Saturday, March 5, 2011

Meraung pun tak guna...dah terlepas

"Ciss..gua rasa mcm nak terkena ni"bilang si Mamat

"Kalu ikut hati ni,mau saja aku menjentik si Ali Katik" ujarnya lagi

"Aku kena cari juga si Ali Katik ni.Kalu tak jumpa dia masakan aku dapat anugerah tu.Dia akan jadi partner aku tak lama lagi"ujarnya lagi dan lagi.

Nak tak nak terpaksa lah Mamat meronda satu kampung..ke huluour (hulu) dan ke hiliar (hilir),panjat gunung,redah paya,lari mcm pelesit di padang ragut (kena kejor lembu) dan macam usaha lagi di buatnya.Namun bayang si Ali Katik ni tak nampak-nampakkk juga..timbul tanda hairan kat kepala si Mamat ni tentang hal si Ali Katik..Nak kata si Ali Katik ni pergi memancing memang tak logik sebab dia bukan macam orang biasa.Dia tau si Ali Katik ni memang tak pernah pegang batang rod ataupun sauk..Nak kata si Ali Katik ni pergi bershopping di bandor pun tak logik sebab selama dia yang bersahabat dengan Ali ni pun tak pernah pegang duit atau boleh bagi instruction kat drebar bas Intrakota..

Tak boleh jadi ni..aku kena pergi tengok kat rumah Mek Som Tomyam..mana tau Mek Som Tomyam cuba pedajal kan dia ke? ..Mek Som Tomyam ni memang musuh utama dalam hal yang merungsingkannya untuk mendapat apa yang dihajati.

Sedang elok si Mamat menghampiri dapur rumah Mek Som Tomyam, dia berasa tak sedap hati sebab ternampak macam kaki si Ali Katik..

"Kak Som..owww Kak Som...buat apa tu?Tgh masak tomyam ke?"Mamat memberi soalan dan menjawabnya sendiri soalan terbabit.

"Ape ke hel nya kamu nih Mamat..terjerit-jerit..kamu apa peduli kalu aku tgh masak tomyam.Kamu bukannya suka makan tomyam pun" Kak Som Tomyam membalas.

"Ahh.setakat tomyam kak som tu saya tak kesah..kalu gulai khengsom tu mmg saya kesah..Ni saya tanya skit..tu bukan bulu badan si Ali Katik ke?"Mamat beri soalan test.

"Ehh..kamu ni memandai pulak..memang betul la tu"
"Mana si Ali nya.Saya tak nampak pun" terrer betul Mamat ni..dia boleh nampak bulu si Ali,tapi si Ali dia tak nampak..ilmu apa dia pakai nih..

"Lorr..si Ali Katik dah aku sound awal-awal lagi ari tu..kalu dia dok ganggu masuk dapur rumah aku, maka aku dah tulis wasiat awal-awal lagi nak cincang dia..tapi dia degil..dia masuk ganggu lagi dapur rumah aku.Jadi aku pun cincang lah dia dan buat hidangan tomyam ayam"bilang Kak som Tomyam

"Saya dah agak dah..Kak Som mesti buat macam tu kat ayam Katik saya sebab tak nak bagi saya menang punya dalam pertandingan memasak anjuran Minyak Masak Cap Lesung dan Pergerakan Belia Kampung Menumis.Habis lah saya macam ni, terlepas la saya nak menang hadiah RM15k dan nak masuk meminang anak Kak Som si Bawang Kuning tu..aahhhh" Mamat meraung..

No comments:

Islamic Clock