Tuesday, March 29, 2011

Nasihat Kepada Pemimpin / Ulul -amri

Adapun diceritakan satu kisah terdapat seorang penyair jenaka yang bijak yang bernama Bahlul.Disebabkan permasalahan politik menyebabkan dia berpura-pura bodoh di hadapan Khalifah Harun al-Rasyid.Oleh kerana gaya Bahlul tadi yang menampakkan dia seakan-akan kurang cerdik,maka Khalifah Harun percaya dan terpengaruh dengan beranggapan Bahlul adalah tidak cerdik.

Semasa Khalifah Harun melalui Kota Kufah untuk menunaikan haji, Bahlul ternampak kanak-kanak bermain sambil menunggang (duduk gaya seperti naik kuda) serulingnya.Agaknya kanak-kanak itu menganggap seruling adalah kuda.Lalu Khalifah Harun meminta pandangan mengenai hal itu.

Khalifah Harun : Hai Bahlul, berilah aku nasihat akan hal itu...

Bahlul berhenti bermain lalu dia perhatikan sekelilingnya.Kemudian dia teringat bahawa tempat dia dan Khalifah Harun berpijak sekarang adalah bekas istana.

Bahlul : Lihat lah sekitar tempat ini..Tahukah Tuan bekas tempat apakah ini?Ini adalah bekas istana yang sekaligus menjadi kubur.

Bahlul terus memberi penerangan bahawa Qudhamah Bin Abdullah al-Amiri meriwayatkan bahawa pada suatu hari aku melihat Rasulullah S.A.W melakukan perjalanan ke Makkah dengan menunggani seekor unta berbulu merah.Pelana dan kelengkapan unta itu sudah uzur (lama).Orang-orang yang ada dipinggir jalan,sama sekali tak terganggu oleh kedatangannya.Rasullullah berjalan dengan penuh kemuliaan yang tinggi.Baginda tidak meminta pengawalan dengan tentera dan perarakan rasmi dengan pengawal berjalan didepan dan belakang.Juga tidak meminta ada penyambutan yang meriah.

Ya..itulah sifat yang ada dalam diri Rasulullah S.A.W padahal ketika itu Baginda merupakan seorang pemimpin..

Lalu Bahlul meneruskan penerangannya lagi setelah diminta oleh Khalifah Harun yang telah sedar dan sedih..

"ANDAIKAN SEMUA YANG ADA DI MUKA BUMI INI MENJADI MILIKMU dan TUAN ADALAH RAJA YANG AMAT BERKUASA DI MUKA BUMI INI, APAKAH PENGAKHIRANNYA DARI SEMUA INI KELAK??

YANG PASTI TUAN AKAN MASUK LIANG LAHAD,SANAK KERABATMU AKAN MENABURKAN TANAH DIATAS JASAD MU"

Sebagai rasa terima kasih Khalifah Harun ingin memberikan sejumlah wang sebagaimana lazimnya pegawai kerajaan memberi penghargaan tetapi Bahlul menolaknya dengan berkata dengan tegas  :

"Kembalikan wang itu kepada pemiliknya"
--------------------------------------------------------------------------------------------

Betapa jiwa dan roh islamiah pemimpin sekarang begitu amat  JAUH KETINGGALAN hendak dibandingkan dengan Rasulullah S.A.W yang mendapat tempat yang terpuji disisi Allah S.W.T..

Kembalikan harta dan wang negara kepada pemiliknya (rakyat jelata )..
Kembalikan negara kepada pemiliknya (semua rakyat jelata)...

"ANDA PEMIMPIN CUMA MEMEGANG AMANAH UNTUK MENTADBIR NEGARA SAHAJA BUKAN MENCURI HASIL NEGARA DAN KUASA UNTUK KEPENTINGAN DIRI"

Saturday, March 26, 2011

Anak Muda..

Sudah sampai masanya kini, kerajaan UMNO-BN diberi pengajaran didalam General Election yang akan datang..Kami golongan muda  mahukan pembaharuan dalam sistem politik di Malaysia.Perubahan kearah meletakkan Islam ditempat yang utama dan sewajarnya.

