Monday, May 30, 2011

Cerita Lawak : Aku Malu Dengan Mat LOBO

AKU pelik dan keliru dengan situasi sekarang?Kenapa  muka Mat Lobo menjadi tebal dengan tiba-tiba.whatthehell is going on...dia tak de rasa malu ke?..memang dasar boya darat dia ni..

Waktu kami dalam perjalanan ke B.M ( Bee Emm = Bukit Mertajam) menaiki bas separuh abad ( lupa dah nama kompeni bas ), dia berpakaian segak seluar jeans  (haramjadah ingat Jeans tu mahal la jenama LEE,tapi bila pandang dekat brand jeans tu BEE ,memang sah jeans secondhand mana yang dia balas) dan kemeja pahtu dia tie-in kan.Kira nampak cam smart aaa....err..duit dalam kocek cukup tambang bas gi kelik dan makan tengahari saja..

Dulu dari ITM permatang pasiaq (pasir) ke BM adalah dalam kira-kira 40 minit..Bukan apa sebab bas henti-henti je..kalu naik moto dalam 25 minit..

Bila sampai di BM, kami pun ronda-ronda sekitar pekan (dulu zaman 1996),nak tengok LCD dan wayang tak cukup duit..Jadi ronda-ronda supermarket jelah..Dulu hanya ada supermarket Looking Good dan kedai-kedai dekat stesen keretapi.Toto pun ada masa tu..

Bila dah penat, kami pun try cari tempat nak makan roti canai dan teh tarik ( cuma tu bajet termampu buat masa tu, pakaian nampak la standard tapi bab2 duit makan memang poor.sebab tu wujud piawaian Standard and Poor kat dunia ni).

Tetiba terpandang warung tepi jalan sebelah Looking Good..Mat Lobo ajak gi minum situ.Dia nampak dan bersetuju dengan pandangan kaburnya bahawa itu kedai mamak..halal la tu maksudnya..

Kami pun pi la..bermuka selamba dek. Was-was telah bersarang di hati..tak nampak orang melayu pun masuk disitu..tapi disebabkan yakin dengan pandangan Mat Lobo ,kami pun duduk..amik tempat duduk menghadap meja tempat mamak tu tebar roti canai.Ramai orang melayu termasuk awek-awek melayu tengok kami duduk dalam kedai tu.Tengok mereka semua senyum meleret.sindir ka apa.kami tak peduli sebab ni duit kami maaa...

Budak dia datang amik order..kami pesan roti canai kosong sorang satu dan teh tarik..selesai amik oder budak tu pun menjerit kat tokey dia...bahasa tu memang pernah dengar..bunyinya agak-agak la,lebih kurang Padyyapa punya cerita..apa kes..cer citer..tak logik juga dengan pandangan Mat Lobo tadi..ni kedai makan India..belum pun mendapatkan bukti yang sahih, tiba-tiba kami terlihat pembuat roti canai tadi berkelakuan bagus punya..lipat kain cawat dan gosok betis pastu uli tepung dan tebar ruttiii canaii tanpa basuh tangan..direct tanpa pause dulu untuk basuh tangan..non-stop amik minyak untuk di lerek kat tepung siap gentel misai cantik dan baik punyerr..

Muka Mat Lobo berubah..semakin tebal kulit muka,setebal-tebal muka dia nak mengorat pompuan,tapi ari ni dah tak leh tahan lagi..kami terus buat-buat nak pergi ke jamban..sorang-sorang..pastu kami pun lari jauh-jauh membawa perut keroncong kriukkk-kriukkk bersama hati bebal dan malu besar..

Kata Mat lobo : Perempuan tak nak layan ayat-ayat mengurat aku boleh tahan  lagi, tapi salah masuk kedai makan India ni aku tak leh gi..jatuh standard aku (padahal seluar dia pun low standard jugak..hahaahaa)

Pastu kami memang dah cukup kenal warung tepi jalan tu.kalu lalu depan warung tu,kami akan berjogging supaya cepat melintasi..mana tau nnti diorang panggil bayar teh tarik dan roti canai dulu...kami agak2 je lah..
_____________________________________________________________________________
Perjalanan hidup menjadi perit bila kita buntu dalam menyelesaikan masalah..kita menjadi semakin takut bila tidak tahu apakah masalah sebenarnya yang menimbulkan keperitan ..sebenarnya jalan penyelesaian sentiasa wujud di sekeliling kita ( Allah sembunyikannya daripada kita supaya kita ingat kepada Dia),apa yang perlu cuma cari dan mohon petunjuk..penyelesaian akan datang dalam pelbagai cara, usaha dulu,kalau berjaya Alhamdulillah,kalau gagal cuba lagi (walaupun gagal 1000 kali, cuba dan cuba dan cuba..)

