Pengurusan hati (qolbu management) dan minda (mind management) mestilah dengan betul dan tertib.Jika kamu mahukan dunia mesti dengan ilmu.Kamu mahukan akhirat pun mesti dengan ilmu.Kalau kamu mahukan kedua-duanya pun mesti dengan ilmu.Ilmu tanpa amal sia2.amal ilmu tanpa ikhlas akan binasa manusia
Saturday, March 6, 2010
Syukur dengan apa yang saya ada..
Ditengah-tengah suasana ratapan dan kesedihan tentang berita kematian Muhammad S.A.W,tiba-tiba terdengar suara-suara yang mengatakan andainya Muhammad benar-benar seorang nabi dan rasul maka sudah tentunya dia tidak mati..
Mendengar kata2 ini,Saidina Abu Bakar R.A segera membacakan " Sesungguhnya engkau akan mati dan mereka juga akan mati..Adakah kalau dia mati atau terbunuh maka kamu perpaling tadah?."
Mendengar apa yang dibacakan oleh Abu Bakar itu,Saidina Umar R.A lantas menyedari dirinya dan terus berkata,"Betul katamu..Demi Allah, seolah-olah aku tidak pernah mendengar ayat-ayat itu."
Saidina Abu Bakar R.A lantas menerangkan " Siapa yang menyembah Muhammad,maka Muhammad telah meninggal dunia.Siapa yang menyembah Allah maka Allah adalah hidup dan tidak mati."
Ya, Muhammad telah meninggal dunia dan baginda sering menyebut-yebut," Sesungguhnya aku ialah manusia seperti kamu juga diwahyukan kepadaku, bahawa Tuhan kamu ialah Allah Yang Maha Esa."
Syukur kepada Allah yang menganugerahi hambaMu ni satu panduan hidup yang lengkap dan diwahyukan pula kepada hambaMu ini melalui insan yang sungguh mulia..Syukur dengan apa yang saya ada dan segala kekurangan yang ada moga2 Allah dapat menutupnya dengan pintu Taubat..Harta sikit pun takpa,asalkan hambaMu ini dekat dengan Mu..
Labels:
Tazkirah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
syukur bang ux0p ;-)
nice entri :-) ingatan utk muslimin ni.
Adeqqu Lol..
Mekasih..Syukur Alhamdulillah kepada Allah yg memberi rahmat..(ulang 2-3 kali k)..
dh ramai org tak ingat utk apa mereka diciptakan..apa yg mereka nmpak cuma duit,harta,kuasa dan pengaruh..setengah AJK Masjid pun sama..
Post a Comment