Aku baru selesai baca novel karya Leeya Myra yg berjudul "Mencari Cinta"...
Kisah nya seorng gadis yg masih mengharapkan cinta pertamanya bersama org yg disayangi menjadi kenyataan..Penantiannya sia-sia kerana org yg disayangi nya telah berkahwin di Jepun dgn sahabat setianya..Lalu dia beralih ke dahan yg baru ,seorang lelaki baik yg sudah lama meminatinya,cuma dia sahaja yg tidak kisah kerana baginya cinta lelaki itu lngsung tidak wujud dlm dirinya.Baginya lelaki ini wujud sekadar simpati kerana mengambil berat terhadapnya.
Si isteri kekasih cinta pertamanya mati kemalangan,dan pengharapan kekasih hatinya utk kembali mendapatkan cinta nya ditagih.Wajarkan cinta dijadikan alasan bersikap keji utk meninggalkan seorang lelaki yg mengasihinya..Kesudahannya...Beli lah buku tu utk kesudahannya..hehe
Aku tak faham kenapa kegagalan cinta pertama dijadikan alasan/keras hati utk menerima cinta kedua,ketiga dan seterusnya hingga menemui kebahagiaan..Tp aku memahami luka yg ditinggalkan begitu mengguris hati, di saat ini kita memerlukan ketenangan yg dan harapan dr Allah..mudah-mudahan mendapat petunjuk...
Mencari pasangan bukan sekadar mencari cinta,tetapi mencari teman pengubat jiwa disaat susah dan senang...
14 comments:
Terima dan hadapilah apa saja yang ditakdirkan untuk kita... hamba yang lemah.
Pakcik Din :
Betul tu Pakcik..sesuatu yg ditakdirkan tu adalah dari Allah yg maha mengetahui..mugkin kita rs tk baik,tp sebenarnya baik..
yes,i'm agree wif u..mncari pasangan bkn skadar mncari cinta, but hakikatnya ialah mncari seseorang yg sanggup bkongsi suka dan duka bsama hingga ke akhirnya..
smoga Allah mengurniakan pasangan yg baik kpd abg uxop yg budiman ni..
Assalamualaikum,
Kisah Cinta sampai bila bila pun akan ada, kalau tak kena pada kita pada orang lain. Begitulah besarnya kurniaan Illahi pada sekian hamba hambanya.
Rasanya tidak silap dikatakan bahawa Dunia wujud dan masih bersinar kerana adanya cinta antara kita.
Cinta dalam kisah novel penus konflik dan tragik kerana Cinta dalam kehidupan pun begitu juga. Ada macam macam jenis cinta paling laku Cinta teruna dara semestinya.
Pada Mak Cik cinta itu pengorbanan, tolak ansur, mengerti dan mengambil berat antara satu dengan lian. Tidak lokek berkongsi apa juga dan paling perlu hormat menghormati dan menerima pasangan se adanya.
Terima juga keluarganya seadanya!! WaAllahuAlam.
Dayah :
TQ..kene terima pilihan dr Allah tu seadanya..jd lah org yg bersyukur..I'Allah hidup diberkati
biasa lah cinta pertama sukar dilupakan
aku tak percaya cinta kedua. yg aku tau kebahagian untuk aku adalah kasih sayang yg disatukan dgn satu ikatan perkahwinan. itu cara aku menerima orang lain dlm hidup aku selepas kecewa yg amat sangat.
Aku fobia..
Makcik:
Wa'alaikumussalam..
Betul kata Makcik tu.Bila kita menerima sesorang itu,bermakna kita kena berkongsi semua perkara dgnnya..begitu juga lah dengan menerima keluarganya penuh ikhlas
Cik Hanis :
Ya laa..cinta pertama ibarat kertas putih yg diconteng.bila di liquidkan contengan itu ia terlindung dgn warna putih suci.contengan itu masih wujud dibawah sana.Tp apabila tulis tangan yg cantik menulis utk kali kedua di tempat itu,ia kan menjadi indah dan kebanggaan kita & ramai org..
Cik Dinie :
Jgn ikut perasaan.cinta itu indah bila ikhlas.manusia sj yg mempermainkannnya. Apa yang Dinie bgtau tu pun betul juga.Ada org bercinta Selepas berkahwin seterusnya tumbuh kasih sayang dan boleh kekal sbb mereka ihklas menerima pasangan mereka seadanya.Kene ingat kasih sayang ssh nk tumbuh kalu xde cinta pengenalan antara 2 insan…
Cik Qaseh :
Kau nk fobia smpai bila?..ms dh makin cepat, umur pun makin meningkat…Ia semacam nk beli keter..selalu was-was keter ini elok ke tidak..bila dh beli,kalu rosak pun kita repair jugak sbb kita yg nk naik..inilah risiko hidup..hehe.betul ke perumpamaan aku ni
Em..btl lah...rosak pun kita repair jugak kan..emm...btl2..dah,otak aku start bepikir balik dah..tepuk dada tanya hati..
malas aku nak layan ko...dah jiwang plak skang nih...
wei...word verification kat bawah nih kasi buang la...
Oh Cinta! aku Cinta Padamu wahai Cinta!
Man_helang :
Ko kene layan jugak sbb aku frust dgn lentah kita..muskil betul aku..
Word verification? Ahh.mls aku nk layan ko..
Danielle_corleone :
Ko dh terlepas sbb Cinta dh kawen dgn Ashraff Siclair..huhu
Ayat2 ko tu melambangkan yg ko Pencinta wanita tu...
Post a Comment