Saturday, May 28, 2011

Pesanan Berguna Dari Imam Al-syahid Hassan Al-Banna & Catitan tentang jihad



Wasiat Tinggalan Imam Hassan Al-Banna Untuk Dijadikan Pedoman Bagi Yang Berakal

1. Tatkala mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walaubagaimana keadaan kita
sekalipun. 

2. Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-majlis ilmu, dan amalkanlah
zikrullah dan janganlah membuang masa dalam
perkara yang tiada memberi faedah.

3. Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab Fushah kerana bahasa Arab yang betul itu adalah
syiar Islam. 

4. Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada
memberi apa-apa jua kebaikan pun. 

5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi
tenteram. 

6. Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan
bersungguh-sungguh dalam setiap perkara. 

7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan
yang nyaring itu adalah suatu perbuatan yang sia-sia malah menyakiti hati orang. 

8. Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan
janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan. 

9. Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslim yang ditemui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenal kenalan dan berkasih-sayang. 

10. Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa
dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.


---------------------------------------------------
Catitan ringkas dari Catitan Diari Muslim.

"Perangilah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah s.w.t dan kepada hari akhirat,mereka tidak mengharamkan apa yang telah diharamkan Allah s.w.t dan Rasul-Nya,juga tidak mengakui agama yang benar,walaupun mereka itu Ahlul-kitab,sehinggalah mereka membayar jizyah, sebagai tanda penyerahan diri,dan mereka merasa kecil (terhina kerana kalah)"
(At-Taubah : 29)

Betapa seriusnya nas al-Quran tentang Jihad menghapuskan orang yang tidak beriman kepada Allah dan juga kepada hari akhirat.Jihad bukan perkara yang remeh-temeh (yang dipandang sampingan setengah mereka yang tak berakal) yang hanya tertakluk mengikut suasana tertentu dan hanya terhad kepada persoalan mempertahankan (dan menjaga keamanan) negara sahaja.

Kena faham betul-betul ni..orang yang mencari jalan berdasarkan (bersandarkan) arah pejuangan dan jihad bertujuan mempertahankan tanah air Islam atau parti atau perkauman (contohnya), sebenarnya telah menutup mata terhadap persoalan meteodologi dan menganggap kaedah (meteodologi dan akidah) itu kurang penting berbanding dengan "tanah air" dan nilai kepartian itu sendiri.Pandangan masalah-masalah ini merupakan satu yang baru dan asing daripada jiwa Islam itu sendiri.Nilai yang ada pada tanah air  itu tidak berharga walau sejengkal pun jika ia bukan tempat manusia yang berakidah,tiada kaedah amalan Islam (persemaian benih Islam) dan tidak menjadi satu tempat perlaksanaan Islam.

"Yang menjadi satu-satu pertimbangan bagi jiwa Islam adalah akidah dan meteodologi yang tercermin didalamnya masyarakat Islam dimana kaedah tersebut dipraktikkan"

Sebab itu para mujahid "fi sabilillah" mereka berjuang hanya dengan sebab ini sahaja ; Tuhan telah mengutuskan kami untuk membebaskan sesiapa sahaja yang memperhambakan manusia agar menjadi Hamba Allah s.w.t. Membebaskan manusia dari kesempitan dunia kepada kelapangannya.Daripada ketidakadilan agama-agama lain kepada keadilan Islam, lalu Allah menghantar Rasul-Nya dengan agama-Nya kepada seluruh makhluk-Nya.Sesiapa yang menerima agama ini, maka ia akan kami terima dan akan kami tinggalkannya dengan tanahnya ( termasuk dengan akidah Islam).Siapa yang enggan akan diperangi sehingga kami masuk syurga Allah atau memperoleh kemenangan.

Keadaan sekarang ini membuatkan saya takut dengan kebanyakkan orang yang mengaku Islam tetapi kurang memahami perjalanan maksud jihad dan dakwah Islam yang dibuat oleh Rasulullah s.a.w dan para sahabat-sahabat dan juga pejuang Islam yang terdahulu..Perjalanan jihad itu sendiri mesti serentak dengan dakwah bila ia berkaitan dengan penegakkan akidah Islam dan susunan dakwah itu mesti diutamakan dahulu sebelum jihad supaya manusia lain berpeluang memilih jalan/ hidup sebagai hamba Allah..tak lebih dari itu..

