Pengurusan hati (qolbu management) dan minda (mind management) mestilah dengan betul dan tertib.Jika kamu mahukan dunia mesti dengan ilmu.Kamu mahukan akhirat pun mesti dengan ilmu.Kalau kamu mahukan kedua-duanya pun mesti dengan ilmu.Ilmu tanpa amal sia2.amal ilmu tanpa ikhlas akan binasa manusia
Thursday, June 9, 2011
Dilema Graduan U dan professional...
Subhanallah..Alhamdulillah..Semua kerja yang penting sudah disiapkan untuk projek Yayasan al-Bukhary..Mengikut kepada ramalan tarikh lahir yang dibaca dalam buku, kerja jurutera ni mmg tak sesuai langsung dengan tarikh saya!!.yang sesuai adalah tukang masak,tukang kebun,pakar physkologi,kimia dan kewangan ( mmg saya ada jadi ejen Takaful)..Dulu masa belajar pun cuma grade pointer cukup2 makan je..nak further untuk Master pun terpaksa fikir 2-3 kali..Lagipun bila sambung belajar ni utang PTPTN akan berganda-ganda jadik nya..muda-muda pun dah lekat hutang berpuluh ribu..
Ada setengah orang berpendapat, masa muda ni lah kita perlu sambung lagi pengajian kita ke peringkat tinggi..kalau boleh ke tahap PhD..mungkin mereka merasakan bila di usia muda ni, otak kita masih segar dan cerdas jadi mudahlah nak mengaji / belajar..tambahan pulak bila dah kerja pastu nak sambung balik mengaji dia dah jadi lain macam..rasa malas pegang buku bila dah merasa pegang duit gaji, rasa tak cukup nak berseronok dan khuatir diri akan gagal bila dah lama tinggalkan bidang pengajian
Bagi setengah pula, baik kerja dulu kemudian ada rezeki baru sambung belajar..mereka juga rasa bila kerja lama maka pengalaman mereka lebih baik/maju dan memungkinkan mendapat upah yang tinggi..kalau belajar dulu mungkin mereka malu bila keluar nanti kalah dengan orang berpendidikan rendah pada mereka..kadang-kadang mereka memang suka kan cabaran semasa kerja berbanding semasa belajar..ada juga yang terpaksa kerja dulu sebab faktor tak cukup duit atau tak mampu..
Pemikiran orang tak semestinya sama..tapi yang pasti, mesti ada orang yang akan berfikiran sama macam kita....
Contohnya bila nak balik raya..kita ingatkan orang lain tak akan bertolak pada waktu subuh jadi kita pun bertolak lah pada waktu subuh, tapi sangkaan kita salah sebab orang lain pun fikir macam kita juga..maka jalan pun jadi jem..
Walaupun ramalan menunjukkan saya tak sesuai jadi jurutera tapi disebabkan minat kan cabaran yang amat sangat maka saya berusaha bersungguh-sungguh utk bergerak kedepan walaupun terpaksa mengharungi pelbagai rintangan samada luaran ( keadaan sekitaran yang membuatkan kita takut utk membuat keputusan hidup kita) dan juga dalaman (persepsi bahawa kita tidak mampu untuk berjaya disamping bisikan syaitan yang mahukan semangat untuk berjaya disisi Allah luntur)..
Maka demi mematahkan keadaan rintangan sedemikian , saya telah mengambil pendekatan untuk mendekatkan diri kepada Allah samada melalui solat,zikrullah dan membaca AlQuran,sedekah,dan berlapang dada (hati mesti bersih dan ikhlas)...tapi bab puasa sunat ni yang menjadi kelemahan ketara saya yang mana jarang diamalkan kecuali diketika yang amat memerlukan pertolongan Allah sahaja lah baru saya buat..bukan apa, ini disebabkan saya suka masak dan makan (tapi dalam kadar yang perlu je)..jangan jadikan perut kita ni sisa makanan dan tempat punca syaitan melalaikan kita dari mengingati Allah..
Labels:
Agama,
My life story,
Tazkirah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment