Monday, May 9, 2011

Berjuang untuk Islam tapi tiada sifat amanah terhadap Allah dan rasul

Erti  amanah ni adalah amat besar dalam Islam kerana ia meliputi  harga nilai kepercayaan seseorang terhadap diri kita dengan melaksanakan tuntutan yang terdapat dalam kepercayaan itu. Amanah  erti kata lain ialah tanggungjawab yang diterima oleh seseorang yang kepada kita yang diberikan kepercayaan bahawa ia (tugas dan kerja) dapat melaksanakannya sebagaimana yang dituntut, tanpa mengabaikannya. Apabila tanggungjawab itu ditunaikan dan kepercayaan yang diberikan itu dihargai, maka orang yang menerima dan melaksanakannya mendapati dirinya tenteram, aman, selamat dan harmoni. Amanah meliputi pelbagai lapangan, antaranya :

1. Amanah Terhadap Allah Dan Rasul

2. Amanah Terhadap Diri Sendiri

3. Amanah Terhadap Masyarakat Dan Perkhidmatan

Saya sebagai hamba Allah yang kurang tinggi ilmu pengajian Islam sendiri merasa malu dengan keadaan mereka yang menggelarkan dirinya dan geng2 mereka sebagai pejuang Islam yang mendukung kepada pelaksanaan cara hidup Islam, walhal mereka sendiri tiada sifat amanah terhadap agama mereka sendiri..

Kalau kita kata kita ni bagus ( sifat pembohong bagi mereka yang tak amanah ) dalam menjaga agama Islam, kita mesti tahu apakah tugas dan amanah sebenar kita terhadap agama Islam..Tak payah cakap la yang negara kita ni cukup ciri-ciri Islamik nya kalau kita sendiri bengong dalam memahami apa yang telah Allah dan RasulNya amanah kan kepada kita di dunia yang sementara ni..Bagi saya mereka yang takda sifat amanah dalam dirinya adalah golongan yang hipokrit semata-mata..keluar lah banyak mana cerita pun kita pergi haji dan umrah,cintakan Islam sampai banjir air liurnya hehhh, derma sana-sini, dan berjaya menjalankan dasar dan ciri Islam dalam pentadbiran, tapi hakikatnya dalam menunaikan tanggungjawab kepada Allah dan RasulNya  kita gagal hayati dan laksanakan.

Layak kah kita mengisytiharkan diri kita ni sebagai Muslim sejati bila tiada sifat amanah terhadap Allah dan Rasul dalam hati dan minda kita?...Umno..Umno...relevan lagi kah mereka untuk berjuang kepada Islam..untuk melayu tu sudah tentu lah sebab nama melayu ada tercatit dalam pertubuhan mereka..tu pun tetap songlap dalam menjalankan utk jaga amanah kepada orang melayu dengan betul...

Nak marah kat kami pun apa boleh buat..memang bila dah takda sifat amanah dalam diri ni macamana nak jaga kebajikan kami..kalu ada pun sebab ada udang sebalik batu..lepas dah dapat lempar batu sembunyi tangan..poket dah penuh..hati dan senang..bila dapat susah terus sebar fitnah kata orang lain tak bagus..,walhal diri sendiri yang bengong dan memang istilah melayu mudah lupa ni patut lekat kat diorang termasuk yang cipta kata-kata tu.( err..melayu ke dia tu?..kena tunjuk sijil beranak juga ni bila orang tak percaya..hehe)

Sekian :
Catitan Diari Muslim,fresh workshop

No comments:

Islamic Clock