Wassalam

Friday, May 27, 2011

Buntu Dengan PAS: Kelemahan pentadbiran negeri dan perjuangan Islam yang perlu dipertingkatkan

Nampak gaya nya sudah terserlah beberapa kelemahan ( timbul akibat daripada sifat terlalu lembut ) pentadbiran kerajaan negeri kelantan dan juga kedah.Kedua-dua negeri ini di tadbir PAS..

Pertamanya dinegeri kelantan beberapa isu belum terjawap (atau sengaja mengunci mulut sebab lemah atau dah silap tapi takleh buat turning back)..Antara isu yang berlegar-legar di blok puak UMNGOK adalah ;-

a)...Isu tanah di Kubang Kerian

Isu tanah yang diperolehi oleh cina-cina..(samada semasa UMNGOK memerintah dan juga semasa PAS memerintah dan mungkin juga sebab dulu cina-cina ni dekat dengan bekas sultanah kelantan)..namun tiada apa-apa tindakan / pernyataan yang dikeluarkan kerajaan negeri yang mungkin takut kaum cina membuat gelombang balas undi kepada UMNO..Lebih baik diam kan daripada kita hilang undi..macam ni kita sama saja dengan UMNO...Melayu sudah hilang telur ke?nak tegur keras dengan cina pun takut,malahan teruk lagi dok ikut (layan angin ) kehendak mereka..ni betul-betul bengong...jika takut kepada kaum kafir (DAP dll),jangan kita nak bercerita tentang jihad..memalukan betul..

b)..Pembinaan Tokong-tokong siam / kuil hindu walaupun kaum-kaum tersebut adalah minoriti.

Perlu sangat-sangat ke bina banyak tokong dan kuil (berhala semua ni) terbesar semata-mata untuk raih undi kaum minoriti?Di mana asas perjuangan Islam sebenarnya.Apa yang rasionalnya kita berlembut dengan permintaan mereka?.Jika takut kehilangan undi minoriti, tak takut kah kita bila berhadapan dengan Allah bila tiba masa  dihadapanNya kelak di mana ketika itu Allah menanyakan kita" Kenapa kamu bantu orang kafir bina berhala mereka?".

Mungkin juga saya amat lemah ataupun dungu dalam pengetahuan bab-bab agama Islam sehinggakan saya pun tidak pernah terbaca sejarah tentang bantuan orang Islam (pemerintah di zaman kegemilangan tamadun Islam termasuklah zaman Rasulullah dan para sahabat baginda) kepada orang bukan Islam terhadap pembinaan tempat ibadah kaum lain..Mudah-mudahan jika ada bukti-bukti sedemikian, berharap benar semoga Allah menemukan saya dengan bukti itu agar saya tidak keliru dengan tindakan sedemikian.

Islam memang ada menyuruh berbuat baik kepada semua manusia tanpa mengira agama dan bangsa, tapi itu dalam soal kebajikan dan kemasyarakatan demi keselamatan dan keharmonian setempat dan negara.Tetapi dalam soal membantu bina tempat ibadah mereka ini adakah ia dibenarkan?atau ini salah satu bida'ah ( mungkin sudah ada amalan wahhabi dalam gerakan perjuangan PAS..kalau betul memang ini menakutkan)

c)..Permasalahan rakyat dan tindakan segera dari pihak PBT dan anak syarikat yang diurus Kerajaan negeri

Betul..mana-mana negeri pun akan mengalami masalah yang sama..jika ikut cara dia maka kita pun sama lah..apa beza nya kita dengan dia..kosong kosong lah kawapan nya..masalah bekalan air bersih, kebersihan bandar dan amalan-amalan kerja tak bersungguh yang menampakkan ciri kelemahan tadbir urus sikap petugas dalam melaksanakan keazaman melahirkan sebuah negeri bercirikan Islam.Maka wujudlah negeri Islam yang tak menyeluruh..di satu pihak nampak mengamalkan Islam,maka disatu pihak lagi mengamalkan Islam secara main-main..Pemimpin negeri perlu tegas dalam soal ini..tiada kompromi bila ia melibatkan duit rakyat ( akan ditanya Allah esok-esok ni)..

Adapun di Kedah ni pun ada beberapa perkara yang melibatkan permasalahan rakyat dan juga sikap segelintir mereka yang kononnya bagus dalam mentadbir anak syarikat dibawah Kerajaan negeri..sikap mereka ni sama dengan sikap kerajaan pembangkang dulu (UMNO)..dok ikut cara mereka lagi walaupun CEO dan pengurusan sudah ditukar kepada puak-puak penyokong parti PAS..Duit kerajaan yang sepatutnya disalurkan kepada menguruskan utiliti untuk rakyat di joli sewenang-wenangnya atas dasar kerja walhal pergi niatnya yang besar untuk makan angin.Lawatan pemeriksaan pemasangan pam di luar negara cuma sehari dua,lain-lain tu pi berseronok sampai 5-6 hari..elok lah tu.Bazirkan duit rakyat..

