Sunday, August 16, 2009

Hati seorang tua...

Sudah dua hari aku perhatikan gelagat orang tua ni..Pak Hamid selalunya jika ke tapak kerja mesti gembira dan senang hati..tapi dalam dua hari ni dia kelihatan sugul.Matanya menunjukkan seolah-olah ada satu bebanan besar yang sengaja di sembunyikan daripada kami..Kehidupannya dari usia muda hingga ke tua hanyalah dlm konteks kerja pembinaan..pengalamannya cukup berharga buat aku menimpa ilmu baru yg tidak diperolehi semasa belajar di UiTM..

ari ni (16/8/09 ari ahad), semasa ke tempat kerja (sepatutnya cuti ni) aku smpai kul 10 pagi,alih-alih tengok dia sudah smpai awal dan duduk termenung di tempat pekerja sedang konkrit bangunan..aku biarkan dia tenangkan hati dulu, sementara itu boleh la buat kerja sekejap..dalam tghari nnti nak ajak dia pergi makan mee rebus dan air cendol sambil nak korek rahsia dia..

Pukul 11.50 pagi, dia masuk site opis dan bertanya kabar..aku pom amik kesempatan ajak dia gi makan di Cen Cendol kat pekan Jeniang..smpai sana terus order mee rebus n cendol pulut utk 2 orang (tapai ubi kayu xde,kalu ade ni..wushhh..lagi best)..sambil makan aku bercerita hal-hal di tapak projek dan dia pun seronok melayan juga..maklumlah dh lama tak terllibat dgn kerja kesukaan dia ni..Yesss..inilah masa nya nak tanya apa beban yg bermain difikirannnya..

Aku : Pak Amid, saya tgk Pak Amid mcm sedang fikirkan sesuatu ni?Ada masalah ke?cuba cerita sikit...


Pak Amid : umm..mmg ada masalah keluarga sikit.Anak saya terlibat dgn dadah..kalu dia menagih mungkin boleh diubati lagi,cuma sekarang takut dia mengedar saja sbb tgk sekarang mmg dia ada duit banyak..

Aku : Patutla..mgkin sbb dia dok berkawan dgn puak-puak tu ni..Pak amid kene bertindak awal sebelum dia jadi lebih teruk agi.

Pak Amid : Itu la sbb sekarang saya dh adu kat jabatan narkotik kedah..nak suruh diorang datang serbu rumah..tp masalah dia duduk dirumah mertua dan anak bini sekali..kalu tak report lagi takut abis rosak anak2 felda kat sana..budak2 muda kat sana ni bukan nak kerja,asyik duduk lepak,ronda sana sini pastu hisap dadah..(terangnnya dgn nada marah)..

Aku : Suruh narkotik follow dia dulu,bila dh smpai kat tmpat simpanan baru serbu..tapi Pak amid ni bagus betul..sanggup report Jabatan narkotik suruh tangkap anak supaya budak2 muda sana tak dapat bekal ni..

Pak Amid : Saya ni bukan apa,nnti mak bapak diorang salahkan kita pulak bila anak diorang terlibat..padahal diorang sendiri tak sempat tgk kelakuan anak..

Sekarang baru mengerti mengapa dia selalu termenung..kekadang kita kena berkorban dlm menyelesaikan sesuatu masalah yg melibatkan kepentingan org ramai..tak boleh pentingkan diri sediri walaupun ianya pedih dan menyakitkan hati..Apa-apa pun aku respect le kat orang tua ni..dh dpt satu ilmu lagi sambil2 dok makan..

6 comments:

miss lolly a.k.a luvfareda said...

hohoiiii. bang uxop leh gantik lolly dalam bdg psikologi nih. syabasss bete:P:P

lol pom rgsg msyt skng ni. ramai da yg tlibat ngan bende2 gni. leh2 rosakkan anak bangsa.
esok2 tyme anak cucu kite gane pom xtau, skng da ramai. sok2? wallahualam.

mintak dijauhkan~

wifenavy said...

Kalau kita di tempat pakcik tu, sanggup ke nak serahkan anak tali gantung.. eiii.. tak tercapai akal ku..

UXOP said...

Lol que..

opcoz le leh ganti adeqqu sbb ada telepati dgn owang UM..kuii3x..

org muda2 lo ni ssh nk dgr nasehat sbb dh terikut dgn gaya moden dan hidup ala-ala barat..teruk sungguh..

UXOP said...

Pn.Wifenavy..

betul juga tu..ada sesetengah org tua cukup syng dgn anak2..salah anak selalu tidak di anggap besar/buat2 tidak nmpak di mata mereka..benda2 ini lah yg merosakkan kehidupan anak kita dan org lain..baik cegah sebelum ia menjadi teruk dan tak terkawal..

Mekasih sbb jenguk belog ni..

melayuangkat said...

Assalamualaikum anakku,

Mak Cik juga ingin mengucapkan Selamat Menjalankan Ibadat Puasa Ramadan 1430.

Semoga diterima Allah swt segala amal ibdat dan taubat kita. Amin!

UXOP said...

Wa'alaikummussalam Makcik..

Diharapkan Ramadhan yang penuh barrokah ni kita dpt mendekatkan diri dgn Allah lagi..tiada kasih yang indah selain kasih sayang Allah kepada hambaNya

Islamic Clock