Thursday, June 16, 2011

Adakah BERSIH 2.0 kerana Allah atau Taksub Kepartian?


Gelombang perhimpunan raksasa BERSIH 2.0 menghangatkan lagi suasana permasalahan masyarakat di Malaysia terutamanya Melayu Islam..begitu juga la dengan perhimpunan Belia 1Malaysia yang bangang tu..

Emosi telah menguasai akal dan menjadi bertambah teruk bila akal yang sedikit itu melahirkan satu iltizam atau niat tanpa berlandaskan fitrah manusia dimana setiap perbuatan manusia yang telah mengakui Islam itu mesti wajib bagi segala niat dan tindakan hanya lah kepada Allah..Apabila meletakkan niat dan tindakan hanyalah kepada Allah itu sebagai sampingan (bukan tujuan utama),maka sesungguhnya syaitan telah mendahului akan niat dan tindakan itu..lalu kelemahan akal ( terlampau dikuasai emosi) ini menyebabkan datangnya kemurkaan Allah akibat daripada tindakan yang tidak meletakkan segala urusan itu hanya kepada Allah tujuan utamanya..
(Perlu ingat jika segala urusan ini bukan didahului kerana Allah maka syaitan akan mendahului dalam hati dan tindak-tanduk manusia)
Percayalah apabila hati yang keluh-kesah itu dikuasai emosi,maka hati menjadi bebal dan buta.Apabila hati menjadi bebal maka dia akan menjadi seperti batu.Perasaan dan nasib orang lain diletakkan ketepi.Agama diletakkan sebagai tujuan sampingan sahaja..teriakkan untuk mendapatkan keadilan diletakkan sebagai perkara asas (tujuan utama)..Persoalannya keadilan itu untuk siapa dan untuk apa?Jika keadilan itu untuk rakyat Malaysia keseluruhannya, maka untuk apa?
Jika untuk menunjukkan betapa kuasa rakyat itu hebat daripada pemerintah,maka apakah itu boleh dijadikan sandaran bahwa perlakuan tersebut diterima oleh Allah s.w.t bila mana kita tanpa disedari telah berlaku tidak adil /zalim kepada orang lain yang tidak terlibat tapi menerima kesan yang buruk akibat tindakan yang dirasakan betul ( niat pun sudah tak betul,maka bagaimana tindakan itu boleh jadi betul..mudahan Allah menunjukkan kami semua jalan yang baik dan ampunilah kelemahan kami)..
Adapun BERSIH 2.0 ini akan menjadi titik tolak kepada pembangunan jiwa Islam dalam diri pendemo-pendemo BERSIH 2.0 bila ia meletakkan tujuan utama hanyalah untuk Allah..Apabila meletakkan hanya untuk Allah sebagai perkara pokok, maka segala program dalam perhimpunan BERSIH 2.0 itu mestilah selari dengan niat utamanya..laungan mestilah dengan memuji nama Allah supaya hikmahnya terserlah kepada hati pendemo sekalian dekat sekali dgn Allah..adapun jika laungan bertempik melaungkan "BERSIH "dsbnya maka sesungguhnya kelalaian itu akan mendatangkan  satu kesan yang amat jelek dan buruk kepada umat Islam yang menyertai nya kerana percayalah bahwa perbuatan (menjerit perkataan yang sia-sia) itu tiada maknanya di sisi Allah..bukan ibadah lagi..alangkah ruginya masa dan perbuatan umat pada ketika itu..akhirnya yang mendapat faedah pada masa itu adalah syaitan dan kuncu-kuncunya..
Apabila tiba waktu solat yang wajib (nak buat solat sunat seperti sunat hajat pun lagi elok),mestilah menghormatinya dengan menyegerakan secara berjemaah serta berdoa beramai-ramai supaya tujuan-tujuan untuk perhimpunan itu sampai kepada Allah..Mudahan segala kerja (perhimpunan ) akan diberkati Allah dan menjadi satu titik perubahan dalam memperlihatkan kekuatan dan kesepaduan persaudaraan Islam yang akan digeruni musuh Islam..jika ada bangsa lain yang menyertainya maka itu tidak boleh dijadikan alasan untuk kita meninggalkan seruan Allah (lagipun ini adalah perintah Allah yang wajib)..non-muslim boleh berdoa cara mereka..