Dengan lahirnya banyak masalah sosial di kalangan muda-mudi (orang tua-tua pun ramai juga) betul-betul memualkan..kegagalan pihak kerajaan dalam usaha meletakkan harapan rakyat untuk hidup dan selamat selesa betul-betul menghampakan..beberapa banyak pun tindakan polis dan kerajaan Malaysia untuk mengurangkan jenayah seakan-akan tumpul..Jenayah tetap akan meningkat kerana mereka hanya berusaha membasmi apabila telah berlaku.Kegagalan sistem pendidikan dalam melahirkan pelajar Islam yang mempunyai benteng pertahanan agama yang cukup untuk menepis keghairahan hiburan dan maksiat oleh arus media massa kerajaan juga turut mendukacitakan.Ini lah orang kata..Baik-baik juga,jahat pun buat..memang tiada pendirian yang tetap..Demi keuntungan dunia,sanggup membiarkan anak bangsa hanyut dalam kemodenan yang membinasakan jasad dan berminda yang kotor...Zalim sungguh pihak-pihak terbabit kerana mereka berusaha mengajak anak-anak muda kini untuk memenuhi neraka Allah dengan menyediakan perkara-perkara yang melalaikan..Kesungguhan sesetengah pihak media dalam memperjuangkan Islam seperti TV Al-Hijrah dan TV9 bolehlah dibanggakan, cuma kami berasa sangsi adakah ia cukup untuk kami menangani kebanjiran arus hiburan yang berpaksikan yahudi

Ayuh bangkit lah anak-anak muda yang sayangkan diri dan Islam keseluruhannya..Fikirlah dengan sebaik-baiknya..

Friday, March 25, 2011

Jasa Dato' Zulkifli Noordin Kepada Rakyat Pahang Dan Malaysia????

Petikan dari pahangdaily :-

PEKAN, 24 Mac - Setelah berhempas pulas untuk mengkucar-kacirkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) akhirnya Ahli Parlimen Kulim-Bandar Bharu Zulkifli Noordin (foto) berjaya mendapat "imunitinya" bila beliau dianugerahkan gelaran "Dato" oleh Sultan Pahang, Sultan Hj.Ahmad Shah hari ini. Beliau dianugerahkan darjah kebesaran berkenaan sempena memuliakan Hari Keputeraan Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar di sini hari ini. Dengan perlantikan itu, bermakna beliau adalah pemimpin PKR kedua yang mendapat anugerah jawatan selepas keluar dari PKR. Sebelum ini Ketua Angkatan Muda Keadilan, Ezam Md Noor dilantik sebagai "Senator" selepas menunjukkan prestasi yang memberangsangkan untuk memporak-perandakan PKR selepas meninggalkan parti itu. Dengan gelaran ini maka Dato' Zulkifli Noordin kini boleh berbangga kerana beliau kini berjaya mengatasi Ezam. Ini kerana gelaran "Senator" yang dimiliki oleh Ezam adalah bertempoh, tetapi Zulkifli akan memegang gelaran "Dato" untuk tempoh yang lama selagi dia tidak "derhaka" kepada Tuanku Sultan Pahang itu sebenarnya.

ni komen salah seorang anom di situ :

Anonymous said...


Aku ada satu soalan, apa jasa dia di pahang dan kepada rakyat pahang? Jasa kepada rakyat bukan kepada keparat! Bodoh betul la.
*************************************************
Adakah cukup senang sungguh nak dapat title Datuk sekarang..ampu sana-sini,bagi duit sikit (ingat senang ka nk dpt Datuk ni) ...tak ada jasa apa2 pun tak kisah..Murah sungguh gelaran Datuk nih..kah..kahh.kahh

Thursday, March 24, 2011

Politik Malaysia di Tahap Yang Paling Bodoh Dan Mendukacitakan..

Keputusan SPM yang baru di umum menunjukkan pencapaian cemerlang oleh pelajar-pelajar kita..Kalu kita sebagai emak mesti terasa sejuk perut, bapa pula terasa sejuk batu anu nya..

