2.0 : From ZERO to HERO




Orang ramai dan harta benda dikawasan Himpunan BERSIH 2 tiada yang kena parang apatah lagi bom molokov cocktail ( mmg takde sbb tu semua buatan anjing polis), takda yg tercedera malahan yang terbunuh dan cedera adalah dipihak rakyat yang menyertai BERSIH..Tembakan gas pemedih mata, bom asap dan air secara melulu lagi membuktikan mereka takut kepada tangan kosong yang tidak bersenjata sehingga hilang pertimbangan dan kecut telur.

Diri ini bukanlah nak membuktikan kemegahan kejayaan BERSIH 2, akan tetapi permainan polis dan pemerintah adalah begitu tidak menampakkan kematangan dalam berpolitik.Mereka teragak-agak untuk mengamalkan demokrasi yang sebenarnya hanya kerana bimbang kuasa dan harta negara akan jatuh ke pihak lain.

Kezaliman dan kemusnahan harta  digambarkan amat seolah dasyat kepada orang lain yang  memihak kepada mereka.Gangguan kepada majlis perkahwinan dan urusan rutin awam dijadikan modal untuk menunjukkan kepada masyarakat bahawa Himpunan BERSIH ini memecah-belahkan kaum dan umat Islam..Pemikiran disempitkan.Masyarakat yang takut hilang harta dunia lebih rela menerima keselamatan didunia berbanding kesejahteraan mereka dan anak-anak mereka di akhirat..

Mereka lupa kepada perkara pokok berpecah-belahnya umat Islam adalah kerana akidah yang lemah.Tunas perkembangan akidah di letakkan di tempat yang rendah.Ada mereka berani membatalkan permit konsert Iron Maiden, Justin Bieber mahupun permit hiburan lain yang lebih teruk kerosakkannya kepada akidah anak-anak , sanak saudara mereka? Ada mereka berani bertanya kenapa kerajaan gagal menggubal lagi kurikulum nasional dalam pendidikan di sekolah yang akhirnya melahirkan sebilangan yang pintar dalam akademik tetapi gagal dan rendahnya tahap moral serta akhlak anak-anak sekolah sekarang?..Adakah mereka boleh jamin kecemerlangan akademik akan melahirkan umat yang cemerlang memenuhi tuntutan di jalan Allah jika tidak disertakan ilmu agama yang mantap dan kuat?

Bodoh..Pandai ilmu akademik tetapi takda akhlak dan akidah yang jitu dalam mendaulatkan Islam dalam cara hidup seperti yang dituntut dan dimahukan oleh Allah dan rasulNya...

Mengaji lah setinggi mana sampai ke Amerika,Rusia dan negara-negara Barat, tapi kalau tak ada ilmu agama samalah seperti bangkai bernyawa..Nak bawa pergi kemana ilmu dunia kalau tidak di seimbangi dengan ilmu agama..akhirnya lahir lah cerdik pandai yang kotor dalam masyarakat..mereka tidak takut kepada Allah sebab mereka sudah cintakan dunia serta hati itu sudah hitam pekat bercampur dengan perkara yang syaitan mahukan supaya manusia itu sesat.Maksiat, rasuah, ilmu putar belit, ego dan sebagainya..

Ada setengah ibu-ibu moden takut nak marah atau tegur anak mereka yang malas bersolat, mengaji Quran,buka aurat dan bercampur gaul bebas..mereka takut jika bertindak demikian, anak mereka akan lari dari rumah, malas belajar / pergi sekolah, takut anak mereka tidak lagi sayang kepada mereka bila besar..

Mereka lupa bagi anak-anak yang terdidik sedemikian, walaupun anak-anak itu sendiri berada disamping mereka dan sayang kepada mereka, tetapi apabila kita mati, percayalah tuan-puan anak-anak itu akan lupakan kita.Tiada yang mahu ziarahi kubur kita, kalau ziarah pun mereka sekadar sirami kita dengan air bunga mawar sbd.Tidak ada sedekahkan kepada kita dengan bacaan Al-Quran dan berdoa untuk diri ibu bapa yang telah mati kerana mereka tidak didedahkan dengan perkara seumpama itu...itu lah racun sebenarnya yang mematikan akal dan hati manusia..mereka dan zuriat mereka juga akan berterusan seperti itu..Kecuali bila Allah mahukan memberi hidayah dan kasihNya kepada hamba yang dingini, maka beruntungnya manusia itu serta ibu-bapanya dan juga orang di sekelilingnya..


Al Fatihah.

Saudara kita Baharuddin bin Ahmad ( suami kepada Pn. Rusni Melan Ketua Wanita Cabang Setiawangsa telah kembali kerahmatullah. Beliau sesak nafas akibat di kejar polis di KLCC semasa menyertai perhimpunan BERSIH

No comments:

Islamic Clock