Saturday, May 28, 2011

Pesanan Berguna Dari Imam Al-syahid Hassan Al-Banna & Catitan tentang jihad



Wasiat Tinggalan Imam Hassan Al-Banna Untuk Dijadikan Pedoman Bagi Yang Berakal

1. Tatkala mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walaubagaimana keadaan kita
sekalipun. 

2. Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-majlis ilmu, dan amalkanlah
zikrullah dan janganlah membuang masa dalam
perkara yang tiada memberi faedah.

3. Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab Fushah kerana bahasa Arab yang betul itu adalah
syiar Islam. 

4. Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada
memberi apa-apa jua kebaikan pun. 

5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi
tenteram. 

6. Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan
bersungguh-sungguh dalam setiap perkara. 

7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan
yang nyaring itu adalah suatu perbuatan yang sia-sia malah menyakiti hati orang. 

8. Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan
janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan. 

9. Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslim yang ditemui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenal kenalan dan berkasih-sayang. 

10. Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa
dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.


---------------------------------------------------
Catitan ringkas dari Catitan Diari Muslim.

"Perangilah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah s.w.t dan kepada hari akhirat,mereka tidak mengharamkan apa yang telah diharamkan Allah s.w.t dan Rasul-Nya,juga tidak mengakui agama yang benar,walaupun mereka itu Ahlul-kitab,sehinggalah mereka membayar jizyah, sebagai tanda penyerahan diri,dan mereka merasa kecil (terhina kerana kalah)"
(At-Taubah : 29)

Betapa seriusnya nas al-Quran tentang Jihad menghapuskan orang yang tidak beriman kepada Allah dan juga kepada hari akhirat.Jihad bukan perkara yang remeh-temeh (yang dipandang sampingan setengah mereka yang tak berakal) yang hanya tertakluk mengikut suasana tertentu dan hanya terhad kepada persoalan mempertahankan (dan menjaga keamanan) negara sahaja.

Kena faham betul-betul ni..orang yang mencari jalan berdasarkan (bersandarkan) arah pejuangan dan jihad bertujuan mempertahankan tanah air Islam atau parti atau perkauman (contohnya), sebenarnya telah menutup mata terhadap persoalan meteodologi dan menganggap kaedah (meteodologi dan akidah) itu kurang penting berbanding dengan "tanah air" dan nilai kepartian itu sendiri.Pandangan masalah-masalah ini merupakan satu yang baru dan asing daripada jiwa Islam itu sendiri.Nilai yang ada pada tanah air  itu tidak berharga walau sejengkal pun jika ia bukan tempat manusia yang berakidah,tiada kaedah amalan Islam (persemaian benih Islam) dan tidak menjadi satu tempat perlaksanaan Islam.

"Yang menjadi satu-satu pertimbangan bagi jiwa Islam adalah akidah dan meteodologi yang tercermin didalamnya masyarakat Islam dimana kaedah tersebut dipraktikkan"

Sebab itu para mujahid "fi sabilillah" mereka berjuang hanya dengan sebab ini sahaja ; Tuhan telah mengutuskan kami untuk membebaskan sesiapa sahaja yang memperhambakan manusia agar menjadi Hamba Allah s.w.t. Membebaskan manusia dari kesempitan dunia kepada kelapangannya.Daripada ketidakadilan agama-agama lain kepada keadilan Islam, lalu Allah menghantar Rasul-Nya dengan agama-Nya kepada seluruh makhluk-Nya.Sesiapa yang menerima agama ini, maka ia akan kami terima dan akan kami tinggalkannya dengan tanahnya ( termasuk dengan akidah Islam).Siapa yang enggan akan diperangi sehingga kami masuk syurga Allah atau memperoleh kemenangan.

Keadaan sekarang ini membuatkan saya takut dengan kebanyakkan orang yang mengaku Islam tetapi kurang memahami perjalanan maksud jihad dan dakwah Islam yang dibuat oleh Rasulullah s.a.w dan para sahabat-sahabat dan juga pejuang Islam yang terdahulu..Perjalanan jihad itu sendiri mesti serentak dengan dakwah bila ia berkaitan dengan penegakkan akidah Islam dan susunan dakwah itu mesti diutamakan dahulu sebelum jihad supaya manusia lain berpeluang memilih jalan/ hidup sebagai hamba Allah..tak lebih dari itu..

Wassalam

No comments:

Islamic Clock