"Segala puji hanya bagi Allah Tuhan seluruh Alam.
Tapisi dengan iman dan ilmu agama sewaktu kita hidup didalam dunia yang penuh dengan dugaan dan cabaran dari musuh-musuh Islam yang senantiasa menggunakan pelbagai kaedah utk melalaikan umat Muhammad s.a.w.Seumpama air sungai yang kotor kemudian ditapisi pelbagai peringkat demi mendapatkan air bersih yang selamat diminum.Begitu jugalah hati manusia ini.Rukun iman dan rukun Islam mesti dipegang dan diamalkan tanpa ragu-ragu dan penuh kesungguhan.
Alquran dan as-sunnah perlu diletakkan sebagai petunjuk dan keutamaan.
"Itulah Kitab yang tak ada keraguan di dalamnya, sebagai petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa". |
Sejak akhir ini ramai yang mengakui berjuang di jalan Allah.Tapi apabila diuji oleh Allah dengan kesusahan, kebendaan ,pangkat dan keturunan, mereka terus lemah longlai dan menyalahkan takdir sehingga sanggup menggunakan agama untuk melawan balik agama.Ini lah golongan yang pengkhianat yang hanya melihat agama dari satu sudut kesenangan didunia sahaja.Padahal tujuan akhir manusia ini adalah mencapai kemenangan di akhirat.Perjuangan menegakkan agama Allah semasa didunia ini perlu berterusan walaupun ada petualang yang hanya pandai berkata-kata tanpa ada usaha untuk melakukan dan menegakkan syariat Allah.Mereka tidak meletakkan AlQuran dan as-sunnah untuk keutamaan, malahan sebagai sampingan yang perlu dipakai diketika mereka memerlukannya.Masya Allah..
No comments:
Post a Comment