Tetapi takut satu ja bila dah besar dan menjadi kumpulan pemerintah pulak (kena ingat!! kita dah anggap Malaysia ni negara Islam ), mereka mungkin akan mengamalkan sifat bangang tahap perut hijau kerana gila kuasa macam segelintir pemimpin UMNO dan kerajaan ...BODOH punya orang..belajar saja tinggi-tinggi..ilmu di guna untuk songlap duit rakyat..Kami sebagai rakyat ni tengok pentas politik Malaysia macam budak-budak main pondok..taraf otak lebih rendah dari otak lembu.Fitnah sana-sini,seks sana-sini,rasuah sana-sini,Mufti takut bersuara bila hal semasa berkait rapat dengan pemerintah (takut nak tegur walaupun tahap situasi nak berpecah-belah dah)...kecik-kecik takmau mampus, dah besar nak pedajal orang pulak..Bangsat betul keadaan politik Malaysia ni.Isytihar je negara Islam..tau bab duit-duit-duit..nak majukan dan selesakan rakyat pula letak kat bawah tapak kaki berkulat diorang..

Lahanat punya pemimpin korup...tak boleh di jadikan role model langsung...

Saturday, March 19, 2011

Solat Jumaat -Tazkirah Tuan Guru Dalam Memperingati Hari Kiamat

Semalam - Jumaat 13 Rabiulakhir 1432H bersamaan 18 Mac 2011..Tempat : Masjid Kampung Pulau Panjang,Pengkalan Chepa,Kota Bharu Kelantan..

 Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz telah berkesempatan menunaikan solat Jumaat dan menyampaikan khutbah Jumaat..Seperti biasa ( setahun ada 3-4 kali beliau datang untuk tunaikan solat Jumaat di kampung ni) khutbah beliau bukanlah berbaur politik tetapi tazkirah yang mengingatkan umat Islam supaya berpegang teguh kepada al-Quran dan sunnah dalam mengharungi dunia sekarang demi bekal di padang Mahsyar nnti..

Peringatan beliau cukup nyata dalam hidup ini hanya kepada Allah sahaja kita perlu bergantung.

"Allah,tiada tuhan (yang berhak disembah melainkan Allah) selain Dia.Sesungguhnya Dia akan mengumpulkan kamu di hari kiamat,yang tidak ada keraguan terjadinya.Dan siapakah orang yang lebih benar perkataan(nya) daripada Allah?"..al-Niisaa' ayat 87

Ayat ni pun sudah cukup jelas bahawa setiap perkara ghaib yang tidak tercapai akal fikiran oleh makhluk Allah yang lemah seperti manusia ini hanya dapat disampaikan olehAllah melalui Al-Quran dan perantaraannya melalui Jibril kepada Nabi Muhammad S.A.W. Adapun al-Quran ini diturunkan mengikut keadaan-keadaan tertentu kepada Baginda supaya manusia tidak tersesat setelah mengalami jalan buntu dalam menghadapi sesuatu peristiwa diketika itu.Keadaan ini berlanjutan selama 23tahun di zaman Rasulullah..Al-Quran tidak turun senaskah sekaligus..Kenapa?Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui akan kelemahan manusia dan makhluk yang lain..

Apabila kita menolak kepercayaan kepada hari kiamat,maka kita telah menolak rukun Iman dan sudah pastinya kita tergolong dengan mereka yang ingkar dan berbuat jahat kepada Allah..Bukan itu saja,kita tidak solat,mengeluarkan zakat,tidak beramal sebagaimana tuntutan didalam Al-Quran dan juga tidak membuat perkara-perkara lain yang disyariat kan oleh Islam..Kita menjadi angkuh,degil,keras kepala untuk mengikut peraturan yang telah ditetapkan..Dan apabila kita dalam keadaan nazak esok-esok,bagaimanakah nasib kita..diajar mengucap sahadah 40 kali pun belum tentu kita dapat mengucapkannya kerna diketika itu lidah telah terkunci rapat dan hati telah mati..

