Pengurusan hati (qolbu management) dan minda (mind management) mestilah dengan betul dan tertib.Jika kamu mahukan dunia mesti dengan ilmu.Kamu mahukan akhirat pun mesti dengan ilmu.Kalau kamu mahukan kedua-duanya pun mesti dengan ilmu.Ilmu tanpa amal sia2.amal ilmu tanpa ikhlas akan binasa manusia
Sunday, December 18, 2011
Semuanya politik.Berak kena bayar 20sen pun politik
Perkembangan politik di malaysia sungguh memberangsangkan.Jika Hang Tuah masih hidup, dia pun pening dengan persekitaran sekarang.Politik pun boleh bersilat.Cuma silap, ia digunakan untuk pertahankan diri dengan cara salah ( berbohong kepada rakyat).Agama lagi lah dah ditolak ketepi awal-awal lagi.Jika mereka takut dengan dosa, maka tidak timbul hal pembohongan.Beginilah senario politik malaysia yang merimaskan.
Bermula dengan pendidkan pun politik,berak kena bayar,penzinaan,lembu yang tak dapat hasil sampailah kepada mati pun masih diselubungi politik (takmau ziarah saudara yang berlainan parti)
..................................................................................
New World Order betul2 telah meresapi susur galur sosiologi dalam masyarakat di Malaysia.Akhlak yang dituntut agama telah dijahanamkan supaya anak-anak muda bangkit atas nama hak dan kebebasan.Jika begini caranya maka strategi pemimpin New World Order sudah pun berjaya bertapak di Malaysia.Israel yang dilaknat Allah pun kita jalinkan hubungan.Kerosakkan yang mereka lakukan cukup banyak dan jelas di depan mata, tapi sebab gila kuasa memimpin dan kekayaan maka mata dipejamkan dan hati bebal diturutkan.
Sayang sekali, kegilaan berpolitik telah mendidik anak-anak muda bangkit tanpa akhlak dan iman yang dikehendaki oleh Allah dan Rasul.Politik membabi buta telah merosakkan akal sehingga akhirnya lahirlah generasi pemimipin yang tolol dan bengong ( lebih suka kepada kerosakan daripada menjaga amanah yg telah Allah berikan kepada hambaNya).Susah sedikit didunia pun tak mahu diterima apabila terima tekanan dari pihak laknatullah.Ingat nak senang saja didunia,akhirat nanti tak takut ke bila berdepan dengan Allah.Penzina hina hukum Allah pun mereka boleh diamkan.Dimana letakknya nilai jihad dalam diri umat Islam Malaysia?Saya merasa sungguh kecewa dengan setengah para agamawan yang mendiamkan diri semata-mata ingin menjaga periuk nasi dan tunduk kepada kehendak golongan laknatullah.
Riwayat daripada Ibnu Abbas bahawa Rasulullah saw pernah bersabda yang bermaksud:
"Pada akhir zaman nanti akan muncul golongan-golongan manusia yang berwajah manusia tetapi berhati syaitan. Mereka diibaratkan sebagai serigala buas. Hati mereka tidak mempunyai sedikit pun belas kasihan.""Mereka tidak suka menjauhi segala yang buruk dan mereka lebih suka melakukan pertumpahan darah. Kalau engkau ikut mereka, mereka akan mendekati kamu. Kalau engkau menjauhi mereka, maka mereka akan mengumpat engkau.""Apakah mereka melihatmu?"Jawab Nabi saw:"Tidak."Para sahabat bertanya:"Apakah turun wahyu kepada mereka?"Jawab Nabi saw:"Tidak."Para sahabat bertanya lagi:"Bagaimana keadaan mereka?"Nabi saw menjawab:"Seperti ulat dalam cuka."Para sahabat bertanya lagi:"Ya Rasulullah saw, bagaimana mereka menjaga agama mereka?
"Jawab Nabi saw:"Seperti bara api di tangan. Kalau diletak ia akan padam dan kalau diambil dengan tangan ia akan terbakar."
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment