Sunday, August 30, 2009

Dilema seorang muslim di Malaysia

Mungkinkah merosotnya nilai-nilai islam dalam masyarakat umat islam di Malaysia adalah bermulanya dari kurang penghayatan terhadap perkara-perkara asas.Kita tak payah tengok contoh yang jauh,paling dekat adalah ;-

1) Semasa saya kemasjid, selepas iqamat dapat diperhatikan jemaah yang ada lambat bangun utntuk bergerak kehadapan,bila dh bangun lambat nak memenuhi saf dihadapan sehingga kan Imam terpaksa bagitau utk penuhkan saf hadapan..Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menyegerakan berdiri dan memenuhi saf dihadapan.Tak perlu hingga Imam beritahu baru terhegeh-hegeh memenuhi saf hadapan..Ini bermaksud disiplin dan penghayatan kita sebenarnya masih rendah.Bagaimana kita nak berjuang/berjihad di jalan Allah kalau umat islam amat lemah dalam perkara-perkara asas sebegini.

2)Sibuk bekerja/belajar/meniaga (pasar malam,pasar ramadhan dsb) hingga menangguhkan solat ke akhir waktu dan ada yang meninggalkan terus dengan alasan masa dah tak sempat.Jika kita betul2 memahami akan malu dengan Allah,maka seharusnya kita patut malu bila kita lupa pada Allah yang memberikan rezeki kepada manusia samada dalam keadaan senang dan susah..

3)Cara berpakaian yang amat-amat dituntut oleh Islam telah diubah ke satu cara yang yang menampakkan aurat.Adakah berpakaian ini merupakan perkara yang remeh dalam Islam..Kenapa dalam AlQuran ada menyuruh umat Islam menjaga cara pemakaian jika kita yang lemah ni menganggap ia perkara remeh temeh.Sesungguhnya azab Allah itu maha dashyat bagi yang ingkar.Jika kita rasa kita sudah pandai maka kenapa AlQuran diturunkan kepada kita??Sesungguhnya aqal manusia itu amat lemah bila ia menuruti hawa nafsu.

4)Malas menolong orang miskin dan yatim piatu bagi yang mempunyai kelebihan harta dan duit.Rezeki yang Allah berikan kepada yang kaya itu sesungguh terdapat hak-hak bagi mereka yang miskin.Ada yang menderma bila mereka merasakan ia akan mendapat faedah dari sesuatu derma itu.Sungguh cilik sekali orang ini.Derma tidak seikhlas hati akan membuatkan hati menjadi sombong dan bongkak.

5)Penghayatan Alquran dalam kehidupan yang semakin merosot.Bilamana manusia sudah sibuk maka apa yang dapat diperhatikan mereka meninggalkan amalan membaca Alquran dan menghayati isi maksud yang terdapat dalam nya.Waktu lapang diisi dgn menonton tv,berkaraoke dsb.Maka dapat dilihat bahawa anak2 kecil sekarang sudah diajar utk menjadi penghibur dan artis daripada menjadi tahfiz atau pendakwah Islam (nasyid juga satu dakwah).Program tv lebih mementingkan gaya santai dan berhibur dari memberikan penerangan ttg islam yang syumul.Kerosakan minda ummat islam telah berjaya dilakukan oleh kafir munafikun.

6)Menghormati ahli agama,ahli ilmu,orang tua dan sesama islam yang kian terhakis.Budaya menghormati dan menghargai terhadap ahli ilmu dan agama semakin menurun dikalangan umat islam di sini.Kita sudah saling curiga-mencurigai antara satu sama lain.Bila orang tua/ahli agama bagi nasihat,bagi mereka yang pandai(belajar sekolah moden) akan menempelak yang nasihat itu semua karut dan tak masuk akal kerana pelajaran moden mereka tidak diajar sedemikian.Maka mereka meninggalkan nasihat para ulama dan ahli ilmu semata-mata kerana bercanggah dengan apa yang mereka pelajari dari ilmu moden.Yang penting bagi mereka hanya pembangunan dan taraf ekonomi.Memang ekonomi adalah penting tetapi ia harus dibangunkan dengan nilai Islam supaya tiada yang teraniaya terutamanya rakyat bawahan.

7)Amalan kebersihan yang tidak diambil berat.Tandas yang kotor dirumah dan masjid sudah menjadi adat.Amat malang sekali jika tandas (rumah iblis syaitan) itu berada didalam rumah/masjid.Keadaan masjid/rumah dan sekeliling yang terbiar dengan sampah sarap dan lalang.Ahli anggota kariah masjid hanya pada carta organisasi sahaja tanpa ada usaha yg bersungguh utk mencantikkan masjid.Bila masjid elok,maka jemaah selesa utk ke masjid.Maka penghayatan semasa solat dapat ditingkatkan.Yang pasti Allah amat menyukai sesuatu yang bersih.

Jika umat Islam sendiri tidak dapat memahami perkara asas ini, maka sudah tentu Islam kita hanya pada nama..ini belum termasuk dengan perundangan yang diamalkan di sini..sungguh memalukan pada sebuah negara Islam bernama Malaysia.

Selamat menyambut kemerdekaan Malaysia ke 52 kepada semua rakyat Malaysia terutama org melayu Islam..Hayati lah kemerdekaan ini dengan cara yang betul.Bukan dengan mengambil kesempatan menogok arak, berpelesiran tak tentu hala dan membuat maksiat di malam yang baik ini..Jangan malukan Malaysia sebuah negara Islam.

MERDEKA!!MERDEKA!!MERDEKAA!!!

3 comments:

miss lolly said...

tu rr.

kekadang kita semua alpa pasal smua ni:)

lol plg xsuke owg x menjaga kbersihan. lebih2 lagik bab2 toilet nih.lol tgk kat blok lol pom tandas x terjaga. buang itu ini merata2. so tuuuuuuuut lah:( perangai cam budak tadika je dak2 kolej nih. eiiiii.

miss lolly said...

tu rr.

kekadang kita semua alpa pasal smua ni:)

lol plg xsuke owg x menjaga kbersihan. lebih2 lagik bab2 toilet nih.lol tgk kat blok lol pom tandas x terjaga. buang itu ini merata2. so tuuuuuuuut lah:( perangai cam budak tadika je dak2 kolej nih. eiiiii.

mountdweller said...

Salam UXOP

Inilah salah satu ciri-ciri manusia yang tidak mengenal diri. Bila diri kita pun kita tidak kenal, bagaimana akan mengenali Allah.

Islamic Clock