Wednesday, March 17, 2010

Catitan Diri 1


Kepada yang menyambut harijadi arini 17 Mac, selamat harijadi..maulud nabi pun dah lepas...seperti biasa nak kena menulis/mengarang kerana rasa boring dan pening2 dengan kerja sikit..bila menulis tenang sikit sbb dapat luahkan apa didalam hati...

Sebenarnya saya pun tak terfikir untuk sampai ke tahap ini..dulu di sekolah, bila cikgu tanya apa cita-cita kamu bila besar esok2, macam budak2 lain juga mesti jawab askar,polis dan cikgu..itulah jawapan tipikal yg selalu bermain di minda..tetapi bila menginjak ke umur 12 tahun selepas PMR, saya sebenarnya lebih berminat utk ke sekolah Agama, malahan saya telah mengusahakan diri menjalani ujian di Sekolah Maahad Muhammadi, tetapi gagal kerana kuota sudah penuh..pernah juga berusaha ke sekolah Pondok, tetapi bila melihat keadaan keluarga yg amat susah yg perlu dibantu, maka telah timbul satu kesedaran utk berusaha ke peringkat yg lebih tinggi..semua ahli keluarga hanya bersekolah sampai SPM sahaja..saya telah di izinkan Allah utk sampai ke peringkat Sarjana Muda..

Alhamdulillah dengan pengalaman kesusahan di zaman lalu telah menjadikan saya seorang yg tidak lupa diri kepada keluarga dan sahabat2..Saya tidaklah pandai sangat, malahan mereka2 yg menganggap saya pandai sebenarnya telah tersilap nilai..yang menjadikan saya begitu cuma sikap rajin ingin tahu dan tanggungjawab sahaja..Sesungguhnya saya sentiasa berharap agar Allah sentiasa menjaga diri ini supaya tidak meninggalkan hambaMu ini samada didalam keadaan susah dan senang..Perkara yang paling ditakuti sekali adalah bila senang hamba telah menjarakkan diri dengan Allah dan dikala susah Allah telah melupakan hambaNya ini kerana sombong dan kedekut diketika senang..

No comments:

Islamic Clock