Friday, March 25, 2011

Jasa Dato' Zulkifli Noordin Kepada Rakyat Pahang Dan Malaysia????

Petikan dari pahangdaily :-

PEKAN, 24 Mac - Setelah berhempas pulas untuk mengkucar-kacirkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) akhirnya Ahli Parlimen Kulim-Bandar Bharu Zulkifli Noordin (foto) berjaya mendapat "imunitinya" bila beliau dianugerahkan gelaran "Dato" oleh Sultan Pahang, Sultan Hj.Ahmad Shah hari ini. Beliau dianugerahkan darjah kebesaran berkenaan sempena memuliakan Hari Keputeraan Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar di sini hari ini. Dengan perlantikan itu, bermakna beliau adalah pemimpin PKR kedua yang mendapat anugerah jawatan selepas keluar dari PKR. Sebelum ini Ketua Angkatan Muda Keadilan, Ezam Md Noor dilantik sebagai "Senator" selepas menunjukkan prestasi yang memberangsangkan untuk memporak-perandakan PKR selepas meninggalkan parti itu. Dengan gelaran ini maka Dato' Zulkifli Noordin kini boleh berbangga kerana beliau kini berjaya mengatasi Ezam. Ini kerana gelaran "Senator" yang dimiliki oleh Ezam adalah bertempoh, tetapi Zulkifli akan memegang gelaran "Dato" untuk tempoh yang lama selagi dia tidak "derhaka" kepada Tuanku Sultan Pahang itu sebenarnya.

ni komen salah seorang anom di situ :

Anonymous said...


Aku ada satu soalan, apa jasa dia di pahang dan kepada rakyat pahang? Jasa kepada rakyat bukan kepada keparat! Bodoh betul la.
*************************************************
Adakah cukup senang sungguh nak dapat title Datuk sekarang..ampu sana-sini,bagi duit sikit (ingat senang ka nk dpt Datuk ni) ...tak ada jasa apa2 pun tak kisah..Murah sungguh gelaran Datuk nih..kah..kahh.kahh

No comments:

Islamic Clock