Aku menikmati teh ais dalam kedai mamak di Pekan Jeniang..Pandangan ku terpaku melihat garis-garis kedut dimuka pakcik tua di seberang jalan..dalam bahang panas begini dia masih gagah berjalan mencari rezeki.Bahan jualan apa yang dikendongnya..apakah dia menjadi gagah sebegitu demi mencari rezeki yang ditentukan..
Dia menghampiri aku...
"Anak boleh cuba Balm Serai Wangi ni..banyak khasiatnya"dia berkata sambil dalam keadaan berdiri..
"Takpa..Pakcik duduk dulu.hilangkan dahaga dulu..boleh cerita sambil-sambil minum air.Arini cuaca panas sungguh" aku mempelawanya..
"Hmm..pakcik dh biasa gini..panas,hujan dh sebati..untung jual ni pun tak banyak..banyak ubat moden sekarang..susah nk lawan ubat moden ni."katanya sambil hirup teh o ais.
"Dh adat meniaga,sikit pun kira untung juga..rezeki sesusah mana pun kena cari."aku tambah sikit2..
"Betul tu..bila hari rezeki murah,ramai yg beli..bila rezeki dh sembunyi sikit mmg payah nak laku."dia seolah bersetuju dgn aku.
"Jika rezeki aritu bersembunyi,macamana pakcik nk mencarinya"duga aku..
"Pakcik tak pernah berputus asa..samada dalam berusaha (jual barang) dan juga berdoa.Tak pernah mengeluh jika pelanggan tak mahu beli..sebab..jika ikhlas menerima untung,kita kena ikhlas menerima rugi." katanya panjang lebar..aku bersetuju dgn dia..
"Ok lah saya ambik balm serai wangi ni satu..minuman tu saya belanja pakcik sbb beri saya satu nasihat yg baik arini."aku terus beri duit kepadanya kemudian bayar harga minuman..nak kena sambung balik kerja di pejabat tapak yg ber-aircond..cuaca masih lagi panas..bagaimana pakcik tadi?untung rugi kah dia arini dalam cuaca begini yg betul2 menguji iman seorang muslim..
No comments:
Post a Comment