Saya sendiri pun buntu memikirnya..macamana sebuah pergerakan parti yang ingin membina kekuatan Islam itu sendiri lemah dalam menilai tindakan segelintir orang mereka.Lemah atau takut untuk menegur orang2 mereka?Bagi orang yang takutkan Allah ( azab neraka mmg dashyat),mereka akan bertegas dalam perkara-perkara yang amal makruf nahi mungkar dan juga dalam tadbir urus sahsiah yang telah di amanahkan..Kalu tak mampu, berusahalah sikit-sikit..jangan buat-buat tak dengar/lihat atau tak tahu pula..

Perkara melibatkan duit dan amanah rakyat perlu diutamakan dan dijaga melebihi kepentingan diri kita..Solat lah banyak mana pun kalu kita tidak menjaga amanah dalam diri sehingga menimbulkan keadaan rakyat terasa dizalimi dan dikhianati maka tunggu lah azabnya..kalu sempat bertaubat takpe..kalu tak sempat!!nasib le..


Setelah meneliti beberapa perkara ini, saya berasa kecewa dengan kelemahan mentadbir negeri oleh PAS.Walaupun ada banyak kemajuan dalam beberapa hal kewangan Islam dan kebajikan penduduk yang diberi tumpuan yang sememangnya itu lah tugasan yang perlu dijunjung oleh para pemimpin Islam ....Apapun ini adalah luahan saya..Jika apa yang dituliskan ini  adalah dari kekurangan saya dalam meneliti dasar perjuangan PAS, maka tegurlah..Jangan jadikan kita sama seperti UMNO..kita perlu berbeza dengan mereka bukan setakat kata-kata atas dasar perjuangan Islam,mesti buktikan melalui tindakan/perlaksanaan yang betul dan lurus mengikut Islam..

Beza benar  cara tadbir urus kita  dengan cara para sahabat-sahabat Rasulullah dan juga pejuang-pejuang /pemimpin Islam yang berusaha memartabatkan Islam dimata dunia..Pemimpin politik dan kerajaan sekarang ni banyak yang buta hati sebab harta dan pangkat..

Thursday, May 26, 2011

Bugatti Venom and fastest car

Bugatti Venom 2011 - concept model after Veyron (fastest car in the world to date)

Porsche police car

Top 5 fastest car in the world :-
1 ..bugatti veyron
2..ssc ultimate aero
3..saleen s7 twin -turbo
4..koenigsegg ccx
5..mclaren f1

Monday, May 23, 2011

Kisah Hidup Tok Kenali - Kesulitan yang disusuli kejayaan dalam menuntut ilmu



Sebagai seorang pelajar, Tok Kenali telah menaruh cita-cita yang kuat untuk melanjutkan pelajaran ke Mekah. Pada tahun 1887M (1305H). Menjelang umurnya kira-kira 18 tahun, Tok Kenali menjejak Tanah Suci Mekah untuk meninggikan pelajaran agamanya di samping menunaikan rukun islam yang kelima, ibadat Haji iaitu sesudah enam bulan mengalami kesusahan di Lautan Hindi disebabkan kerosakan kapal yang ditumpanginya.
Pemergian Tok Kenali ke Tanah Suci Melah adalah semata-mata atas bantuan daripada sahabat dan kenalan beliau di Kota Bharu yang berjumlah kira-kira RM50.00 dan sumbangan daripada ibunya cuma berjumlah RM22.00. Kesukaran yang di hadapi Tok Kenali di rantau orang tidak dapat digambarkan lagi. Hampir tujuh bulan beliau di sana tanpa tempat kediaman yang tetap. Semasa itu beliau menginap di serambi Masjidil Haram, Mekah, dan hanya dapat tidur serta berehat-rehat bila menjelang sesuku malam disebabkan Masjidil Haram merupakan pusat ibadat tawaf, sa’i, sembayang dan sebagainya.
Pakaiannya sederhana, begitu juga tentang pemilihan makanannya untuk menampung kekosongan di waktu pagi dan petang. Memandangkan kedudukan ini, beliau pernah ditugaskan menjadi tukang masak sementara dalam sesuatu perkelahan atau antara kawan-kawannya di wadi-wadi (lembahan) dan di pinggir-pinggir bukit-bukit nan tandus.

