Mereka sudah 5 tahun berkenalan..dua tahun bertunang..semua orang sekeliling termasuk keluarga terdekat merasakan pengantin tersebut akan bahagia..begitu juga dengan pengantin perempuan..dia memang menginginkan perkahwinan tersebut kerana sudah lama mengimpikan hidup bersama selamanya dengan lelaki idaman hati..7tahun bersama susah payah dan senang..
Ibarat cuaca panas pagi hingga ke petang..rupa-rupanya tengahari sudah mendung dengan petir berselindung menunggu masa untuk bertindak..
sungguh tak terduga..perhubungan 7tahun itu retak dan putus dalam masa 5hari..si lelaki terlalu mengikut kehendakkan keluarga..perasaan hormat utk isteri semakin hilang dan berkubur..desakan ayahnya membuat si lelaki hilang pertimbangan dalam menilai setiap inci kehidupan dengan isteri..kedayusannya dalam menangani masalah yang timbul di sebelah keluarganya mencabar semangat kejantanan yang berselindungan dengan tindakan jahat yg mengaibkan si isteri..talak 3 bukan mudah diterima oleh isteri..tetapi itulah hakikat bila lelaki dayus yang hanya berani didepan isteri yang lemah tetapi pada masa sama menjadi lembu dicucuk hidung dalam keluarga sehingga buta menilai kebaikkan isteri.
No comments:
Post a Comment