Lukisan hati mencorakkan diri sendiri,tapi penilaian ketinggian mutu corak terletak pada pandangan dan tanggapan orang ramai
Dalam hati aku selalu begini : rasa sudah buat yang terbaik tetapi telah dinilai sebagai tiada pendirian dan main-main sahaja.Ketaksungguhan hati dalam melakukan pelbagai perkara datang menghukum aku dengan dugaan dan tanggapan yang berat.Aku dianggap
tidak ikhlas.Sudah sememangnya keadaan diriku begini.Inilah kecacatan dalam hatiku dan diri ini.Tak berupaya untuk aku berlakon tidak menjadi diriku yang sebenar.Sungguh hipokrit aku kalau berpura-pura sempurna walhal aku cuma manusia biasa.Aku redho dengan ketentuan Mu Ya Allah...Jika ini telah tersirat,ampunkanlah dosa ku kerana telah cuba merubah keadaan yang tersurat.
2 comments:
Assalamualaikum anakku,
Tidak mengapa bagaimana kita dinilai oleh manusia dari zahirnya walaupun kita memang ikhlas.
Asalkan kita dinilai baik oleh Pencipta kita, Allah swt. Manusia memang begitu, suka buruk sangka. Tapi ramai juga yang baik dan ikhlas.
Pastikan sebaik mungkin berkawan dan rapat dengan mereka yang Ikhlas dan sudi berkawan dengan kita kerana kita dan bukan kerana apa yang kita punya.
InsyaAllah, kita selamat berkawan dengan mereka yang betul berIman dan Ikhlas yang datang melalui KeImanan.
WaAllahuAlam.
Wa'alaikumussalam Makcik,
Terima kasih kerana kata-kata Makcik ni amat bermakna sekali buat saya.Memang selalu keikhlasan kita disalahtafsir kerana syak wasangka sahaja..
Post a Comment