Monday, June 20, 2011

Penarik Beca Tak Peduli Kemajuan Di Malaysia

picture credit to : penarik beca photography by Ax Rafar


Dia masih ingat lagi ketika itu,bapa nya hanya bekerja sebagai pengayuh beca.
Manakala emaknya hanya surirumah sepenuh masa.Pendapatan pengayuh beca ni tak tentu.

Kekadang kalau murah rezeki dapat banyak sekitar RM30 sehari .Tapi kalau rezeki hari tu susah sikit dapat yang cikai punya pun lebih kurang RM 10..

Kerja macam tu kena turun ke medan mencari rezeki seawal jam 6 pagi dari rumah ke  Kota yang berjarak 8 kilometer.Bersarapan pagi roti goreng dengan kopi tua..yang paling perit bila duit takda, roti goreng bertukarganti dengan ubi rebus.


Jika ada rezeki lebih maka dapatlah menikmati nasi goreng.
Walaupun begitu kudrat orang tua ni memang kuat demi kehidupan anaknya 10 beradik yang perlukan belanja untuk persekolahan.

Dia taklah rasa berputus asa dengan keadaan pendapatan yang rendah jika nak dibandingkan dengan mereka yang kerja kerajaan dan swasta lain apatah lagi nak dibandingkan dengan gaji Pak Menteri di Malaysia yang gaji pokoknya pun dah RM 18,000 sebulan tu belum dikira elaun lain kagi yang 
berjumlah dekat RM 55,000..

Bila ditatap wajah kusam dan tua itu,memang jelas kedutan mukanya.Sekali sekala peluh dan keringat yang mengalir keluar di wajah kusam itu di lap dengan kain tuala kecil yang selalu dilingkarkan di lehernya.


Walaupun wajah tua kusam itu sendiri merasa perit untuk mendapat rezeki seciput itu, tiada lah dia nak mengeluh apatah lagi menangis untuk mengenangkan nasibnya hari ini.Dia sudah mengerti dengan nasibnya hari ini adalah kerana dia tak berpelajaran..Dulu masa remaja dia bukan malas belajar,tapi faktor kewangan dan keluarga menjadi kekangan utama.

Kemajuan hari ini tidak memberi makna yang besar kepadanya..apa guna ada 
banyak kenderaan di kota,bangunan-bangunan tinggi,toko-toko perniagaan besar dan juga padang-padang golf jikalau semua itu tidak menyumbang sedikit rezeki kepadanya.


Dengan rezekinya yang seciput itu,mana layak nak pergi ke toko-toko besar yang mencekik darah golongan bawah sepertinya.Apatah lagi jika kemajuan itu menjadi batu halangan besar untuk dia mendapatkan walau lima ringgit untuk diberi kepada orang rumahnya agar dapat dibelikan beras,sayur dan ikan..

Tak bererti semua tu baginya..dia cuma mahukan keperluan dan belanja persekolahan anak-anaknya cukup..Dia selalu berpesan kepada anak-anaknya..cari lah ilmu sebanyak mungkin masa hidup..ilmu dunia tu sekadar cukup untuk penuhi keperluan semasa tinggal di dunia, ilmu akhirat perbanyakkan untuk bekalan yang kita tak pasti samada cukup atau tidak semasa duduk di alam sana...Kaya dunia hari ini  tak berguna pun jika ia  tidak dapat menyumbangkan kepada orang yang tersepit, kaya iman dan amal soleh insyaallah dapat bantu diri kita dan orang lain yang tersepit..Anak-anaknya selalu dia suruh untuk mengingati pesanan ini..

Hargai lah pengorbanan Bapa Dan Ibu..Doa kan mereka kesejahteraan dan semoga Allah membalas keringat mereka dengan pahala yang berganda-ganda...





No comments:

Islamic Clock