Dulu aku tak percaya dgn org kata selepas bangun tido kena terus mandi takut2 org tengok pun jelik..tetapi selepas kejadian ini baru aku sedar,mmg kena mandi lepas bangun tido...
ITM Arau,Perlis tahun 1997..tempat: Kolej Kediaman Kempas.Waktu kejadian :4ptg...
Mereka yg terlibat : Buyeng Mat Amin ,aku dan Pakcik Guard..
Selepas balik dari kelas Water & Waste Water Engineering,Mat Amin,aku dan Buyeng terus balik ke kolej utk berehat..jam pukul 3ptg..hemmm..mmg best utk landing atas katil sementara tunggu main bola pukul 6..Masa balik dari kelas tadi dah heboh akan ada spotcheck ujian urine di kampus...dah baring2 atas katil ni,aku pedulik apa dengan spotcheck tu,aku bukan kaki ganja mahupun ubat batuk..baik aku tido..buyeng dan mat amin pun sama..tapi diorang tido lagi awal..letih kena torture dgn En.Khairi barangkali...
Pukul 4.30ptg..aku sudah bangun dan mandi..bilik 3-0-6 aku cuma sebelah dengan bilik air (bilik kami dekat dengan tangga dan bersebelahan bilik air/pantri..jd kalu sesiapa naik ke kolej mesti lalu ikut bilik kami)..1jam ni masa utk study..Mat Amin dan Buyeng belum bangun...Lepas asar baru aku kejut kan diorang...Mat amin bangun tapi tido balik,manakala Buyeng bangun dan dalam keadaan kusut masai (rambut mengerbang,mata kuyu dan merah) dengan baju ke kelas yg berkedut terus nak ke bilik air utk basuh muka...
Selang 3 minit..bunyi riuh rendah..
"Woii..budak..berhenti..kamu hisap dadah ya..."Pakcik guard menjerit..
"Saya tak hisap dadah pakcik..ni nak gi bilik air basuh muka."bunyi suara mcm aku kenal..
Sah...suara Buyeng..
"Aku tak percaya dengan hangpa semua ni..tengok dengan pakaian selekeh,mata merah dan rambut mengerbang ntah apa2 macam ni." Jerkah pakcik guard kat Buyeng (tgh mengigil).
"Sumpah Pakcik.Saya baru bangun tido."Buyeng cuba meng-explain kn keadaan..siapa nak percaya dengan keadaan dia selekeh gila..sah org lain pun ingat dia layan menatang tu..
Aku keluar dari bilik, lepas tu cuba terangkan dekat Pakcik Guard yg member tu baru bangun tido..
"Kamu jgn masuk campur,nnti dgn kamu sekali aku heret ke pejabat pengawal utk urine."Pakcik guard membebel..
"Kamu si kurus lagi selekeh ni,mai ikut aku kepejabat utk urine test."Pakcik guard mengarah.
"Tapi saya belum mandi lagi ,Pakcik."Buyeng mencelah..
"Tak payah mandi..busuk pun takpa,penting buat urine test dulu."beritahu Pakcik guard.
"Uxop,tolong aku sikit."Buyeng merayu.
"Ahh..mu gi buat dulu urine tu..lagipun mu kn takdo hisap menatang tu..takut apa."kata aku.
"Aku bukan apa..malu laa..kena lalu depan siswi-siswi dgn keadaan gini."kata Buyeng
"Nasib mu la tu,sapa suruh tido dengan baju gi kelas."kata aku smbil gelak kuat2..
No comments:
Post a Comment