Saturday, March 12, 2011

Raudhatul Sakinah Perkuburan Pintar???

Raudhatul Sakinah perkuburan pintar


Oleh Osman Lisut

manlee@nstp.com.my

2011/03/10

KUALA LUMPUR: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) akan mewujudkan tanah perkuburan pintar, Raudhatul Sakinah dilengkapi dengan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi bagi memudahkan orang ramai mencari waris yang dikebumikan di tanah perkuburan itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, dengan mengakses maklumat menerusi pautan e-kuburan di laman web www.jawi.gov.my/www.maiwp.gov.my yang akan dilancarkan tidak lama lagi, orang ramai dengan mudah menemui tempat persemadian waris masing-masing di tanah perkuburan Taman Batu Muda. “Dengan menaip nama penuh si mati, waris akan memperoleh maklumat lengkap seperti nombor lot atau seksyen di mana jenazah dikebumikan dengan cepat dan mudah. Ia akan memendekkan masa pengunjung jika mencarinya secara normal iaitu dengan membaca satu persatu nama tertera pada batu nesan. “Bayangkan kawasan tanah perkuburan seluas 39.2 hektar itu sudah pasti memakan masa sehingga setengah hari untuk kita mengesan kedudukan kubur waris,” katanya pada sidang media selepas majlis pembayaran zakat RM5.92 juta Permodalan Nasional Berhad (PNB) di Wisma Pusat Pungutan Zakat (PPZ) di sini, semalam.

Hadir sama Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman; Pengerusi PPZ MAIWP, Datuk Mustafa Abdul Rahman dan Setiausaha MAIWP, Datuk Che Mat Che Ali.

Beliau berkata, di Raudhatul Sakinah itu akan dibina sebuah wakaf bagi pengunjung berehat dan sebuah bangunan pentadbiran turut dilengkapi komputer bagi mengakses maklumat waris yang sudah dikebumikan.

“Bagi mengelakkan rasa gerun orang ramai terhadap tanah perkuburan Raudhatul Shakinah, MAIWP bersetuju untuk memperindahkan kawasan sekitarnya,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, MAIWP akan membina sebuah kompleks bagi menempatkan saudara baru menimba ilmu dan mempertingkat pengetahuan Islam di atas sebidang tanah milik majlis di Jalan Ipoh, Sentul pada pertengahan tahun ini.

******************************************************************
 
Bagus juga idea ni..sekurang-kurangnya dapat menjimatkan masa bagi waris-waris mencari kubur simati..maklumlah nak datang ke kubur setahun sekali,tu pun jika ada kelapangan..jika tiada kelapangan,buat apa nak pergi melawat waris yang dah di tanam tu ya..baik cari duit masuk kantong / poket sendiri..lain-lain tu biar agensi kerajaan atau PBT yang uruskan (pembaziran yang nyata,duit tu sepatutnya digunakan untuk tujuan pembangunan umat Islam seperti tujuan kedua diatas iaitu membina kompleks untuk mempertingkatkan ilmu)..Disebabkan jarang  menziarahi kubur waris maka kita pun lupa di mana kedudukannya..
 
Bagi yang sentiasa meluangkan masa menziarahi kubur warisnya memang tiada masalah untuk mengecam kedudukannya..Lagipun kenyataan kubur itu mengerunkan amat2 tak munasabah..ini bukan seperti background cerita tahyul atau hantu yang ditayangkan di TV dan panggung di Malaysia (karut dan marut pun masih ditayang atas alasan untuk menyedarkan orang ramai.mengarut betul)..Kubur itu sendiri akan bercahaya atau berseri bila ramai waris yang datang  bersedekah doa,berzikir dan membaca al-quran kepada waris yang telah mati..itu lah amalan yang sepatutnya dalam memperindahkan suasana kubur disamping amalan menjaga kebersihan persekitaran kawasan kubur itu sendiri..Maka usaha-usaha menarik minat waris2 yang hidup ke kubur perlu dipertingkatka seperti amalan gotong-royong membaca doa ramai2 di kubur,gotong-royong bersama-sama bersihkan kubur serta mengisi program menziarahi kubur seperti kita berderet-deret berjalan kaki sempena Maulidur-Rasul..Jangan jadikan minda umat Islam terlalu singkat..kita perlu bijak dan berhemah dalam mengatur kehidupan sebagai Muslim yang sejati
 
Harap2 pewujudan Raudhatul Sakinah ini bukan lah untuk tujuan mengisi poket kroni-kroni..Harta/Duit Zakat umat Islam wajib di urus dengan sikap amanah dan bertanggungjawab..

No comments:

Islamic Clock