Semalam gi minum ABC di pekan Jeniang..Singgit satu mangkuk..mmm..murah dan sedap..adapun saya(saya bukan baik sgt k) selalu kesana kerana berniat ikhlas nak tolong Pakcik tua (kurang upaya sikit) dan anak lelakinya yg membuka gerai kecil.Di Jeniang ni sebenarnya ada kedai ABC yg sedap tapi kedai tu ada "class" dan ramai org serta mahal sikit (maklumlah sedap tp saya rimas nk gi tmpat class2 ni).Tetapi pakcik ni dia hanya jual laksa,mee sup,ABC dan cendol..Tak pasti samada dia boleh untung atau tidak dgn harga semurah itu..Bagi saya ABC dia lg sedap dari tempat yg "class" td..
Adapom semalam ada 2 mangkok ayun datang nak minum..nak dijadikan cerita semalam ada ramai pelanggan di gerai..saya punya order dh diambil tp dekat 20minit baru dpt ABC..Jadi 2 mangkok ayun tu baru datang 3minit je..baru je duduk kat kerusi selama 3 minit terus marah2 dekat pakcik gerai..
"Apalah gerai ni,org duduk pun takmau amik order..lembap sungguh..tengok kedai depan sana lagi cepat rasanya"brother mangkuk tu bersunggut..
"Kedai sana takde ABC,mana boleh gi sana..Pakcik ni pun satu juga,mari omik order dulu lepas tu nak kisar ais pun boleh..apa laa."Mangkuk sorang lagi bersuara..
Saya dok kat tepi pun dh panas telinga..cuma boleh marah dlm hati je kat mangkuk 2 orng tu..tak reti nak beradab dan kesian kat pakcik gerai ni ke..
Tapi disini saya amat rasa menyampah dengan perangai org yg takleh sabar dan nak tunjuk lagak ni..nasib baik bukan di Kota Bharu je..kalu tidak naya dia ni..haahaa..disebabkan ABC semalam yg diminum lepas kerja tgh panas akhirnya saya demam2 ari ni..
No comments:
Post a Comment