Dalam sebuah kampung ada satu keluarga yang mana sangat miskin.Dengan keadaan kemiskinan mereka juga malas berusaha utk bersolat kecuali si ibu sahaja.Si ibu bersolat kekadang di surau dan kekadang dirumah.Walaupun begitu dia jarang mempedulikan hal tetangga malahan ada2 saja hal yang diungkit dengan jiran tetangga.Si ayah asyik mencari rezeki dgn membawa kereta teksi sapu hingga solat terabai kerana keletihan.Anak2 tak dididik utk mengenali Alquran apatah lagi bersolat 5 waktu
Bila anak2 dah besar,puasa pun tak termampu dijaga apatah lagi ibadat2 yang lain.Perangai buruk lain tak payah di kata, dadah,mencuri dan bergaduh sudah jadi mainan si anak yang kosong jiwa.Si ibu dan bapa yang tua ni pun samada sudah malas nak menegur (sbb dari kecil diajar begitu) atau takut nak menyuruh kerana takutkan anak2 sebab anak2 yang bagi duit dapur dan perbelanjaan lain.Nak mengharap kudrat si ayah yang tua tu berapalah sangat.
Adakah ini sudah menjadi trend sebilangan umat Islam di Malaysia yang memandang perkara ini hanya sebelah mata..Pemikiran anak2 muda kini telah terdidik kepada "Agama ketepi dahulu dan boleh diamalkan bila2 masa yang perlu,yang penting kita mesti dapat cari makan dan harta dahulu dibumi yang makmur dan kaya ini."
Harap ini hanya pemikiran sinis penulis sahaja..Mudah-mudahan Allah memberikan kita petunjuk ke jalan yang lurus dan benar..
4 comments:
sedih kalau keadaan ni berterusan
sian pada anak anak
takdapat didikan yg sempurna
hermm
Salam cik Rat :
betul kata cik Rat..bukan saja menyedihkan malahan merugikan umat Islam sendiri..benteng kekuatan dalaman golongan pelapis telah mudah ditembusi oleh musuh Islam dan syaitan..
Haah , saya sendiri pun kadang-kadang mengabaikan semua nie .
Touya Karuma boyz..
mmg kita semua kekadang terlajak dalam semua perkara,yang penting mesti cepat insaf dan kembali ke jalan yang benar..
Post a Comment