Sebelum beliau keluar negeri dahulu, beliau telahpun mempunyai pengetahuan-pengetahuan asas dalam pelajaran-pelajaran yang telah dipelajari ketika itu . Beliau telah pun menguasai pengetahuan bahasa arab (Nahu dan Sarafnya) bagi mengikuti setiap segi jurusan pengetahuan agama di masa itu. Perkara-perkara ini adalah melayakkan Tuk Kenali untuk menerima dan mengikuti pelajaran-pelajarannya yang sedang berkembang dewasa ini di Tanah Suci Makkah.
Tuk Kenali terpaksa belajar mendengar sahaja tanpa kitab. Di samping itu juga beliau terpaksa membaca di kedai-kedai kitab dengan meminta izin tuan-tuan kedai itu untuk membaca dan menatap kitab-kitab jualannya dalam tempoh yang agak lama dengan cara yang cermat sekali. Kitab-kitab Wakaf yang ada dalam simpanan di Masjid Al-Haram juga dipergunakan untuk memahami kuliah-kuliah gurunya . Selain itu, Tuk Kenali terpaksa pula meminjam kitab-kitab gurunya sendiri. Kerana kemiskinanlah agaknya , membawa Tuk Kenali mengharungi lautan ilmu dan kemajuan melebihi kawan-kawannya yang lain.
Jelaslah bahawa Tuk Kenali banyak sekali membaca dan menatap kitab-kitab buah tangan ulamak dan para failasuf islam yang telah dan sedang tersebar di dunia islam dewasa itu. Beliau juga mempunyai sifat suka bertanya dan mengkaji pelajarannya sebelum pelajaran itu di ajar oleh gurunya dengan mengadakan perbandingan-perbandingan sendiri dan pergalaman sendiri. Banyak membaca dan banyak membuat kajian adalah merupakan faktor-faktor besar dalam perkembangan ilmu seseorang pelajar atau siswa.

Sunday, May 22, 2011

Al-Fatihah untuk Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa

Al-Fatihah untuk adik-adik yang terlibat di kejadian tanah runtuh Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Batu 14, Hulu Langat, Kajang, Selangor.Semoga Allah meletakkan mereka yang terkorban ditempat bersama roh-roh orang yang dirahmat dan dikasihi Allah..


Walau apa pun yang terjadi, ini adalah ketentuan dari Allah..hikmah dan pengajaran yang datang selari dengan kejadian ini patut disematkan dengan rasa bukti bahawa Allah itu Maha Adil..Allah itu tidak zalim.Allah lebih mengetahui makna dan apa yang telah ditentukanNya..Dengan sifatNya yang Maha Pengampun maka Dia memang mengasihi manusia yang disukaiNya supaya ditempatkan di syurga..
"Tiada tuhan yang disembah melainkan Allah"..Allahu Akbar




Di negeri ambo akan di adakan PESTA WAU ANTARABANGSA KE 29 pada 2-6 Jun 2011...selamat ke negeri Kelantan..beriadah sambil mengenali Islam..Insya Allah..mudah-mudahan kita mendapat hidayah dariNya..

Saturday, May 21, 2011

Perjuangan Islam oleh Imam al-Syahid Hassan al- Banna



Hassan al Banna (14 Oktober 1906 - pada petang 12 Februari1949Arab:حسن البنا) merupakan reformis sosial dan politik Mesir yang terkenal sebagai pengasas gerakan Jamiat al-Ikhwan al-Muslimun.


Dia sungguh kecewa dengan apa yang dilihatnya sebagai kegagalan sarjana Islam di Universiti al-Azhar untuk menyuarakan bangkangan mereka dengan peningkatan atheism dan pengaruh pendakwah Kristian. (Mitchell 1969, 5)


Imam Hassan al-Banna adalah pemimpin yang bijak mengatur organisasi. Ikhwan Muslimin disusun dalam tiga peringkat iaitu, 
- memperkenalkan Ikhwan dan menyebarkan dakwah asas melalui ceramah serta kegiatan kebajikan. 
- Kemudian membentuk keperibadian anggota agar bersedia menjalani jihad 
- seterusnya melaksanakan cita-cita perjuangan Islam dengan tegas. 

