Saturday, February 5, 2011

Terapi melalui wuduk dan solat

Semalam di surau, selepas zikir dan doa waktu maghrib sementara menunggu waktu Isyak..terjadilah perbincangan singkat mengenai penyakit yang melanda umat Islam..penyakit tu termasuk penyakit fizikal (kronik dsb) serta penyakit hati.

Ada sahabat yang mengatakan melalui wuduk dan solat dapat mencegah penyakit-penyakit yang ada dalam tubuh kita..dan ada sahabat yang tidak setuju kerana umat Islam melayu yang paling banyak dapat penyakit walhal mereka ni yang berwuduk dan mengerjakan solat..

Berbalik kepada persoalan pokok..apakah tujuan sebenarnya kita berwuduk dan bersolat kepada Allah Subhanawataala..adakah kita mengerjakan solat kerana ikutan (ala kadar saja amalan solatnya) ataupun kerana betul-betul ikhlas dan penuh yakin akan tanggungjawab kepada Allah.

Bagaimanakah dikatakan wuduk dan solat tersebut dapat menjadi terapi kepada pengamalnya?..cuba kita bayangkan seseorang yang bersuci dan terus bersolat selepas makan dengan kenyang (perut ada 3 bahagian,1 untuk air,1 untuk makanan dan 1 untuk udara)..sudah pasti dia akan melakukan solat dalam keadaan malas, tak khusyuk malahan segala rukun solat akan dilakukan dengan ala kadar kerana hati bagi orang yang kenyang ini akan menjadi keras,lembap dan tertutup untuk menerima rangsangan-ransangan tertentu.Disebabkan itu Rasulullah amat menggalakkan memakan makan seimbang dan tidak terlalu banyak atau pun sedikit..hati orang yang kelaparan juga susah untuk merima rangsangan-rangsangan tertentu kerana ia mudah dipengaruhi oleh perut yang lapar..Rasulullah cukup menjaga komposisi pemakanan yang akan diambil oleh Baginda S.A.W..

Berwuduk bukan sekadar membersihkan anggota wuduk..ia bermaksud mensucikan diri..mesti dilakukan dengan sempurna dan dan betul..harus ingat..tanpa wuduk yang sempurna maka tak sah solat yang dilaksanakan.Amalan membasuh kaki semasa wuduk dapat membuatkan pengaliran darah menjadi lancar,begitu juga mengurut telinga (terdapat 73 titik akupuntur ditelinga) apabila diusap semasa wuduk akan menghasilkan manfaat-manfaat tertentu.

Bersolat dengan khusyuk dapat mewujudkan suasana tenang dan ( ruang yang bagus untuk bermeditasi).Dalam keadaan ini gelombang theta dalam otak terhasil.Pada masa itu hati menjadi tenang, otak menjadi kosong dan diri menjadi yakin dan bersemangat kerana hikmah solat yang khusyuk mempunyai fokus yang sudah khusus kepada tujuan Allah menciptakan manusia..Segala rukun (gerakan) dalam solat mesti dilakukan dengan tertib dan toma'ninah serta hudhur kerana setiap perbuatan mempunyai maksud yang khusus..Pada masa itu,hubungan antara kita dan Allah menjadi semakin rapat..InsyaAllah segala penyakit hati yang menjadi punca penyakit-penyakit lain akan sembuh..

Adapun untuk mendapat solat yang khusus itu amat payah..sebab itu kita digalakkan supaya tidak memakan secara berlebihan (hati yang malas akan mati bila tiba masanya)..begitu juga jika terlalu lapar kerana mengikat perut..Banyakkan amalan sedekah dan berzakat bila sudah diwajibkan supaya orang miskin yang kelaparan dapat beribadah kepada Allah dengan hati yang senang..

2 comments:

Qib said...

nice entry
thanks kerana berkongsii


GONG XI FATT CHOIII
•*´¨`*•.¸¸.•*´¨`*•.¸¸.•*.¸.•*´¨`*•.¸¸.•*'
(\_(\ ...*...*...*...*...*...*...*...*...*...*...*...*...*
(=' ;') •::::::::HAPPY RABBIT YEAR :::::::::::•
(,('')('')¤...*...*...*...*...*...*...*...*...*...*...*...*

|Journey from HELL|


Sorry lama Tak SINGGAH.

Unknown said...

PinQIb..
Tq sudi singgah baca..

Kong he fatt choi too..

tak perlu minta maaf..kalu buat salah baru minta maaf..ekekee (^_^)'

Islamic Clock