Monday, March 23, 2009

tetap diatas kebenaran

Di zaman yang tak mengenal erti dosa pahala sekarang ini
betul-betul telah melencongkan segolongan Muslim dalam
amalan dan cara hidup.Sikap sambil lewa dan cuai yang
dianggap sedikit dan sudah biasa dipandang ringan sahaja.
Tidak mustahil mudah bagi mereka ini meninggalkan sesuatu
amalan yang besar pada esok hari...Ini lah yang telah mero-
sakan jiwa dan minda remaja kita kerana sikap segelintir
warga penjaga yang telah lalai dan gagal mendidik zuriat
kurniaan Allah yang amat bernilai dalam hidup mereka.
Jangan salah desakan hidup,zaman mengejar harta,wang ringgit
dan kuasa,jika kita tak mampu atau miskin imam dalam diri.

Apabila seorng mukmin berdiri teguh diatas jalan kebenaran,
keteguhan jiwa itu lah yang akan memelihara imam dan nilai
Islam dalam amalan dan cara hidup.Zahirkan kebenaran supaya
generasi yang ada ini dan seterusnya yang mendatang,tidak
rebah dan terpalit dosa-dosa yang diamalkan kita sekarang.

Tetap di atas kebenaran dan akui kesilapan kita yang terlalu
lalai dalam menyusuri hidup yang telah lama membebani kita.
Kengkang hawa nafsu dan sifat angkuh dalam membuka kebenaran
walaupun dihina,dicaci atau hilang mata pencarian.Akan terbuka dan
kentalnya kebenaran itu bila banyak pembohongan cuba dirancang dan
dilakukan.

2 comments:

man_helang said...

ko nih...pehal imo semnjak dua menjak nih...awek kl amacam??? bila lg nak mai jengok??? ahhh...jgn nak nafikan lak...

Unknown said...

man,
err..aku susah skit nak g kl semenjak kelate kena belasah dgn neg.9...aku malu..nanti aku g cari kau sana nk bls balik..tolong carikan aku sorang awek..imo ..imo..

Islamic Clock