Ikhwan Muslimin berjaya menjadi sebuah gerakan yang menggegarkan Mesir terutama selepas perang dunia kedua apabila gerakan itu turut bertanding di dalam perebutan kuasa politik.
Pengaruh Ikhwan yang kian kuat amat dikhuatiri oleh kerajaan Mesir yang diketuai oleh al-Nukrasi Bassa dari parti al-Sa'di yang bertindak mengharamkan Ikhwan Muslimin pada 1948 atas tuduhan merancang satu pemberontakan untuk menjatuhkan kerajaan. Sungguhpun begitu Hassan al-Banna tidak ditahan dan beliau cuba sedaya upaya menyelamatkan Ikhwan. Malangnya usaha beliau belum berhasil sehinggalah ditembak pada waktu Zohor 12 Februari 1949, ketika keluar dari bangunan Ikhwan Muslimin. Beliau menghembuskan nafas terakhir di hospital dan pembunuhan beliau didakwa dirancang oleh polis rahsia kerajaan berikutan kematian perdana menteri yang dibunuh oleh seorang pelajar yang kecewa dengan pembubaran Ikhwan Muslimin.
Jenazah al-Imam Hassan Al-Banna telah dikebumikan dengan kawalan kereta-kereta kebal dan perisai. Orang ramai tidak dibenarkan menghadiri upacara pengebumiannya, yang hadir hanya keluarganya sendiri.

Jadi kita di Malaysia harus memahami lebih mengenai keadaan negara kita..betul ka kita berada di landasan sebuah negara Islam ni...kalu PM kita sendiri melabelkan Ikwanul Muslimin itu extreme / extremist maka dalam minda saya (tuan-puan tak perlu ikut saya) bahawa dia meremehkan perjuangan dakwah Islam..malahan kata-kata Syeikh Sudais bahawa Malaysia sebuah negara Islam terbaik pun saya tak heran (nk heran apa dengan UMNO ni)..bukan Syeikh Sudais yang perintah Malaysia pun..

1 dari 10 wasiat Imam Hassan al Banna ;-


"Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, 
pergilah ke majlis-majlis ilmu, dan amalkanlah 
zikrullah dan janganlah membuang masa dalam 
perkara yang tiada memberi faedah."

Thursday, May 19, 2011

Water For Elephants, Kongsi Atau Fast & Furious 5??

Banyak sungguh cerita sedap2 kat sinema..sampai tak tau nak gi tengok cerita mana satu..pening-pening..tunggu dvd lanun je lah..haha..




















''''''''''''''''''''''FAST AND FURIOUS 5'''''''''''''''

Kebanyakkan kereta yang digunakan dalam fast and furious 5 ni adalah buatan amerika dan eropah..kereta Japan ada 2-3 biji..toyota supra that was driven by Rico..kemudian Nissan Skyline GTR 1972 dan 370z (fairlady) driven by O' Conner.Subaru Impreza 2010 pun ada 1 yang dikemudikan oleh O' Conner.lain-lain tu banyak Dogde dan juga buatan Ford termasuk 1966 GT40 driven by Mia Toretto..

The most best appearance adalah 1966 Chevy Corvette Grand Sport yang dikemudikan oleh Dominic Toretto..The most classic car adalah 1963 Ford Galaxie yang dikemudikan oleh Tej..



















''''''wATER FOR ELEPHANT'''''
cerita biasa je..berkisar kepada kisah doktor ( penjaga haiwan la kot) haiwan yang jatuh cinta dengan bini tokey sarkas tu..biasalah bila dia pandai ambik hati haiwan peliharaan (gajah) maka bini tokey dia pun jatuh hati..bahaya..bahaya..

'''''''''''Kongsi""""""""""
Tak tengok lagi...tapi cerita eksyen yang lawok..pembunuh upahan dari Thailand datang ke Malaysia utk melaksanakan misinya yang berdepan dengan pelbagai halangan termasuk dari member sekampungnya yang jadi pegawai polis..pelik..pelik..camna dia boleh jadi polis Malaysia pulak ni...IC merah ke biru dia ni..hahaa..(sori le sbb saya blom nengok nye)

Saya suka tengok eksyen..kereta..lain-lain tu terpulang pada hati..sexy act mesti ada punya..

Sekian dari :
Catitan Diari Muslim ; freshworkshop.blogspot.com
Fast and Furious 1,2,3,4,5, Cars,Subaru,Honda,Ford,Ducati,Dodge,Elephant,Robert Pattinson,Kongsi,Suhaizy Sam




Wednesday, May 18, 2011

Panasonic DMC-G3 – mirrorless camera 3rd Generation

DMC-G3 – mirrorless camera 3rd Generation

Panasonic has announced the DMC-G3 - the beginning of the third generation of its Micro Four Thirds system. In many respects it carefully blends the best bits of the likeable GF2 (size and touch-screen interface) and GH2 (electronic viewfinder and focus speed), and wraps them around an all-new 16MP sensor. The G3 is very compact and extensively touch-screen driven but, from our perspective, the biggest news is that it's the first mainstream Micro Four Thirds model to use a sensor other than the 12MP unit used in Panasonic's previous G and GF series cameras and all Olympus's PENs. 'So how does the new chip perform?' you might reasonably ask. Well, you can see for yourself by having a look at our standard camera comparison or our gallery of real-world shots taken at a range of ISO settings. We'll be investigating the camera in more depth in the coming weeks and will produce a full review as soon as we can.