Bila berada di alam barzakh pulak,sementara menunggu hari kebangkitan untuk pengadilan,pelbagai seksaan kita kena hadapi..ini terjadi hanyalah kerana sikap kita yang mengingkari perintah Allah.Dan apabila tiba tiupan sangkakala,di ketika bukit dan gunung diruntuhkan,laut ditimbus untuk menjadikan alam ini sebuah padang yang luas,manusia ketika itu porak-peranda seakan-akan buntu fikiran kerana tidak memahami apakah sebenarnya yang akan terjadi padahal Al-Quran telah menerangkan dengan sejelas-jelasnya akan kedatangan hari Kiamat..Bila berhimpunnya makhluk2 yang berbilion-bilion jumlahnya untuk menunggu amalan dihisab,maka pada ketika itu kita sudah tidak menghiraukan orang dikeliling kerana memikirkan untung rugi nasib sendiri..penyesalan timbul bertubi-tubi..kenapa dulu masa hidup aku ingkar perintah Allah?Nah sekarang bukti telah jelas di depan mata sekarang..kenapa aku tidak mahu mempercayai ayat 87 surah An-nisaa'...sesungguhnya aku termasuk dalam golongan yang kerugian..sesal dahulu pendapatan tuan- tuan, sesal kemudian tiada gunanya..

Oleh itu dalam usia bumi yang semakin uzur ini, peringatan-peringatan sebegini seharusnya diulangi sekerap yang mungkin..Rasulullah S.A.W sendiri dimasa hidupnya selalu berpesan-pesan akan berlakunya hari kiamat supaya umat-umat yang dkasihi Baginda sentiasa berpandu kepada peraturan dan ajaran Allah mudah-mudahan tidak sesat menemui syurga..Baginda tidak mahu umatnya menjadi sesal di kemudian hari kerana Baginda cukup jelas akan hal di Padang Mahsyhar nanti..
Allahu Akbar..Allahu Akbar..Allahu Akbar..walillahil hamd..

Saturday, March 12, 2011

Raudhatul Sakinah Perkuburan Pintar???

Raudhatul Sakinah perkuburan pintar


Oleh Osman Lisut

manlee@nstp.com.my

2011/03/10

KUALA LUMPUR: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) akan mewujudkan tanah perkuburan pintar, Raudhatul Sakinah dilengkapi dengan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi bagi memudahkan orang ramai mencari waris yang dikebumikan di tanah perkuburan itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, dengan mengakses maklumat menerusi pautan e-kuburan di laman web www.jawi.gov.my/www.maiwp.gov.my yang akan dilancarkan tidak lama lagi, orang ramai dengan mudah menemui tempat persemadian waris masing-masing di tanah perkuburan Taman Batu Muda. “Dengan menaip nama penuh si mati, waris akan memperoleh maklumat lengkap seperti nombor lot atau seksyen di mana jenazah dikebumikan dengan cepat dan mudah. Ia akan memendekkan masa pengunjung jika mencarinya secara normal iaitu dengan membaca satu persatu nama tertera pada batu nesan. “Bayangkan kawasan tanah perkuburan seluas 39.2 hektar itu sudah pasti memakan masa sehingga setengah hari untuk kita mengesan kedudukan kubur waris,” katanya pada sidang media selepas majlis pembayaran zakat RM5.92 juta Permodalan Nasional Berhad (PNB) di Wisma Pusat Pungutan Zakat (PPZ) di sini, semalam.

Hadir sama Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman; Pengerusi PPZ MAIWP, Datuk Mustafa Abdul Rahman dan Setiausaha MAIWP, Datuk Che Mat Che Ali.

Beliau berkata, di Raudhatul Sakinah itu akan dibina sebuah wakaf bagi pengunjung berehat dan sebuah bangunan pentadbiran turut dilengkapi komputer bagi mengakses maklumat waris yang sudah dikebumikan.

“Bagi mengelakkan rasa gerun orang ramai terhadap tanah perkuburan Raudhatul Shakinah, MAIWP bersetuju untuk memperindahkan kawasan sekitarnya,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, MAIWP akan membina sebuah kompleks bagi menempatkan saudara baru menimba ilmu dan mempertingkat pengetahuan Islam di atas sebidang tanah milik majlis di Jalan Ipoh, Sentul pada pertengahan tahun ini.

******************************************************************
 
Bagus juga idea ni..sekurang-kurangnya dapat menjimatkan masa bagi waris-waris mencari kubur simati..maklumlah nak datang ke kubur setahun sekali,tu pun jika ada kelapangan..jika tiada kelapangan,buat apa nak pergi melawat waris yang dah di tanam tu ya..baik cari duit masuk kantong / poket sendiri..lain-lain tu biar agensi kerajaan atau PBT yang uruskan (pembaziran yang nyata,duit tu sepatutnya digunakan untuk tujuan pembangunan umat Islam seperti tujuan kedua diatas iaitu membina kompleks untuk mempertingkatkan ilmu)..Disebabkan jarang  menziarahi kubur waris maka kita pun lupa di mana kedudukannya..
 
