Saturday, December 5, 2009

Mengingati Mati - catatan ringkas

Selepas Allah SWT menciptakan roh-roh,Allah SWT telah memanggil seluruh roh-roh untuk berkumpul.Setelah itu Allah SWT telah berkata kepada roh-roh tersebut,"Adakah kamu mengakui bahawa Akulah Tuhan kamu"..maka semua roh telah menjawab " Ya..Engkaulah Tuhan kami"..

Setelah itu tiba lah masanya roh tadi memasuki alam baru iaitu alam rahim (alam kandungan perut ibu) selama yang telah ditentukan oleh Allah.Ada yang 9bulan,ada yang 7bulan sebagaimana ditetapkan.Kemudian kita dilahirkan dan berada dialam dunia yang yang juga tempohnya ditentukan oleh Allah Swt.Ada yang sampai 60tahun,ada yang 10tahun dan ada juga yang hayatnya seminggu..semua ini telah ditentukan oleh Allah..APabila kita berada didunia ini,kita harusnya ingat bahawa disini semua nya bersifat sementara dan tidak kekal.seumpama seorang musafir yang bila tiba masanya harus kembali kepada kampung halaman yang kita cintai..adapun semasa musafir,bekalan semasa dalam perjalanan dan hasil untuk dibawa pulang amatlah perlu dititikberatkan supaya perjalanan hidup ini tidak sia-sia..Semasa mati manusia itu cuma ditemani 3 perkara sahaja..iaitu harta,anak/keluarga dan amal jariah.sesudah dialam kubur maka kita cuma ditemani amal jariah sahaja, keluarga dan harta akan meninggalkan kita..

Perlu kita ingat semasa kita hidup, amal jariah ini perlu dihimpun sebanyak mungkin supaya tidak menjadi seperti org yang rohnya menyesal sehinggakan jika diberikan seminit lagi hidup pasti mereka akan membuat amal setiap saat.Tapi untuk hidup kembali itu amat mustahil..Sebaik-baiknya kita harusnya berpegang kepada kata-kata nasihat ini "Jangan kamu tunggu petang jika kamu boleh membuatnya waktu pagi dan jika kamu boleh buat petang jangan kamu tunggu waktu pagi kerana kamu tidak mengetahui bila ajal kamu"..

2 comments:

Anonymous said...

thankz utk post ini:)

Unknown said...

Cik Rat..

sama-sama..berkongsi utk perkara baik ni mmg dituntut..

Islamic Clock