 Sekian dari :-

Catitan diari muslim ; freshworkshop.blogspot.com
Camera,DSLR,compact,Panasonic,Canon,Nikon,Sony


Saturday, May 14, 2011

Biru akan mengaum di jalan raya (Honda Civic EK,EJ,B16,Blue Supersonic)


Alhamdulillah..dari EJ 7 dah jadi EK9..enjin je yg tak puas hati..tunggu nak dapatkan B16B atau C dakpun A jadilah..hampeh betul dari ada Vtec dah takde Vtec..pomen yang mengarut...kalu tak reti nak buat bagitau la awal-awal..tak menyusahkan orang beribu-riban abis..memang masalah pomen ni selalu bila tanya you boleh buat ke? tak dan 0.005 saat setangkas Space Cop Gaban dia jawab..bolehhhh..bolehh..kita boleh punya..last-last bila tak jadi dia salahkan enjin tak cukup bagus..padahal dia yang reti nak repair..waakaakaa..


Apapun syukur Alhamdulillah..syukur dengan apa yang ada..tak payah nak beli kereta baru..bukan apa takmau nanti kita jadi terlalu bergantung kepada bank yang lintah darah..kalu nak beli rumah tu kira bagus untuk investment..perbelanjaan kena di kawal..kalu nak beli atau nak buat sesuatu benda tu kita (kami yang miskin dan tak cukup bajet) akan kumpul sikit-sikit dari awal tahun..bila dah akhir tahun duit dah cukup maka dapatlah apa yang kita hajati..jangan keluarkan duit gaji sekaligus dalam sebulan..naya nanti..megi tiap2 ari la jawabnya..waakaaka




Honda Civic EK,EJ,B16A,Blue Supersonic.....




Monday, May 9, 2011

Berjuang untuk Islam tapi tiada sifat amanah terhadap Allah dan rasul

Erti  amanah ni adalah amat besar dalam Islam kerana ia meliputi  harga nilai kepercayaan seseorang terhadap diri kita dengan melaksanakan tuntutan yang terdapat dalam kepercayaan itu. Amanah  erti kata lain ialah tanggungjawab yang diterima oleh seseorang yang kepada kita yang diberikan kepercayaan bahawa ia (tugas dan kerja) dapat melaksanakannya sebagaimana yang dituntut, tanpa mengabaikannya. Apabila tanggungjawab itu ditunaikan dan kepercayaan yang diberikan itu dihargai, maka orang yang menerima dan melaksanakannya mendapati dirinya tenteram, aman, selamat dan harmoni. Amanah meliputi pelbagai lapangan, antaranya :

1. Amanah Terhadap Allah Dan Rasul

2. Amanah Terhadap Diri Sendiri

3. Amanah Terhadap Masyarakat Dan Perkhidmatan

Saya sebagai hamba Allah yang kurang tinggi ilmu pengajian Islam sendiri merasa malu dengan keadaan mereka yang menggelarkan dirinya dan geng2 mereka sebagai pejuang Islam yang mendukung kepada pelaksanaan cara hidup Islam, walhal mereka sendiri tiada sifat amanah terhadap agama mereka sendiri..

Kalau kita kata kita ni bagus ( sifat pembohong bagi mereka yang tak amanah ) dalam menjaga agama Islam, kita mesti tahu apakah tugas dan amanah sebenar kita terhadap agama Islam..Tak payah cakap la yang negara kita ni cukup ciri-ciri Islamik nya kalau kita sendiri bengong dalam memahami apa yang telah Allah dan RasulNya amanah kan kepada kita di dunia yang sementara ni..Bagi saya mereka yang takda sifat amanah dalam dirinya adalah golongan yang hipokrit semata-mata..keluar lah banyak mana cerita pun kita pergi haji dan umrah,cintakan Islam sampai banjir air liurnya hehhh, derma sana-sini, dan berjaya menjalankan dasar dan ciri Islam dalam pentadbiran, tapi hakikatnya dalam menunaikan tanggungjawab kepada Allah dan RasulNya  kita gagal hayati dan laksanakan.

Layak kah kita mengisytiharkan diri kita ni sebagai Muslim sejati bila tiada sifat amanah terhadap Allah dan Rasul dalam hati dan minda kita?...Umno..Umno...relevan lagi kah mereka untuk berjuang kepada Islam..untuk melayu tu sudah tentu lah sebab nama melayu ada tercatit dalam pertubuhan mereka..tu pun tetap songlap dalam menjalankan utk jaga amanah kepada orang melayu dengan betul...

