Wednesday, July 6, 2011

Tundukkan Hati mu - Jangan takbur dengan Ilmu yang diperolehi

Firman Allah s.w.t  yang bermaksud :


" Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sesekali akan sampai kepada
  Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa
  daripada kamu."..(Q.S : Al-Hajj : 37)


Sesuatu perbuatan amal kebaikan itu adalah sia-sia jika dilakukan dengan niat yang tidak
ikhlas.Solat, puasa, menuntut dan mengajar ilmu agama dan seluruh amal ibadah kita tidak
akan sampai kepada Allah lantaran tiada darjat keikhlasan yang boleh melahirkan sifat
taqwa dan takut kepada Allah.


Gerak-geri solat,usaha berlapar dahaga semasa puasa atau kesusahan semasa menuntut ilmu
akan menjadi tiada faedah dan tiada terkesan dalam hati manusia kerna adanya ujub (terpesona dgn  amalan diri-sendiri yang dirasakn lebih hebat dari orang lain) sehingga ketahap wujudnya takbur dengan kelebihan ilmu yang dimiliki ( hakikatnya ilmu itu adalah milik Allah yang dipinjamkan kepada manusia untuk kemaslahatan umat sejagat)..


Ada sebahagian yang mengaku mengikuti jalan salafi tetapi pada masa yang sama
meng-khawarij-kan orang lain yang tidak sependapat dengan mereka..kelebihan dan nikmat
ilmu yang diberikan oleh Allah s.w.t telah ditumpulkan ( akal mereka tersekat akibat perasaan ujub,tidak tegas kpd pemerintah dan tidak telus dalam menilai sesuatu situasi yg beredar disekeliling mereka) hanya kerana mereka telah terasa lebih pandai dan mengetahui sesuatu yang belum pasti.


Pengetahuan Allah amat luas (yang lebih ketahui kebenaran sesuatu pihak dan peristiwa itu)..






وَاللَّهُ غَالِبٌ عَلَى أَمْرِهِ وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لا يَعْلَمُونَ
“Dan Allah berkuasa terhadap urusan-Nya, tetapi kebanyakan manusia tiada mengetahuinya”. (Yusuf: 21)




Tidakkah mereka malu bila Allah tutupkan hati mereka daripada melihat kebenaran ( tidak
dapat bezakan antara hak dan batil) itu akibat dari perbuatan mereka sendiri yang subur
dengan ghurur,ujub dan nifaq ( semoga Allah memelihara kami dan mereka dan menjauhi kami dan mereka dari sifat ini).Semoga Allah meletakkan kami dan mereka dijalan yang lurus serta ikhlas mengorbankan diri demi mendapat keredhaan Allah s.w.t...




Firman Allah yang bermaksud :


" Dan di antara manusia ada yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredhaan Allah
  semata-mata." (Q:S Al-Baqarah : 207)




Dan Firman Allah yang bermaksud :


" Sesungguhnya Allah telah membeli drpd orang-orang yg beriman akan jiwa mereka
  dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh syurga,
  (disebabkan) mereka berjuang dijalan Allah ; maka (di antara) mereka ada yang
  membunuh dan terbunuh. ( Balasan syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang
  benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran ;
  dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah?Oleh itu,
  bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual belinya itu, dan (ketahuilah bahawa)
  jual beli (yang seperti itu) ialah kemenangan besar." (Q:S : At-Taubah : 111)


Nota :
( Khawarij mempunyai akidah mereka tersendiri dan suka kepada kerosakan..
 jangan samakan orang yang ingin berdakwah dijalan Allah setulus ikhlas dengan puak khawarij)..



No comments:

Islamic Clock