Sunday, April 26, 2009

Tarikan Hantu Air

Selalu orang tua dh berpesan,kaloo nk mandi sungai elakkan
mandi waktu petang sbb ada penunggu dalam air (hantu air).

Ketika aku darjah 6 (12 tahun),selepas main bola dlm kul
6.30petang maka aktiviti selanjutnya adalah terjun chikukunga (sedara spesis tiruk ).Sedang elok saja padang bola tepi sungai...Aku rasa dh jenuh org tua pesan jgn mandi belah petang..bese la budak2 ketegaq pian ni mana nok dengor org tua kata..

Untuk pengetahuan Encek/Cik suma,sungai tu memang menyeramkan dan misteri (mmg da hantu air)..Jadi pada hari tersobut selepas tamat perlawanan bola kul 6.40ptg,kami dh pakat reramai nk terjun terus ke sungai..Kawan abang aku namanya si Yiee,beria-ia mengajak kami
berlumba renang sampai ke tebing seberang sana..Aku mengambil tempat ditengah sekali (seramm ooo dok kt bahagian tepi),jadi si Yiee amik di bahagian tepi.Kami bersusun wat 1 baris 5 orng..geng2 lain akan dilepaskan selepas kami..
Bila bunyi wisel(utk maen bola sbnrnya) ditiub maka kami berenang cepat2 ke arah tebing seberang sana...mula2 smpai kawan aku si Juan pastu Ali pastu Mamat pastu aku....

Bila aku dh smpai cuma tinggal Si Yiee sorang saja blom smpai..Kami dh rasa semacam misteri..
pelik tapi benar..kami nampak si Yiee berenang katak gopoh-gapah tapi tak juga bergerak-gerak sampai ketepi..Si Yiee cuba menyelam dgn kakinya nampak sedang menerajang sesuatu..

Tiba-tiba..Yaa Alllaahh..kami nampak makhluk besisik (muka dan badan) dgn rambut panjang bergigi tajam sedang cuba melilit kaki si Yiee..Nasib baik si Yiee sempat juga smpai di tepi sungai dan berpaut pada pokok nipah..dan dia masih lagi terkial-kial menerajang hantu air tersebut..dalam 5 minit lepas tu hantu air tu mengalah dan hilang..Kami tengok si Yiee dah betul keletihan dan semua terjun utk menaikkan dia..
"Gilaa..aku ingt cam dh nk mati,nasib baik aku sempat terajang dia,"kata Yiee tercungap-cungap.
"Tadi masa kau kat tengah aku ingatkan kau saja2 buat magik.Nmpk kau berenang sungguh2 tapi tak bergerak kedepan pon,"balas Mamat.
"Cehh..magik kepala lutut kau..aku dh tertelan air sungai 2-3 baldi dh.nasib baik kaki aku tk sangkut dgn rambut dia,"terang Yiee.

4 comments:

melayuangkat said...

Assalamualaikum,

Memang umum tahu, waktu petang terutama hampir maghrib adalah hantu berkeliaran.

Orang tua-tua dulu dulu tidak benarkan kami keluar rumah waktu nak maghrib.

Pengalaman kamu tentu satu pengajaran yang amat berharga dan baik untuk dikongsi dengan kami semua.

UXOP said...

Waalaikumussalam Makcik,
Setiap sesuatu yg org tua-tua beritahu itu ada kebenarannya kerana ia melalui pengalaman mereka semasa hidup.Kami yg muda2 ni amat memerlukan semua tu supaya hidup tidak menyesal dikemudian hari..Harap Makcik dan mereka2 yg dh lama menjalani hidup ini sentiasa memandu kami sgar jelas hala tuju kami..Terima kasih Makcik.

pink_butterfly said...

uhuhuuu...

takotnyaa...

tu la bdk2 ni, apa yg d larang, benda 2 jgk la yg nak d bwat...


enchek uxop, thanx singgah taman rama2 ya...

UXOP said...

Cik Yann (Cik Pink_Butterfly),
Malunye ber-enchek-enchek ni..
singgah sana tp tgk cam sedih je..
hopes everything fine n undercontrol la ye..

Hantu tu mmg menakutkan.padan muka budak tu suma.
seminggu xleh tido pastu.lps tu gi mandi sungai tengahri je..

Islamic Clock