Bagi yang sentiasa meluangkan masa menziarahi kubur warisnya memang tiada masalah untuk mengecam kedudukannya..Lagipun kenyataan kubur itu mengerunkan amat2 tak munasabah..ini bukan seperti background cerita tahyul atau hantu yang ditayangkan di TV dan panggung di Malaysia (karut dan marut pun masih ditayang atas alasan untuk menyedarkan orang ramai.mengarut betul)..Kubur itu sendiri akan bercahaya atau berseri bila ramai waris yang datang  bersedekah doa,berzikir dan membaca al-quran kepada waris yang telah mati..itu lah amalan yang sepatutnya dalam memperindahkan suasana kubur disamping amalan menjaga kebersihan persekitaran kawasan kubur itu sendiri..Maka usaha-usaha menarik minat waris2 yang hidup ke kubur perlu dipertingkatka seperti amalan gotong-royong membaca doa ramai2 di kubur,gotong-royong bersama-sama bersihkan kubur serta mengisi program menziarahi kubur seperti kita berderet-deret berjalan kaki sempena Maulidur-Rasul..Jangan jadikan minda umat Islam terlalu singkat..kita perlu bijak dan berhemah dalam mengatur kehidupan sebagai Muslim yang sejati
 
Harap2 pewujudan Raudhatul Sakinah ini bukan lah untuk tujuan mengisi poket kroni-kroni..Harta/Duit Zakat umat Islam wajib di urus dengan sikap amanah dan bertanggungjawab..

Friday, March 11, 2011

tsunami after 8.9 Japan quake



TOKYO – A ferocious tsunami spawned by one of the largest earthquakes ever recorded slammed Japan's eastern coast Friday, killing hundreds of people as it swept away boats, cars and homes while widespread fires burned out of control.


Hours later, the tsunami hit Hawaii and warnings blanketed the Pacific, as far away as South America, Canada, Alaska and the entire U.S. West Coast.

Police said 200 to 300 bodies were found in the northeastern coastal city of Sendai. Another 88 were confirmed killed and 349 were missing. The death toll was likely to continue climbing given the scale of the disaster.

The magnitude 8.9 offshore quake unleashed a 23-foot (7-meter) tsunami and was followed by more than 50 aftershocks for hours, many of them of more than magnitude 6.0....

By MALCOLM FOSTER, Associated Press Malcolm Foster, Associated Press

Tuesday, March 8, 2011

Bagaimana nak berkhidmat jika minda tak sihat???belum kira badan lagi..

Kata orang makin lama ( selalunya tua lah ) makin lah banyak pengalamannya..Kekadang tak perlu belajar tinggi-tinggi pun untuk berjaya.Nak jadi berjaya ni pun bukan senang..dia mana ada kira lama atau baru..Jika kena teknik dan amalan yang betul maka dengan izin Allah Yang Maha Berkuasa maka berjayalah kita..Tetapi kejayaan yang diperolehi  itu belum tentu dapat memberi manfaat kepada masyarakat dan juga kepada diri kita kerana ada sifat bongkak dan lupa nikmat yang telah dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada kita..Jadi kejayaan sebenarnya tu bagi Seorang Muslim adalah bila berada di medan pengadilan Mahkamah Allah dan berjaya mendapatkan pelepasan ke syurga..

Siakap sinohong,gelama ikan duri,
Cakap bohong,lama-lama berpengalaman luas menipu dan mencuri...
__________________________________________________________________________
FAP bohong...

KENYATAAN Presiden Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP), Datuk Seri Zahrain Mohd. Hashim bahawa tiada isu gaji tertunggak melibatkan pemain-pemain skuad Liga Premier Pulau Pinang merupakan satu pembohongan, lapor WAN FAKHRUL BAKAR.


Ini kerana, para pemain Pulau Pinang sebenarnya ketika ini sedang menanggung sengsara akibat gaji mereka bagi bulan Januari dan Februari masih belum diterima sehingga semalam.

