Sudah sampai masanya kini, kerajaan UMNO-BN diberi pengajaran didalam General Election yang akan datang..Kami golongan muda mahukan pembaharuan dalam sistem politik di Malaysia.Perubahan kearah meletakkan Islam ditempat yang utama dan sewajarnya.
Dengan lahirnya banyak masalah sosial di kalangan muda-mudi (orang tua-tua pun ramai juga) betul-betul memualkan..kegagalan pihak kerajaan dalam usaha meletakkan harapan rakyat untuk hidup dan selamat selesa betul-betul menghampakan..beberapa banyak pun tindakan polis dan kerajaan Malaysia untuk mengurangkan jenayah seakan-akan tumpul..Jenayah tetap akan meningkat kerana mereka hanya berusaha membasmi apabila telah berlaku.Kegagalan sistem pendidikan dalam melahirkan pelajar Islam yang mempunyai benteng pertahanan agama yang cukup untuk menepis keghairahan hiburan dan maksiat oleh arus media massa kerajaan juga turut mendukacitakan.Ini lah orang kata..Baik-baik juga,jahat pun buat..memang tiada pendirian yang tetap..Demi keuntungan dunia,sanggup membiarkan anak bangsa hanyut dalam kemodenan yang membinasakan jasad dan berminda yang kotor...Zalim sungguh pihak-pihak terbabit kerana mereka berusaha mengajak anak-anak muda kini untuk memenuhi neraka Allah dengan menyediakan perkara-perkara yang melalaikan..Kesungguhan sesetengah pihak media dalam memperjuangkan Islam seperti TV Al-Hijrah dan TV9 bolehlah dibanggakan, cuma kami berasa sangsi adakah ia cukup untuk kami menangani kebanjiran arus hiburan yang berpaksikan yahudi
Ayuh bangkit lah anak-anak muda yang sayangkan diri dan Islam keseluruhannya..Fikirlah dengan sebaik-baiknya..
No comments:
Post a Comment