Nak marah kat kami pun apa boleh buat..memang bila dah takda sifat amanah dalam diri ni macamana nak jaga kebajikan kami..kalu ada pun sebab ada udang sebalik batu..lepas dah dapat lempar batu sembunyi tangan..poket dah penuh..hati dan senang..bila dapat susah terus sebar fitnah kata orang lain tak bagus..,walhal diri sendiri yang bengong dan memang istilah melayu mudah lupa ni patut lekat kat diorang termasuk yang cipta kata-kata tu.( err..melayu ke dia tu?..kena tunjuk sijil beranak juga ni bila orang tak percaya..hehe)

Sekian :
Catitan Diari Muslim,fresh workshop

Saturday, May 7, 2011

Top ten Flat monitor for 2011 for me to survey

 Kerja sekarang ni kene gi survey utk flat monitor baru..monitor old fashion yang site office punya sudah padam dan perlu dibungkus macam nasi lemak kat sekolah yang diorang duk heboh tu..tapi malas nak kuar ke SP atau alor setar..jauh juga..sejam dari sini..adoii..











                    
   
LG W2486L HP 2509m Samsung P2370






LG W2486L HP 2509m Samsung P2370
Overall Rating Excellent Excellent Excellent Excellent Excellent Excellent Excellent Excellent Excellent Excellent
Ratings
Features Excellent Excellent Excellent Excellent Excellent Excellent Excellent Excellent Excellent Excellent
Expert Reviews Very Good Excellent Very Good Good Good Excellent Very Good Good Very Good Very Good
User Reviews Very Good Excellent Very Good Very Good Excellent Good Very Good Excellent Very Good Very Good
View Specifications Go! Go! Go! Go! Go! Go! Go! Go! Go! Go!
Features
Resolution 1920 x 1080 1920 x 1080 1920 x 1080 1920 x 1080 1680 x 1050 1920 x 1200 1920 x 1080 / 60 Hz 1920 x 1080 1920 x 1080 1680 x 1050
Brightness 250 cd/m2 300 cd/m2 250 cd/m2 300 cd/m2 250 cd/m2 400 cd/m2 300 cd/m2 300 cd/m2 300 cd/m2 250 cd/m2
Contrast Ratio 2000000:1 60000:1 50000:1 20000:1 2000000:1 1000:1 1000:1 10000:1 10000:1 1000:1
Response Time 2 ms 5 ms 2 ms 5 ms 5 ms 5 ms 5 ms 5 ms 5 ms 5 ms
Dot Pitch 0.28 mm 0.29 mm 0.27 mm .25 mm 0.28 mm 0.27 mm 0.27 mm 0.25 mm 0.25 mm 0.28 mm
Signal Input HDMI, DVI-D, VGA HDMI, DVI-D, VGA, HDCP DVI-I, VGA DVI-D, HDMI HDMI, DVI-D, VGA DVI-D VGA, HDMI VGA DVI-D, HDMI DVI-D
Aspect Ratio 16:9 16:9 16:9 16:9 16:10 16:10 16:9 16:9 16:9 16:10
Depth 7.8 in 7.9 in 7.5 in 13.0 in 3.3 in 10.7 in 7.6 in 6.7 in 8.6 in 8.7 in
Display Type LED LCD LCD LCD LED LCD LCD LCD LCD LCD
Height 17.4 in 17.2 in 16.7 in 8.7 in 16.8 in 17.2 in 16.3 in 15.1 in 16.4 in 15 in
Power Consumption 28 Watt 50 Watt 30 Watt 55 Watt 50 Watt 71 Watt 50 Watt 50 Watt 50 Watt 59 Watt
Size 24 in 25 in 23 in 21.5 in 22 in 24 in. 23 in 21.5 in 23 in 22 in
Vertical Viewing Angle 160 160 160 160 160 160 160 160 160 85
Horizontal Viewing Angle 170 160 170 170 170 170 160 170 170 88
Warranty 1 Year 1 Year 1 Year 1 Year 1 Year 3 Years 1 Year 1 Year 1 Year 3 Years
Weight 9.7 lbs 15.5 lbs 9 lbs 10.8 lbs 9 lbs 23.1 lbs 13.2 lbs 12.6 lbs 13.4 lbs 17.4 lbs
Width 22.7 in 24.3 in 22.5 in 20.3 in 19.3 in 22 in 22.2 in 21.7 in 22.0 in 20 in




Islamic Clock