“Saya sedih dengan kenyataan yang dikeluarkan Presiden FAP dalam akhbar hari ini (semalam). Ia sama sekali tidak benar kerana dia kata tidak timbul isu gaji tertunggak. Ia bohong.

“Malah pemain sebenarnya turut dianiaya oleh FAP. Pada awal musim, mereka dijanjikan gaji sekitar RM3,500 hingga RM4,000 sebulan.
“Tapi sehari sebelum tarikh tutup pendaftaran, nilai gaji dalam kontrak hanyalah RM2,000 sebulan bagi setiap pemain,” kata sumber rapat FAP kepada Kosmo! semalam. (sumber Kosmo! online)
*****************************************************************************
Ni satu lagi hal...Sila baca dalam Blog : Milosuam..Anak Mantan PM minum Carslberg..siap menunjuk2 kebanggaan dan megah..ni bukan di Bali tapi di Malaysia..kalu di Bali tu lain la kot..kepala hotak dia..

http://milosuam.blogspot.com/2011/03/anak-tun-mahathir-maizura-minum-arak.html

*****************************************************************************
Ni lagi satu hal dipetik dari sumber Blog : Ikut Suka Aku - Isa...Mereka tak ingat tanggungjawab sek-sok di akhirat agaknya..

http://www.ikutsukaakuisa.co.cc/2011/03/orang-melayu-asyik-kena-tipu-jer.html
____________________________________________________________________

Orang sakit mcm ni dalam politik Malaysia cukup ramai.Ahli politik ahli sukan,ahli politik ahli kontraktor,ahli politik ahli majlis PBT.pah tu nak kata ada sistem demokrasi yang bagus macamana..demokrasi terpimpin kah?demokrasi terlompong kah? atau demokrasi korupsi??..Kalu dah sukan tak leh maju bila ada orang macam ni?? bagaimana dengan bidang-bidang lain termasuklah bidang sosialnya,pendidikannya,keselamatannya dan bernya-nya lagi....

Sunday, March 6, 2011

Kerdau dan Merlimau - PAS perlu bangkit dari tidur yang lena

aHH..kalah lagi di Merlimau dan Kerdau..bagaimana PAS nak menjadikan kekalahan ini sebagai kayu pengukur dalam membantu kebangkitan perjalanan parti itu sendiri.Faktor selesa cari makan lebih diutamakan dari faktor menegakkan hukum agama dalam masyarakat Malaysia sekarang..Jadi Parti PAS seharusnya mengerahkan seluruh jentera pergerakkan parti bangkit dari tidur.Segala usaha yang berteraskan kesedaran dan membangunkan masyarakat Islam yang hakiki perlu diterjemahkan segera sebelum mereka disogok dengan pembangunan yang bersifat membutakan hati .Sekarang bukannya masa untuk berceramah dan cakap kosong lagi..sekarang adalah masa untuk turun padang mengenali golongan muda dan mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana yang memerlukan sokongan moral (bagaimana kita mengenal kesusahan mereka dan berusaha membantu) dan cahaya Islam (berikan mereka mengenal kelebihan Islam yang sebetulnya) dalam hidup mereka..

Apa yang dapat saya perhatikan (ini adalah pendapat saya sahaja) jentera pergerakan seolah-olah sudah ber-istirehat dan jemu untuk turun padang bersama rakyat..bila ada pilihanraya baru lah mereka minum Redbull untuk berkerja keras dan mulalah cakap  merapu-rapu ( selalunya suka menjatuhkan peribadi org lain dengan fakta yang benar kadang-kala ).Mereka masih tidak sedar yang rakyat tidak mahu orang yang bercakap sahaja tanpa ada tindakan yang tajam...Jihad dalam Islam itu sendiri memerlukan ilmu,iman dan tindakan untuk berjaya..Ilmu itu perlu (ekonomi,politik dsb) dipelajari oleh setiap ADUN dan MP parti PAS,Iman mereka mungkin sudah mantap (saya agak-agak sajalah) tetapi perlu dikongsi dengan rakyat jelata (bukan kubur kamu,kamu punya pasal lah - ini bukan sikap umat Muhammad S.A.W)..Tindakan yang jelas berteraskan ilmu serta iman perlu dirangka dengan berkesan dalam membentuk dan menyedarkan rakyat jelata tentang keutamaan mengamalkan sistem Islam dalam kehidupan...

