Thursday, October 23, 2008

Waris saka


Nek Yam sudah uzur dan dah tak terdaya berjalan lagi...Jd anaknya membawa dia ke kampung ku untuk tinggal dgn anaknya yg satu lagi menetap disini...dia cuma boleh berbaring saja..
Walaupun tubuhnya sudah kering dan nmpak tulang-temulang tp dia masih kuat..kalau dia bernafas,bunyinya macam mendengus..huuuuu..huuuu...Mak aku dah rasa tak sedap hati dan ada perasan sesuatu yg tak kena dgn org tua ni masa dia pergi melawat..tp dia tak mahu bgatau dulu kepada anak2 Nek Yam...Nnti org ingat dia suka reka cerita atau dengki pulak..

Nek Yam tidur di dalam bilik anaknya...Mandi, makan dan sebagainya semua didalam bilik itu...
Entah pada suatu ketika sedang Mak aku menjenguknya....dia perasan sesuatu pada Nek Yam..bila lalat hampir dengan bibir Nek Yam,tiba2 lidah Nek Yam terjulur keluar...panjang... lidah tu hendak menangkap lalat tersebut..slrapppp..slarppp..."Isk..biar betul org tua ni"'fikir Mak... Lepas tu tangan dia bergerak2 nk menangkap lalat yg terlepas td.."Macammana ni tangan utk suap ambik makanan pun tak larat tetiba boleh bergerak nk menangkap lalat..",getus Mak...

Mak nekad memberitahu anak Nek Yam..
Mak: "Mek Na.mu perasan dok td Nek Yam mu ni lidah dia terjelir keluar",....
Mek Na : "Perasan jugak td,tp mungkin dia panas je kot'...
Mak: Panas pun tkkan terjelir lagu tu.Pahtu tangan dia dok tampar2 lalat td.Mana org tua tu larat nk angkat tangan...
Mek Na : yo jugok tu..
Mak : Kito panggil ustaz baca Yassin utk Nek Yam mu ni..Aku boleh agok doh ni..
Mek Na : Boleh jugok..

Ustaz datang ...kemudian Ustaz mula membaca Bismillahirrohmanirrohim...Yaasiiiiin,Wal Qur'annilhakiiim..Tiba2 Nek Yam bingkas bangun dan berkata dengan suara kasar, " Aku tak heran dgn Surah Yassin ni..aku boleh ikut smpai habis"...Lalu Nek Yam ikut apa yang ustaz tu baca sehingga ayat yg terakhir 'Fasubhanallazii biyadihii malakuu tu kullisyaiin wa ilaihi tur jaunnn'...
Nek Yam terhenti kat situ..tak menyebut ayat yg terakhir..dia sudah kepanasan sambil mengilai.. eeeee..heeeeheeee...."kau pergi balik la ustaz..."Nek Yam kata..."aku dh kata yg aku nk duduk dlm tubuh ni..." tambah Nek Yam tp suara semakin kasar...lalau Ustaz pun balik..Tp sebelum Ustaz tu balik dia ada pesan kt Mak supaya baca lagi Surah Yassin tu ramai2 kat ruang tamu...Mak pun bgtau sanak saudara Nek Yam apa yg di pesan oleh Ustaz tadi.. Didalam bilik itu kedengaran suara yg menderam,menangis,hilai ketawa dan bermacam2 lg..

Esok pagi tubuh Nek Yam sudah tak bernyawa dan berbau serta kurus kering...Mak cakap pelesit dh hirup darah Nek Yam sebelum dia di hantar ke kampung ni..pelesit di dalam tubuh Nek Yam tu yg membuatkan macam Nek Yam masih hidup..sebenarnya dia sudah mati lebih kurang seminggu....Nek Yam membela pelesit tu utk menjaga rumah dan kebun serta keselamatannya....Pelesit tu adalah saka nya....Skang dia mencari waris2 utk hidup...Mak berpesan kepada anak2 Nek Yam,jumpa bomoh utk buang terus saka tu......
..................................................................................................................
P.s : Jangan lah kita membuat perjanjian dengan syaitan & sekutunya utk menjaga keselamatan diri dan harta kita.....Cukup lah Allah sahaja bagi kita untuk semua urusan...

7 comments:

hanis said...

ni kisah benar ke? separa benar ke or rekaan semata2..

UXOP said...

Cik Hanis...
benar? bergantung kpd org yg berciter tu la..org citer tu benar,benarlah kisah ni..kalu org citer separa benar maka separa benar la kisah ni..hehe
Tp ni kisah betul sebelum posa ari tu kt kampung..berdiri bulu roma ms tulis citer ni

Qaseh.Darwisy said...

Makkk aiihh...seram..

Emm,penah jgk tgk kejadian buang2 saka ni kat area Bachok..Sminggu aku tkt nk tido mlm..panjang gila lidah masa nk kuarkan benda tu..adeii...takooottt...

mountdweller said...

Satu peristiwa lucu yang pernah saya alami tentang pelesit ni.

Suatu malam saya ke rumah sorang sahabat yang merupakan seorang yang boleh berdukun dengan mneggunakan amalan tarikat. Kebetulan pada masa itu ada seorang pesakit yang datang untuk merubat. Kawan saya tadi minta saya membantunya berubat. Walau cara kami berbeza, kami buat mengikut cara masing-masing terhadap seorang pesakit.

Bebarapa saat kemudian wanita yang sakit tadi mengerang dan mengaduh. Panas katanya. Jadi dukun kawan saya tu memerintahkan setan yang ada di dalam tubuh pesakit supaya keluar dan jangan ganggu lagi pesakit itu. Setan itu degil tak mahu keluar kononnya takut mak dia marah. Kami terus desak setan tu keluar, degil lagi dan itulah alasan dia tidak mahu keluar.

Akhrinya saya sudah naik juak dengan helah dan kerenah setan tadi, lalu saya pula ambil tempat dekat dengan pesakit dan saya ugut "Kau mesti keluar dan tinggalkan wanita ini, kalau kau degil aku akan makan kamu dengan mak kamu sekali. Aku bagi kamu 30 saat sebelum aku makan kamu". Tiba-tiba sisakit/setan tadi menjerit "Jangan makan, aku dah nak balik ni. Aku tak mahu mak aku mati kau makan!. Aku tak mahu tumpang dia lagi". Selepas itu pesakit itu terus sedar.

Kawan dan saya ketawa. Kawan saya kata tidak pernah lagi dukun yang mengugut nak makan setan tetapi sebaliknya setan yang ugut nak makan dukun tu adalah.

UXOP said...

Cik Qaseh :
Selalu benda ni ada yg ditanam dlm hutan/buang ke laut..kene hati2 ms masuk hutan dan mandi laut

Pakcik Din :
Memang pelik2 dan bnyk kaedah dlm berdukun ni..Ada yg tipu gunakan telur yg ada paku,rambut dsb (sbnrnya guna jin)..bg org yg kuat ilmu agamanya cukuplah hanya AlQuran dan keyakinan kepada Allah..Rupa-rupanya Pakcik pun handal menghalau pelesit ya..

o-y-e-t-t said...

wahhh...dah mcm expose mistik plak nih...nenet wa pun nama dier nek yam...tp time dier nk meniggal tu alhamdulillah la senang..

UXOP said...

Saudaraku Oyett :
kalu cam tu Alhamdulillah..mudah-mudahan roh nenek awak tenang di sana dan wa berdoa supaya dia diletakkan bersama roh org2 yg beriman dan termasuk didalam golongan yg dikasihi Allah..

Islamic Clock