Syajaratul Wafa’ (Pohon Kesetiaan)
Kesetiaan adalah tanda kecintaan. Dan kecintaan merupakan prasyarat dalam menjalin hubungan yang harmonis dengan kecintaannya. Nabi Muhammad SAW. mempunyai tanaman sendiri sebagaimana yang telah disebutkan dalam hadis, bahawa banyak pohon yang menyaksikan beberapa peristiwa dari perjalanan hidupnya yang mulia. Sebagai isyarat yang menunjukkan adanya hubungan ini. Terkadang sebagai gambaran untuk menyedarkan orang yang lalai. Diantaranya adalah syajaratul wafa’, pohon kesetiaan. Sebagai tanda adanya komunikasi di antara ruh-ruh yang selalu ingat. Pohon ini dapat mengucapkan terima kasih dan memberikan penghargaan kepada yang berhak menerimanya serta mengakui kebaikan yang diberikannya.
Ia adalah batang pohon kurma yang merintih saat ditingalkan. Jabir bin Abdullah RA. meriwayatkan, ‘Dahulu ada sebatang pohon kurma yang digunakan oleh Nabi SAW. untuk pijakan tempat berdirinya. Setelah dibuatkan mimbar untuk Nabi, kami mendengar dari batang kurma itu suara rintihan seperti rintihan unta yang sedang hamil besar. Hingga Nabi saw turun dari mimbarnya lalu meletakkan tangannya pada batang itu barulah batang pohon itu diam’. Batang pohon itu mengeluarkan suara rintihan seperti rintihan unta betina hamil besar. Peristiwa ini merupakan salah satu mukjizat Nabi SAW. Sebatang pohon yang diberikan penghormatan kepadanya lalu ia membalasnya. Manakala ditinggalkan ia merasa sedih sehingga kesedihannya itu melahirkan suara rintihan. Sekarang tiada seorangpun diantara kita melainkan di rumahnya terdapat kitab hadis. Seakan-akan Nabi saw berdiri di hadapannya mengajarkan urusan agama dan mengajarinya hukum-hukum syariat Islam. Maka sudah selayaknya bagi manusia seperti kita berterima kasih dan membalasinya dengan ketaatan dan kesetiaan pada ajaran yang dibawanya. Kita telah mendapatkan pelajaran yang amat bagus dari sebatang pohon kurma. Maka kita sebenarnya yang amat patut melakukan hal itu dan menterjemahkannya dalam sikap kita terhadap dakwah dan ajaran ini. Sepatutnya kita umat islam (perlu berdakwah) merintih kerana tidak dapat berbuat banyak untuk memberikan sumbangan pada dakwah ini sebagaimana orang-orang yang disebutkan Allah SWT. dalam kitab-Nya Allah berfirman:
وَلَا عَلَى الَّذِينَ إِذَا مَا أَتَوْكَ لِتَحْمِلَهُمْ قُلْتَ لَا أَجِدُ مَا أَحْمِلُكُمْ عَلَيْهِ تَوَلَّوْا وَأَعْيُنُهُمْ تَفِيضُ مِنَ الدَّمْعِ حَزَنًا أَلَّا يَجِدُوا مَا يُنْفِقُونَ
“Dan tiada (pula dosa) atas orang-orang yang apabila mereka datang kepadamu, supaya kamu memberi mereka kendaraan, lalu kamu berkata: “Aku tidak memperoleh kendaraan untuk membawamu”, lalu mereka kembali, sedang mereka bercucuran air mata karena kesedihan, lantaran mereka tidak memperoleh apa yang akan mereka nafkahkan”. (At-Tauabh:92).
Jika pohon pun menghormati Nabi Muhammad SAW ( dengan izinNya), apatah lagi kita umat Islam yang telah menerima Islam melalui mereka yang berdakwah..seterusnya diturunkan turun temurun oleh datuk nenek kita..ada yang bersusah payah dan menghadapi rintangan demi mengenali Islam, mereka tetap bersabar walaupun dibuang keluarga dan kadang2 kehilangan harta benda dan orang yg dikasihi..
Tapi yang dikesalkan apabila sebahagian dari kita yang mendapat Islam secara turun-temurun ni, mersakan mereka cukup berhak memiliki Islam,tak perlu cari sebab dah lekat pada nama,malas untuk mempelajari sedalam-dalamnya agama Islam kerana terlalu yakin mereka mampu memasuki syurga Allah hanya kerana nama mereka tu berkait dengan Islam (padahal nama tu dlm bahasa arab je) dan tertanam dalam sanubari kotor mereka bahawa ajaran dan sunnah Rasulullah S.A.W itu ketinggalan zaman (mereka lebih suka ikut pemikir moden yang sesat dengan pelbagai idealogi ciptaan akal tanpa berpandukan kekuatan agama) sehingga hilang rasa hormat terhadap Nabi dan Rasul Allah..Jadinya mereka hanya mengamalkan apa yang mereka suka buat,yang mana tak suka mereka boleh tinggalkan..orang lain nak buat tu dia punya hal,orang lain nak sesat pun dia punya hal..pah tu kita yang beramal sebahagian ni tak sesat ke?..Orang Islam yang sebegini lah yang merobohkan dan merosakkan agama Islam serta menyebabkan penganut agama lain hilang hormat dan tidak yakin dengan Islam yang amat sempurna ini..Mereka tidak setia dengan Islam..layak lah mereka ini digelar pengkhianat sehingga lah Allah benar-benar telah membukakan pintu hidayahNya kepada mereka..itu pun jika mereka benar-benar ingin mencarinya..
No comments:
Post a Comment