Saturday, June 11, 2011

Sembang bagus tegakkan Islam dalam pemerintahan,tapi haramjadah dalam tindakan

Walaupun hidup ni dah pun berjalan selama 30 tahun, kekadang saya merasakan betapa teramat sedikit sekali mengucapkan syukur Alhamdulillah kepada Allah yang begitu banyak memberikan nikmat kepada saya..

Di kala saya senang, walaupun ada mensyukuri pemberian nikmat dari Allah tetapi masih rasakan belum cukup,apatah lagi di waktu susah yang mana  asyik merasakan bahawa Allah itu tidak melihat hambaNya yang sedang bergelut dengan kesulitan..

Keadaan tersebut sudah membayangkan bahawa saya ni masih lemah dan lalai dalam menilai nikmat yang telah Allah berikan..Banyak sekali nikmat yang Allah berikan berbanding kesulitan kepada manusia..tetapi manusia ni bila Allah berikan sesuatu kebaikan ( kesihatan,kekayaan,masa lapang,masa muda) mereka sudah pasti akan menggunakan nikmat tersebut dengan sewenang-wenangnya.kekadang sampai lupa untuk bersyukur..bila tiba waktu kesulitan maka mereka, merasakan bahawa Allah tidak kasihkan mereka,lupakan mereka sehingga menyebabkan mereka juga lupa kepada Allah..

Contoh ketara : bila Allah limpahkan nikmat yang banyak,ada setengah manusia ni berseronok dengan pelbagai maksiat dunia,sehinggakan untuk mengingati Allah satu saat pun tidak terdetik di hati..maklumlah seronok dengan nikmat maksiat dunia.. tatkala Allah tutupkan hati mereka. diturunkan bala dan kesulitan kepada mereka,maka mereka berputus asa dan putus harapan sehinggakan ada yang bunuh diri dan ada yg terus terjebak dengan masalah sosial (jenayah dsb) kerana merasakan Allah telah mengkehendaki mereka begitu.."buat apa nak bertaubat bila Allah dah tak kasihkan kita" itu yg mereka fikirkan..

“Sesungguhnya, nikmat yang diberikan Allah SWT kepada manusia sangatlah besar sehingga tidak seorangpun yang sanggup menghitungnya. "Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, niscaya kamu tidak akan dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." 
(QS. An-Nahl : 18).


Terjemahan dari Al-Quran surah al A'raf menrangkan kenapa manusia ni payah betul untuk bersyukur ke atas nikmat Allah s.w.t dan balasannya bila mengikut petunjuk syaitan..

"Iblis menjawab:"kerana Engkau telah menghukum saya tersesat,saya benar-benar akan (menghalang-halangi) mereka dari jalan Engkau yang lurus.Kemudian saya akan mendatangi mereka dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur. Allah berfirman, 'Keluarlah kamu dari surga itu sebagai orang terhina lagi terusir. Sesungguhnya barangsiapa di antara mereka mengikuti kamu, benar-benar Aku akan mengisi neraka Jahanam dengan kamu semuanya'." 
(Q.s. al-A'raf: 16-18).

Ingatlah..ini janji Allah s.w.t kepada manusia yang kufur nikmat dan ingkari perintah Allah..

Sekarang ada yang bercakap mereka menegakkan agama Islam dalam pemerintahan mereka walhal dalam pemerintahan mereka (nikmat yang Allah berikan kepada mereka sekarang) tidak terserlah pun minat mereka dalam mematuhi hukum-hukum Allah..

No comments:

Islamic Clock