Jika kita ( Parti PAS) betul-betul ihklas dalam memperjuangkan Islam, maka seharusnya kembali semula kepada Al-Kitab (Al-Quran) dan Hadis..Malahan kehebatan pejuang-pejuang pahlawan Islam semasa zaman Rasulullah dan sahabat dibayangi dengan kehebatan mereka didalam ilmu (Al-Quran dan Hadis) dan cintanya mereka itu kepada agama Allah melebihi segalanya termasuk pangkat dan harta...Rakyat jelata sekarang cukup bijak dalam menilai mana satu pemimpin yang baik dan bermanfaat untuk mereka..

Saturday, March 5, 2011

Meraung pun tak guna...dah terlepas

"Ciss..gua rasa mcm nak terkena ni"bilang si Mamat

"Kalu ikut hati ni,mau saja aku menjentik si Ali Katik" ujarnya lagi

"Aku kena cari juga si Ali Katik ni.Kalu tak jumpa dia masakan aku dapat anugerah tu.Dia akan jadi partner aku tak lama lagi"ujarnya lagi dan lagi.

Nak tak nak terpaksa lah Mamat meronda satu kampung..ke huluour (hulu) dan ke hiliar (hilir),panjat gunung,redah paya,lari mcm pelesit di padang ragut (kena kejor lembu) dan macam usaha lagi di buatnya.Namun bayang si Ali Katik ni tak nampak-nampakkk juga..timbul tanda hairan kat kepala si Mamat ni tentang hal si Ali Katik..Nak kata si Ali Katik ni pergi memancing memang tak logik sebab dia bukan macam orang biasa.Dia tau si Ali Katik ni memang tak pernah pegang batang rod ataupun sauk..Nak kata si Ali Katik ni pergi bershopping di bandor pun tak logik sebab selama dia yang bersahabat dengan Ali ni pun tak pernah pegang duit atau boleh bagi instruction kat drebar bas Intrakota..

Tak boleh jadi ni..aku kena pergi tengok kat rumah Mek Som Tomyam..mana tau Mek Som Tomyam cuba pedajal kan dia ke? ..Mek Som Tomyam ni memang musuh utama dalam hal yang merungsingkannya untuk mendapat apa yang dihajati.

Sedang elok si Mamat menghampiri dapur rumah Mek Som Tomyam, dia berasa tak sedap hati sebab ternampak macam kaki si Ali Katik..

"Kak Som..owww Kak Som...buat apa tu?Tgh masak tomyam ke?"Mamat memberi soalan dan menjawabnya sendiri soalan terbabit.

"Ape ke hel nya kamu nih Mamat..terjerit-jerit..kamu apa peduli kalu aku tgh masak tomyam.Kamu bukannya suka makan tomyam pun" Kak Som Tomyam membalas.

"Ahh.setakat tomyam kak som tu saya tak kesah..kalu gulai khengsom tu mmg saya kesah..Ni saya tanya skit..tu bukan bulu badan si Ali Katik ke?"Mamat beri soalan test.

"Ehh..kamu ni memandai pulak..memang betul la tu"
"Mana si Ali nya.Saya tak nampak pun" terrer betul Mamat ni..dia boleh nampak bulu si Ali,tapi si Ali dia tak nampak..ilmu apa dia pakai nih..

"Lorr..si Ali Katik dah aku sound awal-awal lagi ari tu..kalu dia dok ganggu masuk dapur rumah aku, maka aku dah tulis wasiat awal-awal lagi nak cincang dia..tapi dia degil..dia masuk ganggu lagi dapur rumah aku.Jadi aku pun cincang lah dia dan buat hidangan tomyam ayam"bilang Kak som Tomyam

"Saya dah agak dah..Kak Som mesti buat macam tu kat ayam Katik saya sebab tak nak bagi saya menang punya dalam pertandingan memasak anjuran Minyak Masak Cap Lesung dan Pergerakan Belia Kampung Menumis.Habis lah saya macam ni, terlepas la saya nak menang hadiah RM15k dan nak masuk meminang anak Kak Som si Bawang Kuning tu..aahhhh" Mamat meraung..

Islamic Clock