Thursday, June 2, 2011

Contohi Mereka Yang Cintakan Allah Dalam Gerak Kerja Kita

                                         Sedekah lah  Al-Fatihah kepda Almarhum Ustaz Fadzil Noor


Bila saya teringat kepada Almarhum Dato' Ustaz Hj.Fadzil bin Mohd Noor ( Ustaz Fadzil Noor).menitis juga air mata setitik dua,sebak dada disamping sedekahkan Al-Fatihah untuk beliau..Betapa diri ini mengagumi cara almarhum menangani permasalahan yang berlaku dalam politik Malaysia dan dalam perjuangan PAS dengan karisma yang ada pada beliau..Lemah - lembut bila bersama masyarakat dan tegas dalam perkara yang perlu beliau tegurkan..

Pada masa tu terasa kesederhanaan terhadap pendekatan PAS dalam arus politik Malaysia ( bagi pandangan saya ), yang mana pada peringkat itu almarhum amat berhati-hati dalam membawa sebuah perjuangan Islam melalui parti politik kepada arus perdana dan seterusnya menjadikan PAS sebuah parti yang disegani..

Walaupun saya cuma mengenali Almarhum dari jauh (melalui pembacaan buku dan ceramah aje), tetapi perjuangan dan pedekatan almarhum banyak memberikan aspirasi kepada saya dalam membentuk peribadi dan cara kerja yang dilakukan (hanya dalam bidang yang saya mampu)..

Begitu sayang Almarhum kepada perjuangan Islam melalui PAS, begitu juga lah almarhum sayang kepada ahli-ahli PAS diketika itu..

"... kalau boleh saya tak nak berhenti bercakap sebab saya berucap dengan orang yang saya kasihi dan saya sayang!" -- Diucap oleh Almarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor ketika majlis penutupan Muktamar PAS ke-48 di Kota Bharu, muktamar yang terakhir sebelum beliau menghembuskan nafasnya terakhir pada 23 Jun 2002 di HUKM.


Bagaimana dengan keadaan PAS sekarang?Wujudnya puak-puak yang tak enak didengar demi kepentingan dunia (lebih kurang gila kuasa lah)..adat lah bila sudah nampak kejayaan maka masing2 berangan dengan habuan yang tak seberapa di dunia ni..pening..tapi saya tetap dengan parti yang ada niat memperjuangkan Islam walau mereka sendiri keliru dengan pemimpin2 mereka.Mudahan barisan pelapis yang mengikuti cara Almarhum ustaz Fadzil Noor akan mengembalikan hala tuju sebuah perjuangan Islam melalui PAS..mereka dikira lebih baik lagi daripada puak-puak nasionalis yang ikut cara kerja kaum pemikir barat yang merosakkan..

No comments:

Islamic Clock