Aku asyik membaca buku bertajuk 'Hikmah Terapi Al-Quran' oleh Hishsyah binti Rasyid.tetiba aku tertarik dgn tajuk kecil ini 'Al-Quran mengubah penderitaan menjadi kebahagiaan..
kisah 1...
mengenai seorang wanita yang selalu dipenuhi dgn masalah antara dia dengan suaminya malahan dengan anak-anaknya juga tidak mempunyai hubungan yang baik.Akhirnya dia mencuba dan rajin membaca surah Al-Baqarah setiap hari.Ternyata kehidupannya dgn suami dan anak-anak semakin positif berubah kearah yg baik dan menyenangkan.
kisah 2....
seorang wanita yg dikurniakan hafalan Al-quran sebanyak 25 juz.tetapi kehidupan beliau dipenuhi kesengsaraan.Beliau mempunyai beberapa orang anak perempuan yg sudah bernikah.Namun diantara mereka tiada keharmonian malahan jika mereka datang mengunjungi beliau terasa sempit hati dan gelisah.Setelah beliau mendengar ceramah tentang keutamaan Surah Al-Baqarah dan mengamalkannya.Ternyata beliau merasa lega & sangat rindu dgn puteri-puterinya kerana sumpahan sihirnya telah musnah...
Surah Al-Baqarah juga dapat menjadi penawar bagi yang tidak mempunyai zuriat tetapi mengidamkannya dengan sekian lama.Allah itu Maha Pemurah..
Besar sungguh mukjizat Al-Quran Mu ya Allah..ia menjadi penawar dan panduan kepada seluruh manusia yang beriman..
No comments:
Post a Comment