Wednesday, April 8, 2009

Ulama juga manusia biasa

Ulama mujtahidin yang muktabar adalah sangat bersikap tawasuth
dan sederhana. Mereka tidak memaksa pendapatnya diikuti.Malahan
mereka melarang bertaqlid kepadanya sehingga kita mengetahui
alasan-alasan mereka.

Kata Imam Abu Hanifah :
"Tidak halal bagi sesiapa mengikut pandanganku sehingga mengetahui
dari mana saya mengambil hukum itu" (lihat al-Sya'rani dlm kitab al-Mizan
jilid 1 m.s.55)

Juga nasihat Imam Malik :
"Sesungguhnya saya adalah manusia biasa yang sememangnya ada
kalanya salah dan benar, maka perhatikanlah sebarang pendapatku,
jika ia bersesuaian dgn AlQuran dan sunnah, boleh lah kamu ikut,jika
bercanggah maka tinggal lah ia" (lihat Ibnu Abdul Bar dlm kitabnya
Al-Jami).

Ustaz Saad Yasin (salah seorang Rabitah Alam Islami) menjelaskan
dgn tepat bahawa :
"Memanglah kita wajib menghormati dan mengiktiraf kredibiliti ulama
mujtahidin diatas kesungguhan dan kebolehan mereka melakukan ijtihad,
tetapi kita juga wajib meyakini bahawa mereka itu (manusia biasa) dan
bukan maksum(bebas & terlepas daripada kesalahan dan kesilapan"

Bertanya kepada orang alim dan mengikut pendapatnya,tidak seharus
sehingga ke peringkat kultus (berpuak-puak)-individualistik.

Isu penggunaan ayat AlQuran dlm ceramah politik oleh org kafir seharusnya
diteliti dengan hati2 terutama sekali dalam membuat tuduhan dan tohmahan
yang membawa kesan negatif sehingga menyebabkan orang lain merasa takut
mendekati Islam kerana kita hanya melihat dari sudut ketidakwajaran shj.
Tidak wajar adalah kerana dia org kafir yang kotor (tidak suci),bila nak sentuh
AlQuran mesti bersuci bagi org Islam kerana menghormati kesucian AlQuran itu.
Apabila nak membaca, ada kelonggaran samada dlm keadaan bersuci atau
tidak.

"SESUNGGUHNYA ALQURAN INI ADALAH BACAAN YANG SANGAT
MULIA,PADA KITAB YANG TERPELIHARA(LAUH MAHFUZ),TIDAK
MENYENTUHNYA KECUALI HAMBA-HAMBA YG DISUCIKAN.DITURUN
KAN DRPD TUHAN SEKELIAN ALAM" (AL-WAQI'AH :77-80)

Bacaan yg mulia ini merujuk kepada isi AlQuran yang menjadi peringatan
kepada yang membaca dan mendengarnya.Kewajaran nya disini bahawa
jika si kafir cuma membaca (bukan dgn maksud yg diputarbelit/menyeleweng)
utk memberi peringatan kepada pendengar demi mengerakkan/mengentarkan
hati manusia tentang kebesaran Sifat Allah dan mukjizatNya.

"KAMI LEBIH MENGETAHUI TENTANG APA YG MEREKA KATAKAN,
DAN KAMU SEKALI-KALI BUKANLAH SEORANG PEMAKSA TERHADAP
MEREKA.MAKA BERI PERINGATAN DENGAN ALQURAN ORANG2 YANG
TAKUT KEPADA ANCAMAN-KU"(Surah Qaf : 45)

Kita yang mengakui begitu arif dan layak menjaga AlQuran mesti sentiasa
mengorak langkah dalam berijtihad mencari pendekatan2 yg baik dgn
membuat perbandingan dan perbincangan terutama kesan-kesan nya
terhadap kemuliaan AlQuran yang diturun sebagai peringatan dan
pedoman utk manusia sejagat.Wallahualam..

2 comments:

melayuangkat said...

Salam anakku,

Terima Kasih atas ingatan yang amat berharga ini.

BarakaAllah fi ka.

Unknown said...

W'salam Makcik,
Sama-sama..
Kasih & persaudaraan sesama islam amat2 saya titikberatkan..hidup sentiasa berpesan-pesan kerana diri yg lemah ini..bantu-membantu akan menguatkan kekuatan ummah..rugi sekali kalau kita bercerai-berai hanya kerana berbeza pemahaman...

Islamic Clock