Monday, February 15, 2010

Sukarnya nak banteras Jenayah di Malaysia

Oleh MOHD. MARTIN KAHAR(martin.kahar@kosmo.com.my) 15Feb2010..

SEPANG - Bukan sekali dua premis judi haram yang terletak di sebuah bangunan di Taman Ambar, Dengkil di sini diserbu pihak berkuasa.

Pada awal tahun ini sahaja, sudah lima kali pihak berkuasa tempatan dan polis menyerbunya, namun ia tetap dibuka semula...

Komen :

Ini bukan pertama kali saya dengar berita tentang penguatkuasaan yang berselindung di sebalik pakaian seragam.Mereka sudah tiada rasa malu (tiada amanah dan jujur) lagi memakai pakaian seragam bila masa poket baju dan seluar sudah dipenuhi duit.Buatlah pembanterasan seluruh malaysia pun,jika sekadar utk buat gempak kepada masyarakat Malaysia yang menampakkan mereka bekerja bersungguh-sungguh.Semua itu sentiasa akan jadi sia-sia bilamana towkey judi dan otai-otai datang membawa sampul berisi RM yang tebal utk segenap lapis anggota yang terlibat..

Sebagai contoh satu kes di suatu pekan (tak leh sebut,nnti ambo kena saman sbb mengkritik badan penguatkuasaan).Ada satu kedai judi dan arak yang beroperasi tanpa lesen sewenang-wenangnya tanpa diserbu selama hampir 3-4 tahun.Entah macamana tetiba telah diserbu dalam 3 bulan lepas.Semua mesin judi dan arak diangkut pada petang itu..Tetiba tak sampai 3jam sebuah black maria datang balik membawa barang yang diangkut dan paling memalukan setiap anggota penguatkuasaan sendiri mengangkat masuk sekali mesin judi kedalam kedai..

Rupa-rupanya sebab kedai diserbu pada hari itu disebabkan towkey judi tidak membayar wang saguhati macam biasa yang dilakukan pada bulan-bulan lepas kepada ketua balai sehingga lah anggota biasa.Dengan sebab itu maka serbuan dibuat dan dalam masa 2jam selepas serbuan dibuat,towkey datang membawa sampul angpow utk memberi harapan dan senyuman kepada anggota penguatkuasaan yg terlibat dan sejam kemudian mesin judi diatas black maria (tak payah angkat turun di balai pun sbb dah agak towkey mesti datang punya) di hantar khas pulak ke premis tersebut..Mungkin anda tak percaya benda2 gini boleh terjadikan..saya pun mula2 tak percaya,tetapi bila sudah melihat sendiri maka inilah sebabnya terjadinya peribahasa ini "Harapkan pagar,pagar sendiri yang mencuri"..

No comments:

Islamic Clock