Semalam - Jumaat 13 Rabiulakhir 1432H bersamaan 18 Mac 2011..Tempat : Masjid Kampung Pulau Panjang,Pengkalan Chepa,Kota Bharu Kelantan..
Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz telah berkesempatan menunaikan solat Jumaat dan menyampaikan khutbah Jumaat..Seperti biasa ( setahun ada 3-4 kali beliau datang untuk tunaikan solat Jumaat di kampung ni) khutbah beliau bukanlah berbaur politik tetapi tazkirah yang mengingatkan umat Islam supaya berpegang teguh kepada al-Quran dan sunnah dalam mengharungi dunia sekarang demi bekal di padang Mahsyar nnti..
Peringatan beliau cukup nyata dalam hidup ini hanya kepada Allah sahaja kita perlu bergantung.
"Allah,tiada tuhan (yang berhak disembah melainkan Allah) selain Dia.Sesungguhnya Dia akan mengumpulkan kamu di hari kiamat,yang tidak ada keraguan terjadinya.Dan siapakah orang yang lebih benar perkataan(nya) daripada Allah?"..al-Niisaa' ayat 87
Ayat ni pun sudah cukup jelas bahawa setiap perkara ghaib yang tidak tercapai akal fikiran oleh makhluk Allah yang lemah seperti manusia ini hanya dapat disampaikan olehAllah melalui Al-Quran dan perantaraannya melalui Jibril kepada Nabi Muhammad S.A.W. Adapun al-Quran ini diturunkan mengikut keadaan-keadaan tertentu kepada Baginda supaya manusia tidak tersesat setelah mengalami jalan buntu dalam menghadapi sesuatu peristiwa diketika itu.Keadaan ini berlanjutan selama 23tahun di zaman Rasulullah..Al-Quran tidak turun senaskah sekaligus..Kenapa?Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui akan kelemahan manusia dan makhluk yang lain..
Apabila kita menolak kepercayaan kepada hari kiamat,maka kita telah menolak rukun Iman dan sudah pastinya kita tergolong dengan mereka yang ingkar dan berbuat jahat kepada Allah..Bukan itu saja,kita tidak solat,mengeluarkan zakat,tidak beramal sebagaimana tuntutan didalam Al-Quran dan juga tidak membuat perkara-perkara lain yang disyariat kan oleh Islam..Kita menjadi angkuh,degil,keras kepala untuk mengikut peraturan yang telah ditetapkan..Dan apabila kita dalam keadaan nazak esok-esok,bagaimanakah nasib kita..diajar mengucap sahadah 40 kali pun belum tentu kita dapat mengucapkannya kerna diketika itu lidah telah terkunci rapat dan hati telah mati..
Bila berada di alam barzakh pulak,sementara menunggu hari kebangkitan untuk pengadilan,pelbagai seksaan kita kena hadapi..ini terjadi hanyalah kerana sikap kita yang mengingkari perintah Allah.Dan apabila tiba tiupan sangkakala,di ketika bukit dan gunung diruntuhkan,laut ditimbus untuk menjadikan alam ini sebuah padang yang luas,manusia ketika itu porak-peranda seakan-akan buntu fikiran kerana tidak memahami apakah sebenarnya yang akan terjadi padahal Al-Quran telah menerangkan dengan sejelas-jelasnya akan kedatangan hari Kiamat..Bila berhimpunnya makhluk2 yang berbilion-bilion jumlahnya untuk menunggu amalan dihisab,maka pada ketika itu kita sudah tidak menghiraukan orang dikeliling kerana memikirkan untung rugi nasib sendiri..penyesalan timbul bertubi-tubi..kenapa dulu masa hidup aku ingkar perintah Allah?Nah sekarang bukti telah jelas di depan mata sekarang..kenapa aku tidak mahu mempercayai ayat 87 surah An-nisaa'...sesungguhnya aku termasuk dalam golongan yang kerugian..sesal dahulu pendapatan tuan- tuan, sesal kemudian tiada gunanya..
Oleh itu dalam usia bumi yang semakin uzur ini, peringatan-peringatan sebegini seharusnya diulangi sekerap yang mungkin..Rasulullah S.A.W sendiri dimasa hidupnya selalu berpesan-pesan akan berlakunya hari kiamat supaya umat-umat yang dkasihi Baginda sentiasa berpandu kepada peraturan dan ajaran Allah mudah-mudahan tidak sesat menemui syurga..Baginda tidak mahu umatnya menjadi sesal di kemudian hari kerana Baginda cukup jelas akan hal di Padang Mahsyhar nanti..
Allahu Akbar..Allahu Akbar..Allahu Akbar..walillahil hamd..
No comments:
Post a Comment