Friday, March 13, 2009

Hati buta?

"Pak Haji,anak pak Haji tikam nombor ekor",kata Mamat.
"Haram jadah anak aku,ekor tu haram tau tak",kata Pak Haji.
"Tapi pak Haji,anak pak Haji dapat 1st prize RM 100,000",kata Mamat.
"Alhamdulillah,kaya anak aku",kata pak Haji..
"Boleh ke camtu Pak Haji",kata Mamat
"Apasal takleh pulak.Rezeki tu dari Allah",kata Pak Haji

Mungkin ente semua tak percaya dengan cerita ni kan..Tapi ini lah yang
pada masyarakat kita sekarang.Pakai ilmu agama untuk kepentingan dan
kehendak diri saja.Sekarang pun sudah ramai yang pandai-pandai berhujah
tentang walhal ilmu pengetahuan mereka amat dangkal.
Ingat!!
Tersebarnya ilmu menyesatkan atau berlaku perpecahan,ente terpaksa tanggung hingga ke hari perhitungan..Sungguh dasyat..Rujuk lah Ahli ulama,Kiyai-kiyai dan bijak pandai Islam dulu sebelum ente membicara sesuatu yang ente tak arif tentang sesuatu itu.Bukan apa takut ente sendiri tak tahu kena pembalasan di dunia selepas ini.

4 comments:

melayuangkat said...

Assalamualaikum anakku,

Telah berkali Mak Cik blogkan betapa IMAN pada diri kita amat sukar untuk kita manifastasikan dalam kehidupan seharian kita.

Contoh paling mudah, semua orang tahu, FITNAH itu dosa besar lebih teruk dari membunuh, Tapi kita sendiri tahu hakikatnya dan tahu pula SIAPA yang paling suka pada fitnah.

Soal Qalbu atau Hati ini amat rumit untuk dikaji. Senang cakap susah nak buat. Oleh itu Kita mesti menjaga hati kita sendiri, bentuk dan bela supaya ianya menurut apa yang patut dan menolak yang bertentangan dengan ajaran Islam itu sendiri.


WaAllahuAlam.

Unknown said...

Wa'alaikumussalam Makcik,
Benar cakap Makcik,soal uruskan dan menjaga hati sendiri amat susah kerana unsur -unsur dalaman yang lemah.wujudnya sifat riak dan suara hati yang melalaikan (mmg manusia cepat lupa & lemah kerana hati ni mudah dipengaruhi oleh persekitaran,amalan-amalan kita dan apa yang kita isi dalam hati ni.Perbaiki diri dan bertawaduk supaya hati tidak lalai.

Anonymous said...

iman dalam diri tak cukup..
manusia sentiasa dalam kerugian.

Unknown said...

Cik Hanis,
Mmm..pandainya..mmg betul tu..bila imam kurang,kita mudah leka dgn harta dunia,pastu rugi amalan dan harta yg diamanahkn dibelanjakan kat benda yg bermaksiat..pastu hati jadi kering,layu trus mati.Kalau bernasib baik lg mgkin masih dpt Nur dr Allah,kalu tak mmg rugi dan termasuk ahli neraka..Nauzubillah..

Islamic Clock