Saturday, February 12, 2011

Kerja Yang Baik Di Sisi Islam


Khutbah Jumaat lepas ( Masjid Safwan, Jeniang) cukup baik untuk djadikan renungan kepada kami.Ia mengupas mengenai persoalan kerja yang digalakkan didalam Islam..

Kerja yang baik dan mendapat keredhaan Allah S.W.T merangkumi :-

1.Yang menghasilkan atau mendapatkan sumber rezeki yang halal

Apabila mengerjakan sesuatu pekerjaan, kita sebagai umat Islam yang terpilih mesti memahami bahawa kita terikat kepada satu hukum / garis panduan di dalam Islam.Amalan penipuan, buang masa sehingga kerja menjadi banyak (malas) dan tidak jujur dan amanah semasa kerja akan dinilai oleh Allah S.W.T..Diketika itu samada kerja yang dikerjakan itu menghasilkan pendapatan haram atau halal akan ditentukan oleh Allah S.W.T..Kita sebagai manusia yang hina tidak akan sedar melainkan kita tahu bahawa ikatan tanggungjawab terhadap Allah telah kita jalankan sepenuhnya dengan tekun,ikhlas dan bertanggungjawab dalam urusan kerja..Dengan hanya beranggapan kita sudah bekerja dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang tanpa menghasilkan satu kebaikan ( kerja 2 jam manakala selebihnya duduk bersembang dan bermain internet, masa rehat diguna untuk tidur) kepada Jabatan atau syarikat, maka disitu setiap saat yang dihitung akan dinilai oleh Allah S.W.T Maha Adil dan Maha Bijaksana.Bahkan orang ramai juga boleh menilai diri kita sekiranya apa yang dilakukan oleh kita itu tidak memanfaatkan kepada mereka.Jangan marah kalau orang mengkritik kita atau jabatan dengan perkataan yang tidak enak didengar.Tepuk dada,tanya perlakuan kita.

2.Yang memanfaatkan kepada orang ramai

 Di dalam Islam, sesuatu pekerjaan itu mestilah berlandaskan hukum syarak dan semestinya ia boleh memanfaatkan hasilnya kepada orang ramai..Adapun mencuri/ragut juga merupakan satu pekerjaan dan sudah semestinya ia mendatangkan mudarat kepada masyarakat.Oleh kerana ia mendatangkan mudarat, maka Islam telah menetapkan bahawa penghasilan dari pekerjaan itu adalah haram.Begitu juga dengan kerja di pejabat, setiap pekerjaan yang dilakukan dengan perasaan malas dan bersahaja (tidak amanah terhadap masa dan juga matlamat majikan) sehingga menyusahkan orang lain akan mewujudkan satu persekitaran yang tidak harmoni dikalangan pekerja yang rajin dan beramanah.Islam amat mementingkan muamalat diantara manusia dalam apa jua pekerjaan yang baik dan mendatangkan manfaat kepada masyarakat.Setiap pekerjaan yang memberikan manfaat kepada masyarakat akan diberikan ganjaran pahala oleh S.W.T..Cuba bayangkan setiap saat yang ada kita hasilkan pekerjaan yang membantu dan menyelesaikan masalah masyarakat disekeliling..Subhanallah..begitu banyak sekali pahala diketika itu.

3.Yang mewujudkan sebagai ibadah kepada Allah S.W .T

Sudah semestinya pekerjaan yang dilakukan oleh umat Islam sepatutnya mendatangkan satu ketakwaan kepada oleh kita kepada Allah S.W.T..Apabila kerja yang dilakukan menjadi ibadah maka disini tiada apa lagi yang dapat menghalang kita dari mendekati diri kepada Yang Maha Agung...Sifat takwa,ikhlas dan tawadduk semasa melakukan kerja akan menjamin penghasilan matlamat kerja yang akan berkualiti dan berguna kepada masyarakat..Masyarakat akan berasa yakin dengan sesuatu Jabatan atau syarikat, dan seterusnya menambahbaikkan suasana keperluan masyarakat dan negara.Amalan rasuah dan penyelewangan (salah guna kuasa dan kaki kipas) tidak akan bertapak didalam hati insan yang bertakwa...Jangan pandang rendah dengan amalan duit kopi ( kekadang menyusahkan orang lain atau mewujudkan suasana kerja yang rajin jika ada imbuhan dari seseorang, mungkin juga mewujudkan penipuan/tidak amanah dalam urusan kerja)atau naik pangkat (manipulasi) hasil dari titik peluh orang lain kerana kita pasti tergolong dalam golongan manusia yang zalim.Manusia yang zalim pasti akan mendapat balasan yang setimpal.Kalaupun bukan mendapat didunia,pastinya di akhirat tidak akan terlepas.

No comments:

Islamic Clock