Pengurusan hati (qolbu management) dan minda (mind management) mestilah dengan betul dan tertib.Jika kamu mahukan dunia mesti dengan ilmu.Kamu mahukan akhirat pun mesti dengan ilmu.Kalau kamu mahukan kedua-duanya pun mesti dengan ilmu.Ilmu tanpa amal sia2.amal ilmu tanpa ikhlas akan binasa manusia
Saturday, April 18, 2009
Jelmaan member abang ku...
Tahun 85,aku baru memasuki darjah satu di Sekolah Kebangsaan Parang Puting..Kira aku senior jauh adik Nik Nur Madihah le ni..Dari kampung (umah aku) ke sekolah tu kira2 5km.Masa tu basikal belum ada (masa tu aku diketogarikan keluarga miskin).Apa lagi,menapak lah ke sekolah...
Untuk ke sekolah,aku terpaksa melalui jambatan di kampung untuk menyeberang sungai Pulau Panjang..
Selalu aku turun dari rumah dalam pukul 6.50 pagi..Waktu tu memang masih gelap lagi.Kebetulan pada masa tu jambatan kayu yang usang sedang diperbaiki,jadi penduduk kampung membuat jambatan sementara dari kayu biasa saja.Jambatan sementara itu tiada palang tepi..Jadi sesiapa yang tersilap langkah akan membuat terjunan gaya bebas lah pada hari tu.
Aku ke sekolah seorang diri.Semua member sekampung bersekolah di Sek.Keb.Kem Askar yang menggunakan jalan satu lagi.Jalan yang aku lalui itu biasanya dikongsi dengan budak Sek.Men.Pengkalan Chepa dan Maahad..ini termasuklah dengan abangku dan member2 dia.
Pada suatu hari seperti biasa aku keluar dari rumah pukul 6.30 pagi.Aku perasan bahawa aku yang paling awal.Hati aku berdebar2 sebab nak melalui kawasan jambatan yang gelap dikelilingi pokok hutan nipah dan jembal.Sebenarnya memang kawasan jambatan yang sedang dibina tu amat keras.Pernah ada orang kampung terserempak pocong dan hantu raya kat situ.
"Macamana leh ari ni aku turun awal pulak",getus hati aku..
"gilaa betul..tak nampak orang lain nak buat teman ni",aku menyerampah
Bila sampai kat kepala jambatan tu baru aku perasan ada member abang aku namanya Abu berada kira2 100m di belakang aku.Dia naik basikal..
"Fuhh..lega hati.Nasib baik Abu ada kat belakang",Aku menyedapkan hati.
Bila aku dh sampai ditengah jambatan aku lihat si Abu baru sampai di kepala jambatan sambil mengayuh basikal..Aku berjalan dua langkah lagi dan menoleh kebelakang....
Tiba-tiba...muka aku menjadi pucat dan badan mengeletar semacam nak pengsan..
"Ehh..tadi Abu ada belakang aku..tiba2 boleh hilang plak ni...apa kejadah nya ni.Si syaitan ni nak main kan aku ke",bisik hati aku..
Aku melangkah balik ke kepala jambatan untuk memastikan betul2 ke ada si Abu tadi melalui jambatan ni.Bila sampai ke kepala jambatan,aku lihat tiada kesan tayar basikal pun..
"Cisss..ni betul2 nak main kan aku",aku menyeranah.
Baru aku nak melangkah balik ke tengah tengah jambatan...aku terdengar suara orang memanggil namaku..
"Uxop..Uxop..tolong aku",suara tah dari mana..
"Woiii..sapa yang panggil nama aku pepagi buta ni.Jangan nak main-mainkan aku pepagi ni",balas aku..sebenarnya aku tengah kecut perut..
"Aku..aku kat bawah ni",balas suara tu.
Pappp!!!..mata aku menangkap ada jari-jari tangan bergerak-gerak kat tepi jambatan.
Ahhh..sudah..nak buat camana ni...Lalu aku beranikan diri ke tepi jambatan tu..
Aku lihat ada satu makhluk bergantungan cuba nak memanjat naik ke atas jambatan....
"Ya Allahhhhhh....Pehal kau ni Abu.Buang tebiat ke",aku bertanya.
"Aku tergelincir tadi dan jatuh dalam sungai.Jadi aku nak panjat keatas la ni",balas Abu.
"Kau ni memang menyusahkan la.Ingatkan jelmaan kau tadi yg ikut aku",aku bagitau.
"Mu gila ke.Aku tak bersahabat la dgn benda2 tu.Lagipun aku sekolah Maahad Muhammadi",balas Abu..
Apa lagi..lepas aku naikkan si Abu,terus aku gelakkan dia dan diri aku yang bengong ni..
Hahaahaa..Lawak betul...Serius!!!..aku ingatkan jelmaan dia...hehe
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
warhahaha~
lawak memang lawak nih
hehehe.
jatuh jambatan!
Hanis,
tak baek gelakkan org..
tp tu la..mmg lawak.kah3
Post a Comment