Saudara-saudara ku, para mujahidin dan lainnya yang sedang menghadapi berbagai kesulitan dan cubaan untuk menghadirkan pertolongan Allah dalam menyempurnakan dan mendapatkan keamanan di negara mereka, contohnya sangatlah banyak .Saya berdoa kepada Allah supaya memberikan manfaat kepada Islam dan masyarakat  dalam menjadikan perhimpunan BERSIH 2.0 ini satu ibadah supaya perjuangan menegakkan Islam di negara Malaysia ini tidak sia-sia..

Dalam tindakan kita perlukan pertimbangan akal yang kuat dan mesti selari dengan apa yang dikehendaki oleh Allah dan Rasulnya serta berpandukan Al-Quran dan Sunnah..

Untuk itu Perhimpunan BERSIH 2.0 mestilah :-
1 – Ketulusan dari niat untuk Allah semata, kerana denganNya, kita mendapat ganjaran, taufik dan pertolongan serta kemenangan.
2 – Ketika tercapai apa yang kita inginkan, maka kita memuji Allah SWT atas kurnia dan taufik yang telah diberikan kepada kita.
3 – Jika tidak tercapai apa yang kita harapkan, kita harus yakin bahwa ganjaran telah ditetapkan untuk kita, dan memohon semoga Allah SWT mentaqdirkan kita kebaikan; dimanapun dan bagaimanapun, kemudian Allah meredhai kita.
4 – Sentiasa melakukan tugas dan tindakan dalam hal apapun setelah memastikan keamanan mengambil sebab-sebabnya utamanya, dan mengerahkan seluruh potensi yang menegaskan bahwa segala perbuatan hanya untuk Allah s.w.t, kerana semua dan selama amal untuk Allah maka akan kekal dan sampai kepada-Nya.
5 –  Tidak putus asa dan tidak menggunakan emosi  dalam menentukan  berbagai perkara utk kebaikan
6 – Mesti berbuat baik dan hormati kepada semua bangsa dan agama kerana kita adalah umat contoh..bukannya kita menjarakkan kefahaman Islam kepada penganut agama lain..Ingatlah wasiat Rasulullah saw untuk kita bahwa beliau bersabda
إذا قامت القيامة وفى يد أحدكم فسيلة فليغرسها
“Jika terjadi kiamat dan di tangan salah seorang dari kamu ada benih yang bisa ditanam maka tanamlah,”
Ini adalah akhir dari dunia dan bahkan benih bererti penanaman pohon kurma yang tidak berbuah kecuali setelah bertahun-tahun lamanya, dan tidak ada hasil yang diharapkan kecuali kelanjutan dari berbuat positif dan menunaikan tugas dan menggapai ganjaran yang telah dijanjikan.



Rabb kita telah menjelaskan ciri umat Islam ini dalam firman-Nya,
وَكَذَلِكَ جَعَلْنَاكُمْ أُمَّةً وَسَطًا لِتَكُونُوا شُهَدَاءَ عَلَى النَّاسِ وَيَكُونَ الرَّسُولُ عَلَيْكُمْ شَهِيدًا
“Dan demikian (pula) Kami telah menjadikan kalian (umat Islam), umat yang wasathan agar kalian menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kalian.” (QS. Al-Baqarah : 143)





Jadilah ummah yang memberikan sumbangan kepada agama..ramai yang tercari-cari sebuah negara Islam..tapi tidak memahami apakah ciri-ciri negara Islam yang dimahukan..Sebuah negara Islam itu akan tidak bermakna bila tiada amalan dan penegakkan membangunkan akidah Islam didalamnya.Maka itu perlu berbalik kepada pengisian agama dalam hati manusia...Taksub kepartian dan kepimpinan bukan satu cara hidup Islam kerana semua itu boleh berubah-ubah, hancur dan hilang bila tiba masanya..Hanya Allah sahajalah yng Kekal Abadi..Hanya Allah sahajalah yang boleh memberikan jaminan manusia itu masuk syurga bukan parti dan pemimpin...

3 comments:

Na'im Nikmat said...

Artikel yang menarik sahabat.

Unknown said...

Terima kasih Sahabat..

االمؤمن للمؤمن كالبنيان يشد بعضه بعضً

“Seorang mukmin bagi mukmin yang lain ibarat satu bangunan yang saling menguatkan antara satu dengan yang lainnya”. (H.R Bukhari & Muslim).

Unknown said...

Terima kasih Sahabat..

االمؤمن للمؤمن كالبنيان يشد بعضه بعضً

“Seorang mukmin bagi mukmin yang lain ibarat satu bangunan yang saling menguatkan antara satu dengan yang lainnya”. (H.R Bukhari & Muslim).

Islamic Clock